22) Broken Promises

146 23 1
                                    

Nama aku Jason. Aku mempunyai sebuah keluarga yang bahagia. Aku ada papa, aku ada mama, dan aku ada seorang kakak yang bernama Melly.

Suatu pagi ketika aku sedang bersarapan, aku tiba tiba terdengar suara Melly menjerit dan berlari menuju ke bilik mama dan papa seperti histeria.

Aku dengar suara cemas mama dan papaku yang cuba menenangkan Melly. Aku juga dengar suara Melly menangis dan merintih menahan kesakitan. Aku cuba mengintai dari luar bilik dan aku dapati darah mengalir keluar dengan hebatnya dari sebelah mata Melly dan Melly sedang menutupnya.

Mama dan papa tetap mengatakan kepada Melly bahawa semuanya akan baik baik sahaja. Doktor akan merawat matanya dan dia boleh melihat seperti biasa semula.

Tetapi aku tau itu tidak benar.

Mama dan papa membawa Melly ke hospital dan dia menerima beberapa jahitan. Penglihatannya juga tiada harapan untuk sembuh. Sejak itu dia tidak kelihatan ceria seperti selalu lagi. Malah dia sangat takut untuk tidur sendirian sehingga papa terpaksa mengawasi biliknya ketika dia tidur.

Pada suatu malam yang tenang, rumahku digemparkan dengan suara teriakan kuat yang datang dari bilik mama. Papa yang sedang mengawasi Melly itu terus berlari ke biliknya untuk melihat apa yang terjadi.

Tetapi semuanya sudah terlambat.

Mama menangis sambil memegang sebelah matanya. Aku nampak darah mengalir dengan banyaknya sehingga membasahi selimut mama. Sama seperti Melly dulu.

Polis dan ambulans datang ke rumah kami. Mata mama turut menerima jahitan seperti Melly. Polis memindahkan kami ke sebuah hotel yang dikawal dengan ketat untuk memastikan tiada sesiapa yang cedera.

Hasil siasatan polis juga menemui jalan buntu kerana mama dan papa sendiri tidak tahu jika mereka mempunyai musuh.

Di hotel, aku dan Melly tidak dapat bertenang. Melly sangat takut dengan keadaan itu dan aku pula sangat marah dengan tindakan mama dan papa yang asyik mengatakan bahawa semua akan baik baik sahaja.

Semua tahu yang keadaan tidak akan menjadi baik.

Tetapi mama dan papa cuba memujuk kami dengan berjanji yang mereka akan membawa kami sekeluarga bercuti ke Disneyland nanti.

Kami tak percaya.

Mama dan papa sangat sibuk dengan kerjaya mereka. Mereka tidak pernah mengotakan janji janji mereka. Aku tahu mereka juga takkan mengotakannya kali ini.

Tetapi mama dan papa mengatakan yang mereka akan bawa kami ke Disneyland betul betul kali ni kerana kami sudah melalui banyak perkara.

Malam itu, aku sedar papa bangun dalam diam dan keluar dari bilik sambil memegang sebelah matanya. Aku nampak sesuatu menitik dari matanya dari cahaya bilik yang samar samar. Beberapa minit kemudian kami sekeluarga terbangun setelah mendengar bunyi jeritan.

Rupa rupanya papa bangun secara senyap senyap kerana tidak mahu kami takut. Dia telah pergi meminta bantuan kepada pegawai polis yang ditugaskan untuk mengawasi kami tetapi mereka telah menjerit kerana mata papa sangat ngeri.

Sejak itu kehidupan kami tidak lagi seperti dahulu. Setiap malam mama dan papa akan bergilir gilir mengawasi bilik tidurku untuk memastikan yang aku selamat.

Keadaan itu berlanjutan sehinggalah aku memasuki kolej. Semakin meningkat usia, aku sedar yang mama dan papa mengawasi bilikku bukan kerana risau akan keselamatanku. Tetapi risau akan keselamatan mereka.

Kerana hanya aku yang masih terselamat.

Aku sangat rimas dengan keadaan itu. Aku merasakan yang aku tiada privacy langsung. Oleh itu aku nekad untuk melakukan hal yang sama kepada mataku. Aku mencungkil keluar mataku sendiri supaya mereka tidak mengesyaki aku lagi.

Dan nampaknya caraku berhasil.

Mereka tidak lagi mengawasi bilikku. Aku kini boleh mempunyai privacyku sendiri. Aku boleh dapatkan apa yang aku mahu dengan cara ini.

Sama seperti dahulu.

Kalau lah aku tahu cara ini dapat membuatkan mama dan papa membawa kami ke Disneyland, mesti aku sudah buat lebih awal.

***

So kiranya Jason la yang cungkil mata family dia. Last tu dia buat kat diri dia sendiri sebab taknak kena tuduh. Tapi El rasa macam dah terlambat sebab dah masuk kolej baru nak buat padahal mak ayah dia dah syak lama dah hshshshsh.

Tapi logik jugak dah dia sorang yang tak kena kan? so no wonder la dalam pengawasan yang ketat pun ayah dia boleh kena jugak.

And...
Jangan la menipu budak budak. Jangan kita biasakan diorang dengan fakehope dan janji janji manis yang tak dapat ditepati tu. Kang sampai besar ada trust issues hukhuk

btw, enjoy!
and jangan lupa vote!!♡

The Last Story | MalayWhere stories live. Discover now