PAGAR RUMAH dihadapan nya disepak.Khai membutangkan bebola matanya.Apa masalah lelaki dihadapannya ni? Dah gila ke.
" Woi kau apahal sepak sepak gate rumah aku?" Soal Khai geram.Danie Arfael merenung lelaki itu tajam.
" Mell ada dekat dalam kan?" Dia menggenggam kotak baldu merah berisi rantai itu dengan sekuat hatinya.Rantai itu, pemberian nya kepada Carmellia sewaktu mereka berdua keluar bersama di Pantai.
Di mana dia sehabis baik untuk mengambil hati wanita tersebut.
" Aku cakap tak ada! tak ada lah! berambus kau daripada sini! menyemak betul lah" Geram Khai dibuat nya.Dia merenung semula pada pintu rumah yang terbuka dari dalam itu.
" Khadijah..Khadijah mana Carmellia,bagitahu aku..aku janji aku tak menduakan dia lagi " Danie Arfael menggoncang goncangkan pagar dihadapan nya.
Khai merengus kasar.Lelaki dihadapan nya seperti hilang akal.
" Kau dah curang dengan dia kau nak dia balik,sorry sikit Carmellia tak semurah Ariana "balas Siti Khadijah pedas.Danie Arfael yang mendengar hal itu serta merta darah nya mendidih.
" Ini diantara aku dengan Mell kenapa perlu kaitkan Ariana pulak?"
Danie Arfael masih membela Ariana,jujur dia sudah jatuh hati pada gadis itu tetapi sekelumit pun rasa benci nya terhadap Carmellia langsung tidak ada.Malah dia masih mencintai gadis tersebut dengan setulus hati nya
" Oh kalau macam tu kau boleh balik lah bro! kau masih mempertahankan perempuan murah macam tu ke? heh tak ada taste langsung! "
Tubuh Khai ditolak dengan kuat sehingga lelaki itu kebelakang.Khai sekadar tergelak sinis.Betul lah apa dia katakan.
" Oi dugong kau buat apa dengan suami aku! kau pergi berambus! " Siti Khadijah segera mendapatkan suaminya lalu lengan lelaki tersebut dipeluk erat.Seorang lelaki yang merupakan suami kepada rakan baiknya dijeling menyampah.
" Kau orang tunggu lah kalau aku dah dapat Carmellia balik nanti jangan harap aku nak suruh Mell jumpa korang! "
Tanpa mendengar loyar buruk daripada Danie Arfael tersebut segera Siti Khadijah dan Khai masuk ke dalam rumah tanpa memperdulikan pun setiap rengusan dari lelaki gila dan dugong tersebut. (Haih! geram pulak aku!)
"Dia dah balik?" Carmellia Nazihah datang mendekat kearah muka pintu.Sesekali dia menghedap kearah pintu agar Danie betul betul sudah balik
"Si dugong tu dah balik! kau nak tahu? aku rasa nak ludah je muka dia tadi"
Siti Khadijah menjawap dengan nada geram.Jelas mukanya merah panas menahan marah.Carmellia menahan ketawa saat dia mendengar rakan baiknya itu mengelarkan Danie Arfael sebagai Dugong.
"Kau panggil dia dugong?"
"Ha'ah dia memang dugong dasar tak kenang budi!" Siti Khadijah menjawab dengan selamba.Lelaki nama Danie Arfael tu memang tak cukup sorang perempuan kut,dah ada isteri nak yang lain.Bukannya halal pun! heh
"Ada ke patut dia pergi sepak pagar rumah kita dekat depan tu sayang? penat penat abang cat biar nampak cantik si dugong tu sukahati je nak sepak macam bapak dia buat"
Khai menutup pintu rumah nya sambil membebel panjang.Selepas itu dia duduk disebelah isterinya diatas sofa kulit berhadapan televisyen.
"Tulah baik pergi ludah je muka dugong macam tu"
Carmellia Nazihah sekadar diam dia tidak mahu marah lelaki itu,kerana lelaki itu masih suaminya.
"Khadijah,.....Khai aku nak mintak pertolongan sedikit boleh?"
YOU ARE READING
𝑪𝑨𝑹𝑴𝑬𝑳𝑳𝑰𝑨
RomanceCOMPLETE "Demi Allah,aku cintakan kau Carmellia Nazihah bt Wazif,aku tak akan sia sia kan kau.Aku betul betul dah jatuh cinta dekat kau.Itu je yang aku mampu katakan.Kau nak percaya aku bersyukur tetapi kalauu kau tak nak percaya terserah...take you...