11) Sarah's Stalker

172 29 1
                                    

Sarah adalah seorang gadis 19 tahun yang baru berpindah ke sebuah bandar untuk melanjutkan pengajian.

Dia terpaksa menyewa sebuah bilik di luar kawasan universitinya kerana kos kolej kediaman yang mahal.

Di situ, Sarah dapat melihat keadaan sekeliling mahupun dia menyewa dengan kos yang rendah.

Sudah cukup baik baginya.

Pada suatu hari, Sarah baru pulang dari universiti lewat malam setelah mengulangkaji di perpustakaan.

Dia yang kepenatan membuka tingkap biliknya untuk mendapatkan udara segar dan mengamati keindahan bandar itu pada waktu malam.

Tetapi mata Sarah tertumpu pada sebuah blok di hadapannya. Blok itu mempunyai bilik bilik kecil seperti yang didiaminya.

Namun Sara terkejut apabila dia mendapati ada sepasang mata yang memerhatikannya dalam gelap dari bilik yang betul betul berhadapan dengannya.

Dia terus duduk di katilnya akibat terkejut.

'Dia tengok aku ke?' soal Sarah dalam hati.

Sarah bangun untuk mengintai dari tepi tingkap. Sepasang mata itu masih memerhatikannya.

Sarah terus menghubungi rakan baiknya, Ellie untuk menceritakan hal itu. Ellie mencadangkan supaya Sarah tunggu beberapa minit atau setengah jam sebelum melihat kembali ke arah bilik itu untuk memastikan sama ada sepasang mata itu masih memerhatikannya atau tidak.

Sarah pun bersetuju.

30minit berlalu, Sarah bangun kembali untuk melihat ke arah bilik itu. Dia semakin ketakutan apabila cahaya lampu yang samar samar menampakkan bahawa pemilik sepasang mata tersebut adalah seorang lelaki.

Lelaki tersebut kelihatan seperti berdiri tegak sambil memandang tepat ke arah bilik Sarah.

Sarah semakin tidak keruan. Rakannya menyuruhnya untuk menunggu lagi 30minit untuk memastikan keadaan itu.

Sarah pun menunggu.

30minit berlalu, Sarah bangun sekali lagi untuk melihat ke arah bilik itu. Tetapi lelaki itu masih tidak berganjak walau sedikit pun. Matanya masih memandang tepat ke arah bilik Sarah. Kedudukannya masih kekal seperti itu.

Sarah mula menahan air mata.

Kini Ellie mencadangkan supaya Sarah memberanikan diri dan memandang tepat ke arah lelaki tu dengan wajah yang tegas. Mungkin lelaki itu akan takut atau meminta maaf.

Sarah yang masih ketakutan cuba jugak untuk memberanikan diri. Dia bangun dan berdiri tegak betul betul berhadapan dengan lelaki di bilik itu.

Dia membalas pandangan lelaki itu dan cuba mengawal riak wajahnya dari menunjukkan sebarang reaksi ketakutan.

Tetapi ianya cuma bertahan dalam 5 saat. Sarah kembali menyembunyikan diri di bawah meja. Dia mula menangis kerana ketakutan.

Lelaki itu langsung tidak mengelipkan mata.

Ellie yang sudah kehabisan idea mula mencadangkan Sarah untuk menghubungi pihak polis. Jika tiada apa, baguslah. Tapi jika ada sesuatu, sekurang kurangnya mereka telah melaporkannya kepada polis.

Tidak beberapa lama selepas membuat panggilan, Sarah mendapati pihak polis telah tiba di bilik lelaki itu. Sebaik sahaja polis membuka lampu bilik itu, Sarah hampir saja terjerit.

Dia melihat polis menurunkan seorang lelaki daripada tali yang digunakannya untuk menggantung diri.

Kini, persoalan Sarah sudah terjawab. Dia bermain mata dengan mayat lelaki di bilik depan.

The Last Story | MalayWhere stories live. Discover now