Kayla adalah seorang gadis 20an yang dikurniakan rupa paras yang cantik dan bentuk badan yang menarik. Semua tentangnya pasti menjadi impian setiap gadis dan lelaki lelaki.
Kehidupannya mewah. Mampu berbelanja tanpa perlu risau akan kekurangan wang. Semuanya berjenama dari hujung rambut sampai hujung kuku kaki yang baru pedicure tadi.
Hasil dari titik peluhnya memperdayakan lelaki.
Tidak dinafikan, bakat Kayla dalam memperdayakan lelaki agak mengagumkan. Dia boleh membuatkan lelaki lelaki begitu gilakan dirinya sehingga sanggup buat apa sahaja untuknya.
Namun perjalanan kariernya terhenti disitu apabila dia dipenjarakan akibat penipuannya.
Seperti yang kita tahu, kehidupan di penjara bukanlah sesuatu yang mudah. Perlu rajin dan buat kerja.
Semestinya bukan gaya hidup Kayla.
Kayla menggunakan 'kepakarannya' untuk memikat seorang pengawal di penjara itu untuk mendapatkan kelebihan.
Contohnya untuk mendapatkan masa mandi yang lebih lama, peralatan mandi yang lebih bagus, makanan lebih dan banyak lagi demi kelangsungan hidupnya di penjara itu.
Sungguhpun begitu, Kayla tetap tidak puas dengan kehidupannya. Dia mahu keluar dan hidup di luar seperti dahulu. Dia dah penat menghirup udara di dalam bangunan yang dikelilingi pagar kawat besi itu.
Oleh itu, Kayla mula merancang untuk keluar dari penjara.
Bagaimana? Mestilah dengan menggunakan pengawal yang sudah terpedaya dengan muslihat cinta Kayla itu.
Kayla menggunakan seluruh kepakarannya dalam memperdayakan pengawal itu untuk bersetuju membantunya keluar dari penjara.
Atau sekurang kurangnya memberitahu cara untuk melarikan diri dari penjara.
Dia memberi alasan mahu keluar dan hirup udara segar seperti dahulu. Kononnya dia mahu minum latte kesukaan dia dan pengawal itu di tepi pantai sambil menikmati angin pantai bersama pengawal itu.
Dia juga memberi bayangan betapa bahagianya kehidupan mereka sekiranya Kayla boleh keluar dari situ. Dia mula menjanjikan bulan dan bintang untuk pengawal yang sudah terpedaya itu.
Hasilnya, pengawal itu pun bersetuju untuk membantunya melarikan diri dari penjara.
"Ada satu je cara untuk keluar dari sini tanpa dikesan. Tapi tak ada sesiapa yang pernah lakukannya" kata pengawal itu dengan bersemangat.
Sadis.
"Apa caranya?" soal Kayla teruja.
Dia tidak menyangka pengawal tersebut selembab itu untuk mempercayai kata katanya. Tapi dia tidak kisah. Asalkan dia boleh keluar dari situ.
"Bilik mayat" bisik pengawal itu.
"Hah?" Kayla terkejut. Dia mahu memastikan yang dia tidak tersalah dengar.
"Ikut bilik mayat. Kat sini ada 1 bilik mayat yang akan menempatkan pekerja pekerja ataupun banduan yang mati di penjara ni lepas diperiksa oleh doktor" terang pengawal itu.
"Setiap hari pada pukul 7 pagi, bilik mayat itu akan dibuka untuk memudahkan urusan pemindahan mayat ke perkuburan. Jadi awak kena masuk dalam salah satu keranda di situ dan tunggu sehingga awak ditanam. Saya akan datang dan gali semula keranda awak dan awak akan bebas!" sambung pengawal itu lagi.
"Gila ke apa?! Awak nak saya duduk dengan orang mati ke?! Kalau saya pulak yang mati macam mana?!" balas Kayla yang tidak percaya dengan idea gila itu.
"Kena la duduk dengan yang dah mati. Mereka takkan bersusah payah tanam keranda yang kosong. Udara dalam keranda tu pun lebih daripada cukup untuk awak bertahan sehingga saya datang. Saya janji saya akan datang dengan cepat" kata pengawal itu.
"Gila !" balas Kayla.
"Gila tapi bebas atau kekal di sini. Awak pilih" jawab pengawal itu bersahaja.
Kayla terpaksa bersetuju dengan rancangan itu. Dia tidak percaya yang dia akan melakukan perkara segila ini. Masuk ke dalam keranda sahaja dah cukup gila baginya.
Inikan pulak kena masuk ke keranda yang ada penghuni!
Hari yang dirancang sudah tiba. Kayla pun menyelinap ke dalam sebuah keranda yang sudah dipilih oleh pengawal itu.
Kayla baring di dalam keranda itu dengan harapan agar tidak tertangkap. Gila atau tidak, dia mahu keluar dan bebas.
Lebih utama, dia mahu hidup.
Tidak beberapa lama kemudian, dia dapat merasakan yang kerandanya diangkat dan berada dalam kenderaan. Kemudian, dia merasakan kerandanya diangkap dan mula ditanam.
Bunyi tanah yang dicangkul keatas keranda dapat didengari dengan sangat jelas. Semuanya seperti dia yang mati sedangkan dia hanya menumpang.
'Mungkin ini lah apa yang aku akan rasakan nanti bila aku mati' detik hati kecil Kayla yang insaf seminit.
Beberapa ketika berlalu, Kayla tetap menanti ketibaan pengawal itu dengan penuh kesabaran. Dia langsung tidak dapat melihat apa apa dek kerana kegelapan yang menyelubungi ruang keranda itu.
Walau apa pun yang terjadi, dia kena bertenang. Dia tak mahu panik dan menghabiskan oksigen yang berbaki dalam keranda itu. Oleh sebab itulah dia sudah berlatih pernafasannya agar dia mampu bertenang hari ini.
The clock is ticking, pengawal itu tetap tidak kunjung tiba. Kayla mula susah hati. Kegelapan dan oksigen yang semakin berkurang tidak sedikit pun membantunya untuk bertenang.
Semakin lama menunggu, semakin Kayla merasakan oksigennya berkurang. Dia cuba untuk kekal bertenang dan tidak panik.
'Dia tipu aku ke? Dia balas dendam kat aku ke? Ke dia dah tau aku tipu dia sebab tu dia tak datang' soal Kayla dalam hati.
Dia tidak mampu mengawal dirinya dari overthinking.
Dia menyeluk poketnya dan mengeluarkan mancis. Dia sedar menyalakan mancis dalam ruang yang terhad dan dibawah tanah sangat berisiko tetapi dia tidak mampu mengawal rasa paniknya.
Dia rasa dia akan menjadi lebih tenang apabila melihat sekeliling kerana kegelapan itu bagai membelit dirinya dan menyukarkan lagi untuk dia bernafas.
Sebaik sahaja mancis dinyalakan, Kayla menarik nafas lega sedikit. Dia tahu dia ada ruang yang cukup untuk bergerak mahupun agak terhad.
Namun hatinya terdetik untuk menghalakan mancis ke arah mayat di sebelahnya. Lalu Kayla pun menggerakkan mancis ke arah muka mayat itu.
Mengalir air mata Kayla apabila melihat mayat yang berada di sisinya itu adalah mayat pengawal itu.
Ketakutannya bertambah, kepanikannya meningkat. Semuanya membuatkan Kayla tidak keruan. Dia cuba menendang keranda tersebut tetapi tidak berhasil. Kepanikan serta teknik pernafasan yang salah menyebabkan oksigen berkurang dengan lebih cepat.
Kayla sendiri tidak sedar bila dia menyedut udara yang terakhir dalam kepanikan itu.
***
Ada sesetengah ayat atau perkataan english yang El tak translate untuk mengelakkan daripada feeling tu hilang dan ayat jadi pelik.
Harap uolls still enjoy! ♡
YOU ARE READING
The Last Story | Malay
HorrorKumpulan kisah kisah seram pendek AMARAN : kisah kisah yang disediakan mungkin tidak sesuai untuk kanak kanak dan mereka yang lemah semangat, paranoid serta sedang makan translated by me, @elroses_ El mintak maaf di atas kesalahan bahasa, typo, dan...