Khai dan Siti Khadijah sedang jalan beriringan dihadapan manakala aku pula dengan lelaki yang aku tinggalkan semalam !
Mirza Azfarell !
Aku betul betul tak tahu yang Khai ni abang kepada Mirza Azfarell patutlah muka dah nak dekat sama.Lagipun aku tak tahu Khai ni abang dia kalau tidak aku tak akan ikut serta untuk menemani Khadijah memilih baju kahwin hari ini.Nama dah lah Khai tu Khai je and sampai je dekat Farell,Mirza Azfarell kan pelik tu
Mirza Azfarell pula tidak henti henti mengacau aku sejak dalam kereta.Aku hanya melayan dengan menjawap sepatah tanpa memandang nya.
" Hidup tanpa kau aku boleh gila
Seandainya kau boleh membalas kembali lagi cinta kita berdua
Tak akan ku sia - siakan kamu "Hah itu setempek untuk kau Carmellia! Aku apa lagi hanya tersenyum kelat mendengar ayat ayat cinta daripada Farell
" Stop it Farell,aku boleh muntah dengar ayat kau " ujar aku dengan separuh menjerit.Tetapi Mirza Azfarell mendekati aku dengan lebih rapat.
Aku pada mulanya hanya membiarkan tetapi dia mula menggenggam tangan aku aku cepat cepat melepaskan tautan nya dan meninggalkan Farell dibelakang berseorang diri
" Jangan tinggalkan aku Mell,kau tu macam nyawa aku tau.Kalau kau jauh aku tak boleh bernafas,selalu disebelah aku ye " Farell mula melemparkan ayat cinta lagi
Aku hanya tersenyum kecil.Ayatnya itu membuatkan aku gembira sedikit walaupun pada mulanya aku ingin muntah.
Siti Khadijah yang berada dihadapan sudah tersenyum senyum aku pula membalas dengan jelingan.Dia orang bertiga ni memang bersepakat ke apa ?!
Tolong lah aku woi jerit aku didalam hati
Sebal! itu yang aku rasakan.Farell apa lagi sambung ayat manis nya.Nak try aku la tu! Apa yang merasuk dirinya pun aku tak tahu
serupa ulat je aku tengok dari tadi haishhh.Tangan nya gatal ingin menampar bibir yang asyik berceloteh dari tadi
" What about this ?" dress putih yang dipilih oleh Siti Khadijah membuatkan aku sedikit tidak berkenan.Kerana style baju itu sudah ketinggalan zaman.
Aku bangun lalu menyelak sedikit dress pengantin yang menarik minat aku.
Sepasang dress pengantin berwarna putih yang bermanik dan dihiasi dengan labuci membuatkan aku rasa berkenan lalu mencapai nya lalu diberikan kepada Siti Khadijah untuk mencubanya
" Tak nak lah,nampak mewah sangat lah "
" Ambik je la,nanti husband kau jugak yang bayarkan...dia kan pilot takkan tak mampu..murah je ni " ujar aku lembut lalu menolak tubuh Siti Khadijah kedalam.Sempat aku berpesan kepada Farell jangan mengacau ku sewaktu di dalam boutique kalau tidak nahaslah lelaki itu.
Sedang aku leka memandang dress pengantin handphone aku berdering menandakan ada message masuk
Aku mengerutkan dahi aku sewaktu Farell menghantar messages cinta kepada aku.
Aku membaca nya.Sesekali aku tersenyum kecil tetapi aku cepat cepat menyembunyi kan senyuman aku takut jikalau dia skodeng aku dari sliding door tu mahu mampus aku
" Oi Mell! kau sengih macam kerang busuk tu apahal ?" Soal Siti Khadijah dengan kasar.
Aku mengerutkan dahi aku obvious sangat ke yang dia senyum tadi ?
Mata aku beralih untuk memandang Siti Khadijah yang mengenakan Dress yang aku pilih tadi.Tidak terlalu ketat dan tidak terlalu longgar.Muat ditubuh langsing milik rakannya
" Cantik gila weh! Sumpah cantik " puji aku ikhlas.
Belum lagi pakai make up waktu perkahwinan nanti mesti semakin cantik!
Siti Khadijah mencebik
" Bodek aku lah tu,kau nak apa ?" Soal Siti Khadijah.Dia seperti tahu dengan sikap aku yang dalam diam ada sesuatu yang aku inginkan
" Ajak lah aku makan lepas ni,lapar lah wei...perut aku dah berkaraoke tau" Aku memegang perut aku agar Siti Khadijah mahu mengikuti kemahuan aku
Siti Khadijah mengangguk sebelum berlalu masuk ke fitting room semula.
Jujur aku cakap kan Siti Khadijah memang cantik! Gadis itu tidak mempunyai sejak dulu lagi disebabkan tidak mahu dikecewakan dengan lelaki yang tak pernah cukup satu.
Tetapi kali ini aku berharap Khai dapat menjaga rakan nya sebaik baiknya,lebih dari nyawanya.Kalau dia tahu Khai mengasari Khadijah siaplah lelaki itu,penumbuknya akan melayang buat kali pertama pada wajah lelaki itu.
Aku nampak Khai jenis yang protective.Bila aku teringat Siti Khadijah hampir hampir tersadung tadi cepat cepat Khai menggenggam kedua belah lengan Siti Khadijah agar Khadijah tidak masuk longkang.
Aku wajtu tu dah tersengih sengih.Bila lah aku dapat seseorang yang ikhlas nakkan aku.
Selepas lama aku mengelamun aku dipanggil oleh Farell sendiri.Pada mulanya aku pelik kenapa Siti Khadijah tidak memanggil aku,rupa rupanya gadis itu sudah pergi awal dengan Khai.
" Kita nak pergi mana ni ?" Soal aku kepada Farell bila dia ajak aku masuk restaurant mahal.Oh man aku tak makan lah tempat macam ni
" Makan lah,tadi Khadijah cakap kau lapar and perut kau berkaraoke sebab tu aku bawak kau makan dekat sini "
" Mana Khadijah ?"
" Dia orang pergi beli cincin kahwin,kau ni pun dia orang nak kahwin kot takkan kau nak kahwin jugak.Aku belum bersedia lagi ni "
" Diam lah kau! Aku tak nak makan sini " bentak aku lalu aku menuju ke luar restaurant.Aku memeluk tubuh aku tanda protes.Aku betul betul dah lapar ni,lelaki ni ajak dia bergurau pula
" okay okay kau nak makan mana ?" Soal Farell lembut
" Nak makan Mcd " balas aku pendek.Dia apalagi terus menarik aku ke tempat kereta mencari kedai Mc Donald's yang berdekatan dengan Shopping Mall.
Malangnya tidak ada.Yang paling dekat pun 5 KM daripada Shopping Mall ini.Tanpa berlengah Farell teruskan pemanduan nya menuju ke tempat makan yang dipinta aku tadi.
Selesai sahaja makan bersama sama Farell,Farell mahu menghantar aku pulang.Dia tidak mahu aku berada di luar lama sangat jadi lepas makan dia terus menghantar aku.
Belum sempat aku ingin keluar dari kereta Farell menegur aku.Aku segera berpaling menghadap nya.Aku sedikit terpegun melihat kekacakan nya dengan rambutnya yang messy disikat rapi
" Mell..terima kasih " ucap Farell lembut.Dia membisik sedikit aku sudah mengerutkan dahi aku
" untuk ?" Soal aku pelik.
" Sebab dah buat aku gembira sepanjang hari " Farell tersenyum manis
" Ew Farell,apa kau cakap ni aku tak buat apa apa pun "
" Kehadiran kau memberi makna kepada aku,teruslah hidup bersama aku supaya aku tersenyum selalu "
Aku menggelengkan kepala aku lembut.Ah pening pening! Aku hanya angguk lalu berlalu masuk kedalam rumah.Flying kiss daripada Farell aku biar sepi.
Tangan aku yang gatal sejak tadi di Shopping Mall dipegang lalu dielus perlahan
Sabar tangan nanti kita buat ya sayang ?
Pssst...tap vote button please?
Thank you ✨
YOU ARE READING
𝑪𝑨𝑹𝑴𝑬𝑳𝑳𝑰𝑨
RomanceCOMPLETE "Demi Allah,aku cintakan kau Carmellia Nazihah bt Wazif,aku tak akan sia sia kan kau.Aku betul betul dah jatuh cinta dekat kau.Itu je yang aku mampu katakan.Kau nak percaya aku bersyukur tetapi kalauu kau tak nak percaya terserah...take you...