Bab 14

463 18 36
                                    

"WHAT? You tak jadi nak kahwinkan anak You dengan puteri kesayangan I? Kenapa?" Datin Kartini bingkas bangun dari sofa

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

"WHAT? You tak jadi nak kahwinkan anak You dengan puteri kesayangan I? Kenapa?" Datin Kartini bingkas bangun dari sofa. Kini dia berdiri sambil berpeluk tubuh berpaling membelakangi Puan Rubi.

Puan Rubi mengeluh perlahan. Pandangan matanya dilempar ke permaidani bercorak abstrak berwarna biru di lantai ruang tamu. Puteri kesayangan? Tiba-tiba dia rasa mual sebaik ayat-ayat itu menerjah gegendang telinganya. "Saya rasa, datin... anak saya, Fahad tu bukan ditakdirkan untuk jadi suami Azra. Dia tetap berkeras tak nak berkahwin dengan anak datin. Saya rasa, baik kita biar mereka pilih pasangan hidup mereka sendi..."

"Anak I dah pilih Fahad Azweer Bin Hariz Rezza. Remember that, Rubi... my lovely and beautiful daughter has already choose your son as her future husband! And one more thing that you must know... Kad-kad jemputan untuk majlis perkahwinan mereka sudah I edarkan, so... You have no choice! Weather You like it or not, your son will be my son in low, full stop!" Datin Kartini senyum sinis. Dah terlambat, Rubi. Semuanya nanti akan jadi milik kami.

Sudah-sudahlah nak puji si Azra tu datin oiii... Puan Rubi bermonolog dalam hati. Dia hanya mendiamkan diri. Otaknya ligat memikirkan apa yang akan terjadi jika Azra Adelia menjadi menantunya. Masih jelas di ingatan perkara yang berlaku di ruang tamu rumahnya kelmarin, Azra Adelia belum lagi bergelar isteri yang sah kepada anak tunggalnya sudah berani memukul anaknya di hadapan matanya sendiri. Tak mustahil setelah dia sah bergelar isteri kepada anaknya nanti, dia juga akan turut menjadi mangsa! Telefon bimbitnya yang disimpan di dalam beg tangannya berdering segera dikeluarkan. Tanpa membuang masa, dia segera menjawab panggilan itu.

"You dengar tak apa yang I cakap, Rubi?" Datin Kartini tetap bertanya sedangkan dia tahu Puan Rubi sedang bercakap dengan pemanggil di dalam talian.

Berkerut dahi Puan Rubi mengerling Datin Kartini selaku sahabat baiknya itu. Dah kenapa pulak dengan perempuan ni? Tak nampak ke aku tengah menjawab panggilan telefon ni? Dia dah buta ke atau buat-buat tak nampak? Mak dengan anak sama je kedua-duanya tak ada adab! Jangan harap nak jadi besan dan menantu aku... mohon dijauhkan!

"Mak su serahkan aje pada Harraz, tapi betul ke mak su nak jumpa Iman?  Ke... mak su ada agenda tersembunyi?"

"Tak, Harraz... takkanlah mak su ada sorok apa-apa agenda? Mak su nak jumpa Iman dan nak minta maaf dari dia."

Rupanya Harraz Hakimi yang menghubungi Puan Rubi. Sebelum berjumpa dengan Datin Kartini tadi juga Puan Rubi terserempak dengan anak saudaranya itu. Tanpa membuang masa, dia terus mengajukan pertanyaan tentang menantunya daripada Harraz Hakimi. Lega rasa hatinya sebaik sahaja anak saudaranya itu menceritakan apa yang berlaku dari mula hingga penghujung kisah-kisah menantunya itu. Yang paling menggembirakan hatinya kini adalah cucu-cucunya masih selamat dalam kandungan Nur Iman Nabila, cuma Fahad Azweer sahaja yang masih tidak mengetahui keadaan sebenar isterinya ketika ini.

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Jun 17, 2020 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

Di Dalam Sepi Itu...Where stories live. Discover now