Berita kematian isteri tersayang memberi tamparan yang begitu kuat untuk Fahad Azweer. Dia yang ditugaskan di negara kanggaru, Australia bergegas pulang ke tanah air pada hari yang sama. namun semasa dia bersiap-siap untuk ke lapangan terbang, dokum...
Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
"SELAMATdatang kembali ke kampung halaman isteriku yang tercinta buat kali yang ketiga." Senyuman diukir sebaik sahaja tiba di halaman rumah mertuanya. Fahad Azweer segera menapak keluar dari perut kereta. Dia terus mengatur langkah menuju ke arah tangga. "Sunyi sepi aje ni... tak ada orang ke? Tapi lampu rumah ada je ni."
Telefon bimbit dikeluarkan dari poket seluar jeans berwarna biru yang disarung. Punat power di bahagian sisi telefon bimbit itu ditekan. "Hmm... baru aje pukul sembilan empat puluh lima... takkan dah tidur semuanya kot?"
Matanya melilau memerhati cahaya lampu yang terkeluar dari celahan dinding kayu rumah itu. "Assalammualaikum... sunyi betul. Assalamu..."
"Waalaikumsalam, Fahad?"
Tiba-tiba sahaja satu suara garau datang menyapa dari arah belakang menyahut salam itu. Sepantas kilat Fahad Azweer menoleh ke arah datangnya suara itu.
"Eh, ayah? Ayah datang dari mana ni?" sahut Fahad Azweer seraya bertanya.
"Ayah dari surau tadi, lepas tu singgah ke rumah tok imam sekejap... ada majlis doa selamat." Encik Muhammad Zafran sengera menghulurkan tangannya untuk menyambut salam dari menantunya itu.
"Ayah apa khabar?"
"Macam ni la... Alhamdulillah sihat selalu. Menantu ayah ni mesti baru sampai, kan? Jomlah kita masuk."
Fahad Azweer angguk kepala. "Ya ayah, baru aje sampai..."
Daun pintu dikuak. Encik Muhammad Zafran segera menapak masuk. Manakala Fahad Azweer pula masih lagi berdiri di hadapan tangga. Baru aku teringat, chocolate Ferrero Rocher untuk Iman! Dia segera kembali menapak ke arah keretanya. Dia sempat mengerling figura Nur Iman Nabila yang kini sedang berdiri di muka pintu. Iman... tak penyabar betul, dah dibagitahu awal-awal, kalau nak balik kampung tu kenalah tunggu aku sekali. Tak faham betul aku dengan hati perempuan ni.
"Iman, tak tahu ke suami Iman tu dah lama dekat bawah tu?" soal Encik Muhammad Zafran. Nur Iman Nabila yang hanya mendiamkan diri itu dikerlingnya sekilas. "Ni dah kenapa berdiri tercegat dekat depan pintu tu? Tak reti nak sambut suami ke?" Masih jelas apa yang hinggap di cuping telinganya sebelum pergi ke surau petang tadi di mana dia terdengar anak sulungnya itu bermonolog seorang diri di ruang tamu sambil merenung skrin telefon bimbit.
Skrintelefonbimbitdirenung lama. Pada masa yang sama juga titisan mutiara jernih kian galakmemgalirmenyusuripipi. "Mungkininisilap aku. Inibalasanuntuk aku. Aku masihbelummengenalisepenuhnyasiapasuami aku."
Perutnyadiusaplembut. "Haura, maafkanakaksebabrampasAbang Fahad dari Haura!" Dia merenungperutnyayangmasihbelummenampakkansepertiibumengandungitu lama. Rahim aku dah rosak... padan muka kau Iman, jatuhcintadenganbakaladikiparsendiritanpamengenalisiapasebenarnya Fahad Azweertu. Anak-anakdalamkandungankuiniharapnyamerekakuat.