Bab 2

365 25 73
                                    

"AKU tak sangka

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

"AKU tak sangka... Fahad Azweer, seorang yang sudah berikrar, berjanji akan melupakan cara hidup yang penuh dengan maksiat selepas bergelar suami, kini melanggar janjinya sendiri!" Harraz Hakimi melepaskan kata-kata sebaik sahaja figura pembantu peribadi sepupunya itu hilang dari pandangan.

"Maaf Harraz, aku... aku..." Tergagap-gagap Fahad Azweer membuka kata.

"Aku... aku... aku apa?!" pintas Harraz Hakimi, bengang dengan sepupunya itu. "Kau sedar tak yang kau sekarang ni berstatus suami orang? 'Suami!' Kalau Iman tahu perbuatan keji kau ni... aku tak tahulah, apa dia rasa? Apa dia fikir?!"

"Aku tak sengaja! Aku tewas dengan godaan Azra tu!" Perlahan suara Fahad azweer membalas kata-kata Harraz Hakimi.

Harraz Hakimi mengerling sepupunya yang sedang sibuk menyarung semula kemeja biru di tubuh kekarnya itu. Cerlungan maut dihadiahkan kepadanya. "Ni... Harapnya tak mengandunglah si gila gedik tu. Kalau mengandung betina tu nanti, kau memang menempah bala, Fahad. Jangan ingat aku tak perasan kau tak guna pelindung tadi. Aku nampak semu..."

"Tak! Aku belum sampai pun tadi!" pintas Fahad Azweer seraya memberi isyarat senyap kepada Harraz Hakimi.

Harraz Hakimi menjongketkan kening kirinya seraya berpeluk tubuh. "Kenapa? Kau malu ke? Nasib baik Pak Long Rezza tak ada, kalau dia nampak apa yang korang berdua buat tadi... aku rasa, runtuh agaknya menara Mutiara Permai Holdings ni!"

"Harraz, kau jangan bagitahu siapa-siapa pun pasal apa yang aku buat tadi."

Harraz Hakimi diam seketika. Direnungnya lama mata Fahad Azweer. Tahu pun takut kantoi dengan bini!

Iman, maafkan abang! Fahad Azweer menghempas punggungnya di kerusi. Dua jari tangan kirinya mengetuk lantai meja. Figura sepupunya yang melabuhkan duduk di kerusi berhadapan dengan meja kerjanya itu dikerling sekilas. Keluhan panjang dilepaskan. "Ni, kau ada apa hal datang ke pejabat aku secara tiba-tiba aje ni?"

"Aku bosan. Lagipun jadual aku banyak free hari ni, tu aku datang melawat sepupu a.k.a best friend aku ni. Tapi tak sangka pulak boleh menonton hot movie secara percuma and live show di depan mata!"

"Kau ni, sudah-sudahlah nak menganjing aku! Aku tahulah aku silap."

sedang dua jejaka itu bersembang di dalam bilik pejabat penolong pengarah eksekutif itu, figura Encik Hariz Rezza menapak masuk tanpa memberi salam. Kalau dia tiba awal tadi, bagaimana agaknya reaksi dia?

"Fahad, free tak sekarang?" Encik Hariz Rezza bertanya.

"Err... sekarang? yes, fahad tengah free sekarang. Kenapa papa tanya?" sahut Fahad Azweer seraya bertanya.

Encik Hariz Rezza melabuhkan duduknya di kerusi yang bersebelahan dengan Harraz Hakimi. "Fahad ingat tak dengan pembinaan cawangan Mutiara Permai di Darwin, Australia?"

Di Dalam Sepi Itu...Where stories live. Discover now