Hyung Woo dilahirkan dengan sedikit kekurangan namun tetap kelihatan sempurna di mata kedua ibu bapanya yang telah lama menantikan kehadirannya sebagai penyeri rumahtangga mereka.
Hyung Woo dilahirkan dengan masalah kulit iaitu pori pori di wajahnya terlalu besar. Malahan sehingga tiada ruang kulit yang normal di wajahnya kerana seluruh wajahnya mempunyai pori yang besar dan terbuka luas seperti lubang gunung berapi.
Keadaan ini menyebabkan Hyung Woo tidak mempunyai ramai kawan apatah lagi yang boleh dijadikan sebagai 'best friend'.
Kebanyakan mereka takut untuk dekat dengan Hyung Woo. Bagi yang baik, mereka hanya bercakap dari jauh atau melalui chat dan telefon.
Bagi yang sebaliknya, mereka lebih memilih untuk menyuarakan suara hati mereka tanpa memikirkan apa perasaan Hyung Woo.
"eee si hodoh tu datang!!"
"boleh duduk jauh sikit tak? kami tak ada selera nak makan"
"jangan kawan dengan dia nanti kita pun hodoh macam dia"
Hyung Woo sendiri penat dengan apa yang dialaminya setiap hari. Dia juga sudah penat menceritakan kesedihannya kepada ibu bapanya.
Namun mereka hanya tahu untuk menyuruhnya bersabar.
Sudah banyak kaedah perubatan yang dilakukan dari moden sampailah tradisional. Tiada yang mampu menangani masalah Hyung Woo.
Dia sendiri sudah berputus asa.
'Mungkin aku patut cari di darkweb' detik hati kecilnya.
Hyung Woo segera menuju ke komputernya. Dia menggunakan segala kepakarannya dalam bidang IT untuk memasuki laman darkweb yang semestinya tidak mudah dicapai itu.
Namun usahanya kelihatan gagal apabila tiada seorang pun yang menjual produk atau menyediakan khidmat perubatan untuk masalah kulitnya.
Tiba tiba matanya tertangkap pada satu icon yang menunjukkan seakan sampul surat. Jarinya pantas mengetik icon tersebut untuk mengetahui isi kandungannya itu.
Rupa rupanya itu adalah satu chatroom yang menghubungkan semua pengguna darkweb dari serata dunia. Mereka sedang asyik bersembang dan berjual beli. ehem.
'Mungkin aku patut tanya terus dalam ni' kata hati kecil Hyung Woo.
Dia pun pantas menaip ayatnya dengan penuh kesopanan. Dia tidak mahu hidupnya diburu oleh semua penjenayah dan orang orang pelik di situ.
"Hai, saya Hyung Woo. Saya mempunyai masalah pori yang terlalu besar. Dah macam macam produk saya gunakan tapi tak ada satu pun yang berkesan. Saya dah jumpa dengan pakar tetapi semuanya sia sia. Saya betul betul dah buntu. Ada sesiapa yang boleh bagi cadangan atau penyelesaian?" kata Hyung Woo.
Beberapa minit berlalu, namun tiada sesiapa pun yang mengendahkan soalannya.
Disaat Hyung Woo ingin keluar dari laman itu, tiba tiba seseorang membalas soalannya.
"Hai Hyung Woo. Saya rasa saya ada penyelesaian untuk awak" kata pemilik account 'jerryqwerz46' itu.
Hyung Woo terus teruja.
"Betul ke? Apa caranya?" balas Hyung Woo pantas.
"Ianya memerlukan pengorbanan. Tak semua orang mampu lakukannya. Tapi saya jamin ianya berbaloi dan berkesan" kata jerryqwerz46.
"Apa caranya? Kalau betul berkesan, saya sanggup buat apa sahaja!" balas Hyung Woo yang tidak mampu lagi menahan rasa terujanya.
"Saya tak rasa awak sanggup untuk lakukannya"
"Saya sanggup! Bagitau saya!"pinta Hyung Woo.
"Caranya adalah dengan meletakkan seekor lipas dibawah bantal semasa tidur. Saya sendiri dah buat. Memang berhasil" kata jerryqwerz46 lagi.
Keterujaan Hyung Woo turun dengan mendadak. Dia sendiri tidak mampu untuk memproses maklumat itu. Akibatnya, dia tidak membalas sepantas tadi malah dia terdiam kaku.
"Saya dulu pun ada masalah macam awak. Saya malu sangat bila semua orang takut dan jijik dengan saya. Tapi lepas saya buat cara tu, kulit saya sangat cantik. Peloles dan glowing lagi!" terang jerryqwerz46 lagi apabila Hyung Woo tidak membalas.
"Saya tak salahkan awak kalau awak takut. Sebab dulu saya pun macam tu jugak. Tapi saya sedar, semua benda dalam dunia ni perlukan pengorbanan.
Nak kaya, kena usaha. Nak pandai, kena rajin. Nak gagal, kena malas. No pain, no gain. Sebab tu la saya beranikan diri saya untuk cuba jugak.
Hasilnya, saya sendiri mempersoalkan diri saya sampai ke harini kenapa la saya tak buat cara ni dari dulu lagi" terang jerryqwerz46 dengan panjang lebar.
Mungkin tak puas hati bila Hyung Woo tidak membalas.
Hyung Woo yang terdesak tidak mengambil masa yang lama untuk memikirkan hal itu. Dia nekad untuk mencuba cara itu. Dia dah tak sanggup dihina dan dicaci setiap hari.
Hari itu, Hyung Woo gigih mencari lipas di dapur dan segera meletakkannya dibawah bantal. Dia menekan-nekan sedikit bantalnya untuk memastikan lipas itu tidak akan lari sepanjang dia tidur.
Sebaik sahaja Hyung Woo meletakkan kepala di atas bantal, telinganya menangkap bunyi pergerakan lipas itu. Meskipun perlahan, Hyung Woo dapat mendengar dengan jelas bunyi lipas itu struggle untuk keluar dan menyelamatkan diri.
Tapi Hyung Woo cuba memberanikan diri. Dia menekan sedikit kepalanya dibantal dengan berharap agar lipas itu tidak dapat bergerak.
Tidak beberapa lama kemudian, tiada lagi bunyi pergerakan di bawah bantalnya. Hyung Woo sendiri tidak sedar bila dia mula tertidur malam itu.
Keesokan harinya, Hyung Woo mendapati wajahnya masih sama. Dia cuba menyedapkan hatinya bahawa cara itu tidak mungkin akan berhasil serta merta. Mesti akan mengambil masa.
Beberapa hari kemudian, wajah Hyung Woo mula menunjukkan perubahan. Tidak terlalu ketara, tetapi nampak yang pori porinya agak kecil dari sebelum ini.
Hyung Woo gembira. Dia tidak menyangka bahawa cara ini akan berhasil. Dia sangat teruja untuk menunggu hasil akhir beberapa hari lagi.
Hari berganti hari, wajah Hyung Woo tetap begitu. Tiada perubahan. Hyung Woo mula merasakan bahawa dirinya ditipu.
Malah, dia mendapati wajahnya menjadi sangat gatal. Dia tidak dapat mengawal diri dari menggaru wajahnya.
"Bagus! Dahla kena tipu sekarang kulit aku bertambah rosak sebab dia!" marah Hyung Woo sambil menggaru dengan kasar.
Tetapi garuannya terhenti apabila dia mendapati ada ketulan ketulan kecil yang jatuh dari wajahnya apabila dia sedang asyik menggaru.
Dia meraba seluruh wajahnya. Dia merasakan seperti ada ketulan ketulan kecil di wajahnya. Dia pelik.
"Jerawat ke?" soal Hyung Woo seraya berlari ke cermin.
Alangkah terkejutnya Hyung Woo apabila melihat wajahnya di cermin. Seakan jantungnya berhenti berfungsi ketika itu.
Semua pori pori diwajahnya yang seperti lubang gunung berapi itu kini dipenuhi oleh telur telur lipas yang masih kecil. Malah ada juga yang sudah memasuki kulitnya.
no pain, no gain?
YOU ARE READING
The Last Story | Malay
TerrorKumpulan kisah kisah seram pendek AMARAN : kisah kisah yang disediakan mungkin tidak sesuai untuk kanak kanak dan mereka yang lemah semangat, paranoid serta sedang makan translated by me, @elroses_ El mintak maaf di atas kesalahan bahasa, typo, dan...