Bab 1

465 23 37
                                    

Tiga minggu berikutnya

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Tiga minggu berikutnya...

JAM tangan dikerling sekilas. Tengkolok berwarna biru muda diletakkan di atas kepala. Terserlah ketampanan serta senyuman terukir di wajah kacaknya itu.

Hari yang ditunggu-tunggu telahpun tiba. Fahad Azweer segera mengatur langkah untuk ke upacara majlis akad nikah.

Nur Iman Nabila pula masih lagi di dalam bilik sedang didandan rapi rambutnya sambil diperhatikan oleh Nur Haura Neyla.

"Akak Iman nampak sangat ayu hari ni..." tegur Nur Haura Neyla.

"Tapi takdelah secantik dan ayu adik akak ni," sahut Nur Iman Nabila pula seraya tersenyum mengerling adiknya yang duduk di birai katil.

Majlis yang dirancang dengan rapi dan rahsia selama tiga bulan itu berjalan dengan lancar. Fahad Azweer yang baru sahaja melabuhkan duduk di hadapan tok kadi mengerling ke arah bakal isterinya yang sedang duduk di sebelah adiknya. Cantik sungguh bakal bini aku ni, gumam hatinya.

"Fahad, dah bersedia ke belum?"

"Sudah tok..." Spontan bibir Fahad Azweer mengungkap perkataan 'sudah' di hadapan tok kadi, padahal jantungnya kini bagaikan sedang mengepam puluhan tan darah.

Gemuruh kini menguasai diri. Sekali lagi dia mengerling ke arah Nur Iman Nabila yang sedang menunduk kepalanya. Iman... pandanglah kat sini!

"Fahad Azweer Bin Haris Rezza... aku nikahkan dikau dengan Nur Iman Nabila Binti Muhammad Zafran dengan mas kahwinnya dua ratus ringgit tunai..."

"Aku terima nikahnya dengan mahar yang tersebut."

Dengan sekali lafaz, kini Fahad Azweer sah bergelar suami kepada Nur Iman Nabila. Upacara membatalkan air sembahyang segera dijalankan. Fahad Azweer menghulurkan tangannya untuk bersalaman dengan isteri tersayang. Nur Iman Nabila pula menyambut salam dari suaminya itu.

"Assalammualaikum..."

"Waalaikumsalam..."

Senyuman terbit di bibir Fahad Azweer, kemudian dia menoleh ke kiri dan kanan, matanya dipejam perlahan. Mama, papa... maafkan Fahad, monolognya dalam hati.

TEPAT jam lima pagi, Fahad Azweer mencelikkan matanya. Terus senyuman terukir di bibir. Tangannya masih lagi memeluk tubuh isteri kesayangannya yang masih dibuai mimpi. "Selamat pagi Iman, my lovely wife..."

Nur Iman Nabila mencelikkan matanya perlahan seraya menoleh. "Selamat pagi... awalnya awak bangun."

"Mestilah awal... kan kejap lagi masuk waktu subuh," sahut Fahad Azweer pula. Dia segera bingkas bangun dari katil Dan mengatur langkah menapak ke arah bilik mandi. Kemudian dia menoleh semula ke arah isterinya yang baru sahaja mengatur duduk di tengah katil. "Abang... mulai dari saat ni, panggil 'abang...' tak perlu 'awak-awak' lagi. Kita kan sudah sah bergelar suami isteri."

Di Dalam Sepi Itu...Where stories live. Discover now