31) Unforgettable Love

127 23 1
                                    

Nama aku Shane dan aku sangat mencintai isteriku Lauren. Bagiku dia sangat sempurna. Sikapnya, kecantikannya, penampilannya, semuanya sangat menarik dan membuatkan aku jatuh cinta dengannya setiap hari walaupun kami sudah berkahwin lebih dari sedekad yang lalu.

Terutamanya mata birunya yang sangat indah dan tidak jemu dipandang itu.

Tetapi aku perasan dia mula berubah selepas kemalangan itu. Aku dibenarkan keluar dari hospital terlebih dahulu kerana aku tidak mengalami kecederaan teruk. Namun Lauren perlu tinggal lebih lama di sana kerana dia kritikal.

Ketika aku mengambilnya dari hospital selepas dia dibenarkan pulang, dia kelihatan sangat pendiam dan tidak ceria seperti selalu.

Aku cuba memujuknya dengan mengatakan bahawa aku telah menyediakan segala aktiviti yang menarik untuknya. Dan keadaan akan kembali seperti biasa tanpa dia sedari.

Namun dia masih tidak kelihatan gembira.

Di rumah, aku mengaturkan semua aktiviti yang dia suka lakukan seperti sebelum ini.

Kami membawa anjing berjalan jalan, kami memancing, kami memasak bersama. Semua aktiviti kesukaannya.

Tetapi Lauren tetap tidak gembira.

Aku masih ingat kejadian malam itu dimana Lauren bangun pada tengah malam dan menangis di dapur. Aku juga nampak dia seperti mencari cari sesuatu di dalam kabinet dapur.

Nasib baik aku berjaya menghentikannya.

Keadaan itu tidak terhenti di situ sahaja. Lauren tetap bangun di tengah malam beberapa hari kemudian dan cuba mencari sesuatu dari kabinet dapur.

Mujur aku telah mengunci semua kabinet.

"Sayang? buat apa ni?" tanyaku lembut dengan senyuman mesra.

Lauren kelihatan cemas.

"t..t..tak ada apa" jawab Lauren terketar ketar.

"Sayang... kan saya dah pesan jangan buat macam ni dah..." kataku sambil memegang mukanya lembut.

Kelihatan air mata Lauren mula menitis ke pipi.

"Lauren sayang.. kenapa menangis ni? Takmo nangis nangis. Tak cantik dah mata biru awak ni" pujukku sambil mengelap air matanya yang menitis.

"T..t..tapi mata saya bukan biru..." kata Lauren menahan tangis.

Aku terdiam.

"Apa sayang cakap ni? Mata sayang kan biru. Mata Lauren biru. Ingat tak?" kataku dengan ketawa yang dipaksa.

"T...t..tapi saya bukan Lauren dan mata saya coklat..."katanya tersekat sekat dengan air mata yang masih mengalir.

"Sayang Lauren. Lauren ada mata biru. Sayang akan sentiasa jadi Lauren. Paham?" kataku tegas.

Sambil tanganku turun ke lehernya dan menekan separa kuat.

"Iya.. iya.. saya Lauren. Mata saya biru dan saya akan sentiasa jadi Lauren" balas Lauren yang semakin kuat tangisannya.

Aku tersenyum. Aku pun melepaskan tanganku dari lehernya. Lauren terus berlari ke bilik tanpa berlengah lagi.

'Mata awak akan biru nanti sayang. Bagi saya masa sikit' kataku dalam hati sambil tersenyum.

Tak lama lagi aku akan bersama dengan Lauren macam dulu.


***

Sebenarnya Lauren dah mati masa kemalangan tu. So yang ada kat rumah tu mungkin orang lain yang Shane culik untuk gantikan tempat Lauren. Sebab tu dia cakap dia nak ubah perempuan tu jadi macam Lauren.

Sampai mata pun nak ubah warna🤡

Btw cerita ni ingatkan El pasal 1 movie spanish(?) yang dia culik sorang budak laki untuk gantikan isteri dia. Memang messed up gila sebab dia memang buat banyak operation untuk ubah budak laki tu jadi macam isteri dia.

Tapi El tak pernah tengok lagi la huehue. Nanti kalau jumpa balik El share tajuk movie tu oceyy? hshshsh

Please enjoy and vote!♡

The Last Story | MalayWhere stories live. Discover now