Bab 7

266 21 46
                                    

"MENGANDUNG? No

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

"MENGANDUNG? No... I tak percaya!" Langkah kaki dipercepatkan menuju ke arah kaunter jururawat. Sebaik tiba di kaunter itu...

Pap!!

Dengan selamba gadis itu menepuk meja kaunter dengan kedua tapak tangannya. "Hello! I nak tanya..."

"Cik... kalau ye pun nak bertanya, perlu ke nak pukul-pukul meja macam tu? Sini hospital, cik... apa cik tak pernah datang hospital ke sebelum ni?"

Belum sempat Azra Adelia menghabiskan kata-katanya, jururawat yang berada di kaunter itu segera memintas. Gila ke apa terjerit terlolong macam tu. Sini hospital kot! Tak ada adab ke? Harap muka aje lawa tapi hampeh!

"I nak tanya..." Perlahan Azra Adelia bersuara. Pandai pun. Takdelah macam orang gila. Tag nama jururawat itu dikerling sekilas.

"Halima..."

"Ye cik, ada apa yang boleh saya bantu?" sahut jururawat itu. Senyuman dihadiahkan kepada gadis di hadapannya.

"Boleh I tanya keadaan pesakit yang dirawat di dalam bilik yang bernombor 448 tu? Dia sakit apa ya?" Azra Adelia bertanya sedangkan dia sudahpun mengetahuinya.

"Sekejap ye cik." Jururawat Halima segera mengalihkan pandangan matanya ke arah skrin komputer sebaik sahaja Azra Adelia habis bertanya. "Err... Puan Nur Iman Nabila Binti Muhammad Zafran. Dia ni mengandung twins. Tapi... dia jugak menghidap barah pangkal rahim stage dua."

"Ooo... begitu ye? Suami dia siapa ya? Dalam rekod tu ada kan, nama suami dia?" Aku nak pastikan, betul ke tak Fahad tu suami dia! Kalau betul, bila masa diorang berkahwin? Kenapa Aunty Rubi tak cakap pun pasal ni?

"Nama suami dia... Fahad Azweer Bin Hariz Rezza."

Hatinya kini bagaikan ledakan gunung berapi yang bakal meletus pada bila-bila masa sebaik sahaja nama penuh Fahad Azweer keluar dari mulut Jururawat Halima menampar telinganya. Dia terus mengatur langkah menuju semula ke arah bilik wad bernombor 448. Tak guna kau perempuan kampung murahan!

Jururawat Halima menggeleng kepala. "Huh! Dahlah tak bagi salam, ni berterima kasih pun tak! Muka takdelah cantik mana... harapkan make up aje tebal. Kalau takde make up, macam mana agaknya rupa muka dia?"

"Harapnya Iman bagitahu tentang kehamilannya kepada Fahad. Mana tahu kot-kot si bodoh tu akan jaga dia elok-elok lepas ni!" Minuman teh tarik disedut perlahan. Harraz Hakimi yang baru sahaja kembali dari kafe hospital itu kini dalam perjalanan menuju ke bilik wad di mana Nur Iman Nabila ditempatkan. Minuman koko panas yang dibungkus untuk sepupunya diperhatikan. "Hailah sepupuku yang bengong, kau dengan hot chocolate memang tak boleh dipisahkan ke?"

Sesungguhnya Fahad Azweer sangat gemar dengan minuman koko panas. Sedari kecil lagi dia hanya minum minuman itu. Selain itu juga dia sangat menggemari lauk asam pedas ikan pari. Membesar di bandar, tapi selera kampung, itulah dia Fahad Azweer.

Di Dalam Sepi Itu...Where stories live. Discover now