Alex mendapati dirinya mempunyai kecenderungan yang kuat untuk mencederakan dan melihat orang terseksa seawal usia 8 tahun.
Kecenderungannya ini mendorongnya untuk mula membunuh kucing jirannya. Dia memerhatikan kucing itu mati terseksa ketika dipukul dengan teruk olehnya.
Dengan itu dia berasa puas.
Tetapi tidak cukup puas untuk menghilangkan keinginan yang sentiasa ada dalam dirinya itu. Oleh itu Alex mula merancang untuk membunuh.
Suatu hari, Alex telah membunuh rakan sekelasnya yang bernama Mary. Dia mencampakkan mayat Mary ke dalam perigi di belakang rumahnya.
Keesokan harinya Alex mendapati mayat Mary tidak lagi berada dalam perigi itu. Alex mula berasa lega.
Alex mengawal keinginannya untuk membunuh dengan baik sekali. Dia cuma akan membunuh 5 tahun sekali demi mengelakkan daripada tertangkap.
Sementara itu, dia hanya membunuh haiwan secara rahsia untuk memenuhi keinginannya.
5 tahun kemudian, Alex telah membunuh seorang pejalan kaki yang tidak berdosa. Alex mencampakkan mayat pejalan kaki itu ke dalam perigi di belakang rumah.
Keesokan harinya, Alex mendapati mayat pejalan kaki itu sudah tiada lagi.
Alex gembira.
5 tahun berlalu, Alex membunuh seorang kanak kanak yang dijumpainya di taman. Dia membuang mayat kanak kanak itu ke dalam perigi di belakang rumahnya.
Keesokan harinya, mayat kanak kanak itu sudah tiada.
5 tahun selepas itu, Alex membunuh pula teman wanitanya dan mencampakkan mayat itu ke dalam perigi di belakang rumahnya.
Seperti biasa, keesokan harinya mayat di dalam perigi sudah tiada.
Keadaan ini menyebabkan Alex selesa dengan aktivitinya. Dia tidak lagi memeriksa ke dalam perigi keesokan hari selepas membunuh kerana dia tahu mayat itu akan hilang.
Masa berganti masa, kini Alex sudah berusia 40 tahun. Dia masih belum berkahwin dan tinggal bersama ibunya yang sudah tua.
Dia juga masih meneruskan kegiatan membunuhnya itu.
Suatu hari, Alex bergaduh teruk dengan ibunya sehingga dia keluar daripada rumah. Dia merasakan yang ibunya amat menyusahkannya.
Malam itu, dia masuk ke rumah secara rahsia dan telah membunuh ibunya dalam tidur. Dia kemudiannya mencampakkan mayat ibunya ke dalam perigi di belakang rumah.
Seminggu berlalu, Alex menghidu bau yang amat busuk di sekitar rumahnya. Setelah diperiksa, dia mendapati bau itu datang daripada perigi di belakang rumah.
Alangkah terkejutnya Alex apabila dia mendapati mayat ibunya masih di situ. Alex mula cemas.
Keesokan harinya, mayat ibunya masih di situ.
Begitu juga dengan hari hari berikutnya sehinggalah Alex ditahan polis.
***
Haa so kiranya mayat mayat sebelum ni mak Alex la yang settlekan. Bila mak dia dah mati, tak ada sesiapa dah nak tolong settlekan mayat tu.
Btw, enjoy!
Dan jangan lupa vote!♡
YOU ARE READING
The Last Story | Malay
رعبKumpulan kisah kisah seram pendek AMARAN : kisah kisah yang disediakan mungkin tidak sesuai untuk kanak kanak dan mereka yang lemah semangat, paranoid serta sedang makan translated by me, @elroses_ El mintak maaf di atas kesalahan bahasa, typo, dan...