Eddy terpaksa menyewa bilik di luar kawasan kampus apabila dia dibuang asrama kerana masalah disiplin. Baginya hidup di asrama pun sudah cukup menyusahkan inikan pula terpaksa hidup sendiri.
Tetapi peristiwa dibuang asrama itu berjaya menyedarkan Eddy. Dia nekad ingin belajar bersungguh sungguh dan tidak main main lagi.
Eddy beruntung kerana berjaya mendapatkan sebuah bilik dengan harga yang sangat murah di kawasan berdekatan kampus. Dia sendiri tidak percaya bilik itu semurah itu.
Tanpa berfikir panjang, Eddy terus bersetuju untuk menyewa bilik itu. Malam pertama Eddy di situ, dia tidak merasakan apa apa yang pelik.
Kecuali semasa dia belajar di meja.
Dia merasakan seperti tengkuknya disentuh berkali kali. Tetapi apabila dia menoleh, memang tiada apa pun dibelakangnya. Eddy terus bangun dan berjalan sedikit di dalam bilik untuk menghilangkan mengantuk.
Anehnya, dia tidak lagi merasakan seperti tengkuknya disentuh semasa berjalan. Sekembalinya dia di meja itu, dia mula merasakan seperti tengkuknya disentuh lagi.
Keadaan ini berlanjutan sehingga beberapa hari sampailah Eddy tidak tahan lagi. Dia merasakan seperti ada sesuatu yang cuba mengganggunya.
Eddy menceritakan masalahnya itu kepada rakannya James. James juga pelik dengan masalah Eddy itu.
"ok macam ni. aku ada baca kat internet yang kalau kita guna camera lama, kita boleh tangkap gambar 'benda' tu" terang James bersemangat.
"So..?" soal Eddy yang pelik.
Apa kena mengena tangkap gambar dengan masalah dia diganggu?
"so... masa kau rasa tengkuk kau kena sentuh tu, aku tolong la tangkap gambar. lepastu kita boleh tengok apa yang kacau kau" terang James tidak percaya dengan kelembapan rakannya itu.
Eddy pun bersetuju dengan rancangan James. Mereka bergerak ke kedai camera dan membeli sebuah camera lama untuk menjayakan rancangan mereka itu.
Malam itu, mereka berdua sudah bersedia. James duduk di katil sambil menunggu isyarat Eddy. Manakala Eddy duduk di mejanya menunggu untuk tengkuknya disentuh.
Beberapa minit berlalu, tiada apa yang berlaku. James pula masih bersedia dengan camera lama di tangan.
"Weh bukak kipas jap. Panas pulak tunggu macam ni" pinta Eddy kepada James.
Mungkin kerana terlalu teruja sampai lupa mereka duduk dalam kepanasan.
James pun bangun dari katil dan membuka kipas. Barulah dirasakan kesejukan dalam bilik itu.
"WEH SEKARANG !" jerit Eddy tiba tiba.
James pun lantas mengambil gambar Eddy di meja berkali kali.
"Dapat tak?" tanya Eddy yang sudah bangun dari meja.
"Dapat kot aku dah amik banyak kali sebagai persediaan. Tapi kita kena pergi cuci dulu untuk tengok. Camera lama la katakan" jawab James.
Maka mereka pun bergegas ke rumah James untuk mencuci film gambar itu. Mujurlah James ada kedai gambarnya sendiri.
Eddy menunggu di ruang menunggu kedai sementara James masuk ke bilik gelap untuk mencuci film.
Tidak beberapa lama kemudian, James berlari keluar dari bilik gelap itu dan terus menerpa ke arah Eddy.
"WEHHH EDDY EDDY EDDY. KAU KENA KELUAR DARI BILILK TU. KAU KENA KELUAR DARI BILIK TU SEKARANG. PERGI KEMAS BARANG KAU SEKARANG!" kata James cemas.
"Kenapa ni? Wehh chill cakap slow slow aku tak paham" tanya Eddy yang keliru tetapi masih tenang.
Eddy pun menunjukkan gambar yang sudah dicuci kepada Eddy. Terlepas gambar itu daripada tangan Eddy.
Alangkah terkejutnya dia melihat yang ada mayat sedang tergantung di kipas siling berdekatan meja itu.
Yang mana menyebabkan kaki mayat tersebut menyentuh tengkuk Eddy setiap kali kipas itu berpusing.
YOU ARE READING
The Last Story | Malay
HorrorKumpulan kisah kisah seram pendek AMARAN : kisah kisah yang disediakan mungkin tidak sesuai untuk kanak kanak dan mereka yang lemah semangat, paranoid serta sedang makan translated by me, @elroses_ El mintak maaf di atas kesalahan bahasa, typo, dan...