1

1.7K 27 0
                                    

" Kau okay tak ni ?"

Soalan yang ditujukan kepada Carmellia Nazihah membuatkan gadis itu tersentak.Gadis itu hanya merenung kosong wajah rakan dihadapan nya

" Aku..okay,macam biasa " balasnya senada.Tiada perasaan.Dia menundukkan kembali kepalanya untuk menyambung pembacaan nya.

Pagi itu dia dan Claire Natasha pergi ke Dewan Sunway lebih awal daripada kebiasaan nya.Ahli ahli Exco Microphone (MIC) mula menjalankan tugas mereka untuk membuka lagu.Kebiasaan nya untuk menunggu pukul 6:45 mulanya perhimpunan Exco MIC akan membuka lagu kegemaran mereka . Contohnya lovely,Sakit,so on-

" Weh...Weh Armell..dia pandang kau weh " Claire Natasha menyucuk nyucuk pinggang Carmellia membuatkan dia terjerit kecil.Carmellia Nazihah menekup mulutnya lalu pandang sekeliling.Ada sekumpulan pelajar perempuan yang lain memandangnya dengan pandangan geli.

" Kau ni Claire " rengus Carmellia geram.Dia menutup novel Unexpected Ways yang dibacanya tadi dengan kasar.Dia mengerling ke tempat lelaki yang obses padanya itu duduk.hilang ?

Jantung nya berdebar saat matanya bertemu dengan mata seseorang.

Lelaki itu merenungnya bersama senyuman.Senyuman sinis

Dia...Mirza Azfarel

Carmellia Nazihah ke luar dewan untuk ke tandas.Sempat dia memberitahu Claire dia mahu ke tandas agar kawan baiknya itu tidak mencarinya.

Muka dibilas dengan air beberapa kali.Dia menyeluk poket pada skirt pendeknya untuk mencari tisu.Dia merengus kasar,tisu yang baru dibelinya beberapa minggu lepas terlupa didalam locker di asrama.

Carmellia Nazihah keluar dari tandas tanpa memandang sekeliling.Belum sempat dia mahu menapak masuk ke depan badannya ditolak ke stor sukan yang sememangnya berada di Dewan Sunway.

Mata Carmellia Nazihah membutang saat Aidan Syafiq yang menolak nya ke dinding.Aidan Syafiq ialah sepupunya yang baru masuk seminggu yang lepas

" Apa dia Aidan ?" soal Carmellia geram.Kotoran pada bajunya ditepuk tepuk kasar agar kotoran itu tidak melekat.

Apabila tiada tindak balas daripada Aidan dia terus meninggalkan lelaki itu tetapi Aidan cepat cepat menarik tangan sepupunya yang sememangnya keras kepala itu.

" Mell balik tak minggu ni?" soal Aidan lembut

" Balik,kenapa?" soal Carmellia Nazihah dengan lembut.Kakinya mengatur menuju ke Dewan Sunway diikuti dengan Aidan Syafiq.

" Aidan nak tumpang sekali "

" Hmm okay,nanti Armell cakap dekat Daddy "

Tiba tiba Carmellia Nazihah dihalang untuk masuk kedalam Dewan Sunway.

" Awak tahu tak jalan ni untuk lelaki dan belah sana untuk perempuan ?" soal seorang lelaki berkaca mata yang sebaya dengan nya

" Sorry,tapi saya dari toilet..lagipun jalan tu jauh kut " balas Carmellia senada.Eh sukahati kau je kan Carmellia!

" And awak tahu kan tak boleh berdua duaan dengan lelaki " sambung lelaki itu lagi.Carmellia memandang lelaki itu dengan tajam

" tak kisah la!" Carmellia Nazihah terus melanggar bahu lelaki itu

Mata mata pelajar lelaki yang duduk berdekatan disitu memandang Carmellia Nazihah dengan pandangan gatal.

" Pewwit awek bhai !"

"Makin cantik aku tengok bidadari ni"

" Pelajar baru ke? tak pernah nampak pon "

" Lama lah siak! kau tu melekat dekat asrama je "

𝑪𝑨𝑹𝑴𝑬𝑳𝑳𝑰𝑨Where stories live. Discover now