Penumbuk ditangan digenggam erat takut jikalau penumbuknya akan melayang serta merta di wajah mulus perempuan itu.Perempuan bernama Carmellia Nazihah memang tak makan saman betul! Carmellia juga tidak mendengar pesanan daripadanya 4 hari yang lepas!
" Relax lah Farel,jangan obvious sangat yang kau ni nampak sukakan dia..Korang belum couple lagi pun tak payah ikat dia macam tu sangat "
Danie Arfael mula membebel panjang.Tidak suka melihat perubahan daripada Mirza Azfarel yang kelihatan mahu mengasari perempuan
" Apa kata kau gunakan Ariana " Muzhaffar Syah mula memberi cadangan tidak masuk akal bagi Fazli Al-Amin.
Mirza Azfarel terus berlalu pergi.Dia perlu mencari Ariana sekarang jugak.Dia perlu gunakan Ariana.Ariana cukup pakage,seksi,cantik,body mantap!
Fazli Al-Amin merenung rakan rakan nya yang lain sebelum berlari mengejar Mirza
" Fikir masak masak dulu Rel,jangan buat keputusan terburu buru " Fazli Al-Amin cuba mengejar langkah Mirza Azfarel sehingga ramai bahu bahu pelajar junior menjadi tembakan nya.
" Diam lah Min,kau kenal aku macam mana! patutnya kau support aku "
" Kau nak Armell kena macam mana Miya kena ke ?" soalan berani mati daripada Fazli membuatkan membuatkan penumbuk daripada Mirza tepat mengenai sasaran .
" Kau jangan sebut nama perempuan tu lah !" dada Mirza Azfarel turun naik menahan amarah nya.
Mata mata orang lain yang memandang kearahnya membuatkan dia merengus kasar
" Korang tengok apa ? blah ah !" tengking nya kuat "
Mungkin minggu ini ramai pelajar yang tidak balik ke rumah kerana busy untuk berlatih dalam acara masing masing.
Bergegas pelajar pelajar di koridor tersebut berlari untuk mengosongkan koridor sekolah.
" Kau tumbuk aku Farel ? sebab pertahan kan Ariana ? oh gitu " Fazli Al-Amin terus menutup locker nya kasar.Dia terus pergi daripada situ.
Muak dia memberi nasihat kepada Azfarel.Bukannya lelaki itu mahu mendengar kata katanya.Dari dulu sehingga meninggal seorang gadis yang dicintai oleh Azfarel,Miya Afizah,Azfarel langsung tidak mendengar kata kata daripadanya
Carmellia Nazihah mengerutkan dahinya saat dia melihat pelajar Tingkatan 4 tergesa gesa turun daripada tangga semasa dia mahu menuju ke locker nya.
Apabila dia sampai di tingkat 3 dia ternampak kelibat Mirza Azfarel sedang berdiri ditengah tengah jalan.Tanpa mengendahkan lelaki itu dia jalan dihadapan lelaki itu.
Dapat dia rasakan anak mata helang lelaki bermata biru itu merenungnya tajam.
" Armell !" jeritan daripada Claire Natasha buatkan Carmellia melepaskan nafas lega.Sekurang kurangnya dia tidak merasa takut macam tadi
Claire memeluk bahu Carmellia lalu menuju ke locker.Tiba tiba mereka berdua terkejut apabila mendengar gelak tawa daripada Mirza Azfarel dan Ariana
Carmellia menoleh.Dia terkejut melihat apa yang berada dihadapan nya.Ariana dan Mirza sedang berpelukkan
" Sabar "
Carmellia Nazihah menjeling Claire Natasha.Mereka berdua cepat cepat mengemas barang di locker lalu cepat cepat mereka turun untuk ke Aspuri
" Kau nampak kan apa benda tu tadi ?" Soalan daripada Carmellia membuatkan Claire rasa serba salah.Kadang kadang Claire musykil kenapa Carmellia tidak rasa cemburu apabila Farel dan Ariana bersama
" Lepas ni aku tak nak dengar kau cakap pasal dia depan aku,jijik weh jijik " sambung Carmellia lagi.
" Kesian arwah Miya " Claire membuka cerita.Carmellia Nazihah mengerutkan dahinya,kenapa dia langsung tidak berasa asing dengan nama itu.Dia rasa dia pernah rapat dengan perempuan bernama Miya itu.
" Kenapa ?" Soal Carmellia lagi
" Kau masih belum ingat lagi, tak apa nanti aku ceritakan pada kau.Malam ni " balas Claire lembut.Dia faham dengan situasi Carmellia yang lupa ingatan selepas balik daripada Starbucks bersama sama Miya 1 tahun yang lepas.Dan waktu itu juga Miya break up dengan Mirza Azfarel .
Diri nya sendiri masih berada di Singapura waktu itu,cuti sekolah.
Jadi Miya dan Carmellia keluar bersama sama ke Starbucks untuk bercerita mengenai fitnah yang Farel tujukan kepada Miya
" Armell !" laungan daripada Mirza Azfarel buatkan Carmellia Nazihah cepat cepat menuju ke luar dari bilik rehat.Tergendala semua kerjanya untuk mengemas locker milik Fazli Al-Amin.
" Kau beli air mineral untuk semua kecuali Irfan " arahan daripada Mirza Azfarel buatkan Carmellia mengerutkan dahinya
" Tapi,aku tak ada duit " balas Carmellia lembut
" Sekarang "
" Tapi "
" Aku cakap Sekarang Armell,apa yang kau tak nak dengar sangat ?!"
Bola ditendang mengenai tepat pada pintu dibelakang Carmellia Nazihah
Mata Carmellia Nazihah yang tertutup rapat tadi terbuka semula.Setitis demi setitis air matanya jatuh
" Nangis! nangis lah kuat lagi ! bodoh "
Carmellia Nazihah terus mencapai Totebag milik nya berwarna purple yang berada di hadapan pintu.
Pelajar perempuan yang lain yang menunggu di luar langsung dia tidak endahkan termasuk Claire.Claire merengus geram.
Apa masalah lelaki nama Farel ni ?
Dengan mukanya yang merah kerana menangis dia terus keluar lalu menuju ke Aspuri.Dia tak ingin pun nak stay minggu ini tetapi kali ini dia malas nak berhadapan dengan lelaki tak guna itu
Irfan Nazill mengerutkan dahinya apabila melihat suasana tegang disebelah Claire manakala rakan rakan nya yang lain ketawa sinis.Irfan Nazill tanya kepada Claire tetapi Claire hanya mengangkat bahu tanda tidak tahu.Apabila mereka datang tadi mereka semua tengok Carmellia sudah menangis
" Farel buat masalah "
Irfan Nazill dan Fazli Al-Amin duduk di tempat penonton sambil meneguk air mineral yang baru sahaja diambil dari bilik Pengetua beberapa minit yang lepas
" Dia tengking tengking Armell tadi,lepastu dia sepak bola hampir hampir terkena Armell mana tak nangis nya budak tu "
" Dia suruh Armell buat apa pulak ?" Soal Irfan Nazill tanda tidak puas hati.Carmellia Nazihah disuruh macam orang gaji pula semenjak gadis comel itu diarahkan untuk menjaga mereka .
" Beli air mineral untuk kitaorang "
" Melampau " ucap Irfan senada.
Irfan Nazill terus bangun untuk ke pondok Sekolah.Dia ingin berjumpa dengan gadis itu.Selepas beberapa minit perjalanan menuju ke Pondok akhirnya dia sampai.
Dia mendekati gadis berambut panjang berwarna hitam yang duduk dibangku berseorangan.Dia tersenyum
Apabila gadis berambut hitam itu berpaling senyuman nya pudar.
Gadis itu bukan Carmellia.Tentu Carmellia sudah balik .
Dia merengus kasar.Masih ada 2 minggu untuk dia menghadap semua ini sebelum mereka cuti panjang menunggu keputusan SPM
Psssst..... tap 'vote' button please ♡
THANKS ✨
YOU ARE READING
𝑪𝑨𝑹𝑴𝑬𝑳𝑳𝑰𝑨
RomanceCOMPLETE "Demi Allah,aku cintakan kau Carmellia Nazihah bt Wazif,aku tak akan sia sia kan kau.Aku betul betul dah jatuh cinta dekat kau.Itu je yang aku mampu katakan.Kau nak percaya aku bersyukur tetapi kalauu kau tak nak percaya terserah...take you...