Mei Ling merupakan seorang yang realisitik dan tidak mudah terpengaruh dengan kisah atau pujukan orang lain.
Suatu hari, Mei Ling terpaksa berpindah ke sebuah perkampungan kerana dia tidak mampu menanggung kos rumah lamanya kerana teman serumahnya sudah berkahwin dan berpindah.
Di kampung itu, Mei Ling dapat menyewa sebuah rumah kecil yang cukup untuknya dengan harga yang murah.
Suasana kampung itu juga indah. Mei Ling dapat mendengar kicauan burung dan merasa deruan angin di tingkap rumahnya. Sangat sempurna untuk harga semurah itu.
Tetapi satu satunya perkara yang spoilkan keindahan itu adalah masyarakat di kampung itu sendiri. Mereka sangat taksub dengan pantang larang dan kisah seram mereka.
Nak dijadikan cerita, penduduk kampung itu percaya yang kampung mereka mempunyai hantu selipar. Mei Ling ketawa mendengar nama hantu itu ketika pertama kali mendengar kisah orang kampung.
Mereka percaya yang setiap selipar perlu bertuan jika tidak hantu akan menganggu mereka. Hal ini akan terjadi sekiranya mereka meletakkan selipar rumah menghadap katil kerana hantu akan memakai selipar itu semasa mereka tidur.
Malah, ada juga yang percaya hantu akan lebih mudah menemui mereka sekiranya mereka meletakkan selipar menghadap katil kerana itu adalah satu satunya petunjuk kepada hantu tentang kedudukan mangsa pada waktu malam yang sudah semestinya akan berada di katil.
Tetapi Mei Ling tidak percaya. Baginya semua itu adalah karut dan tidak munasabah sekali.
Beberapa bulan berlalu, Mei Ling kini sudah bertunang dengan teman lelakinya dan teman lelakinya itu mereka mula tinggal bersama di rumah Mei Ling.
Bagi meraikan pertunangan mereka dan perpindahan itu, Mei Ling dan tunangnya mengadakan 'aktiviti' pada malam itu. Selesai itu, tunang Mei Ling bergerak ke bilik air untuk membersihkan diri.
Ketika itu, Mei Ling merasakan seperti ada yang tidak kena di rumahnya. Seolah olah ada mata yang memerhatikannya. Dia tidak pernah merasakan sesuatu seperti ini sepanjang hidupnya.
Tetapi Mei Ling cuba memujuk diri dengan mengatakan yang tunangnya akan selesai mandi dengan cepat dan akan menenangkannya dan mereka boleh cuddle sehingga pagi.
Akan tetapi, Mei Ling tetap rasa tidak sedap hati. Secara tiba tiba dia teringat akan kisah kisah seram orang kampung itu. Semua deria ketakutan mula mencengkam dirinya.
Tiba tiba dia teringat pesanan rakan baiknya Yuan tentang hantu selipar
"untuk mengelakkan dari gangguan hantu selipar, kita kena letak selipar rumah kita bertentangan arah. satu menghadap katil, satu lagi tidak menghadap katil. dengan itu hantu akan keliru dan tidak akan ganggu kita"
Mei Ling segera mengubah kedudukan selipar rumahnya agar berada dalam keadaan bertentangan arah seperti yang dikatakan rakannya.
p/s: ni memang bukan kasut rumah. tapi El tak jumpa gambar kasut rumah yang betul betul sama dengan apa yang diceritakan. so amaghiler kita anggap ni adalah kasut rumah Mei Ling sebab dia kaya namateyWalaupun Mei Ling merupakan seorang yang berani dan tidak mempercayai perkara perkara sebegini, tetapi dia tidak mahu mengambil apa apa risiko dalam keadaannya sedang ketakutan begini.
Sekarang, dia hanya perlu menunggu tunangnya untuk habis mandi dan menemaninya sepanjang masa.
Tidak beberapa lama kemudian dia mendengar bunyi pintu bilik air dibuka. Dia segera memandang ke arah tunangnya.
Dia mendapati tunangnya sedang berdiri tegak di hadapan pintu bilik air sambil mulutnya seperti mengatakan sesuatu dengan berbisik.
"Awak cakap apa? Saya tak dengar" kata Mei Ling dari katil.
Namun tunangnya tidak bergerak mahupun seinci. Mulutnya masih terkumat kamit seperti mengatakan sesuatu tetapi Mei Ling tidak dapat mendengar apa apa pun.
Mei Ling bangun mendekati tunangnya yang kelihatan aneh selangkah demi selangkah. Dia mendekati tunangnya sehingga dia dapat mendengar apa yang dikatakan oleh tunangnya.
Sangat perlahan.
Dia cuba menangkap apa yang dikatakan oleh tunangnya. Dan pada ketika itulah dia terasa air matanya mengalir membasahi pipi.
"Mana katil tadi? Tadi ada katil kat sini. Kenapa sekarang tak ada katil?"
***
kisah ni diinspirasikan dari urban legend dari negara China. mungkin lain sikit dari yang asal sebab cerita ni pun ada banyak version yang tersendiri
YOU ARE READING
The Last Story | Malay
HorrorKumpulan kisah kisah seram pendek AMARAN : kisah kisah yang disediakan mungkin tidak sesuai untuk kanak kanak dan mereka yang lemah semangat, paranoid serta sedang makan translated by me, @elroses_ El mintak maaf di atas kesalahan bahasa, typo, dan...