"MAK, ayah pergi mana?" Duduknya dilabuhkan di atas kerusi. Tangannya bergerak pantas menyambar pinggan seraya mencedok nasi goreng kampung yang sudahpun terhidang di atas meja. Nur Haura Neyla menoleh ke kiri dan ke kanan. "Err... Abang Fahad pun tak nampak ni? Kereta dia ada je kat depan tu Haura tengok."
"Ayah kamu tu ke mana lagi pagi-pagi macam ni? Selain dari ke kebun dia," sahut Puan Isma seraya melabuhkan duduknya di sebelah anak bongsunya itu. "Ni dah kenapa sibuk bertanya pasal abang ipar kamu? Si Iman ada je ni di depan mata, kenapa tak tanya dia?"
Nur Haura Neyla ketap bibir. "Takde apa-apalah mak, saja je Haura bertanya... Mana tahu kot-kot dia pun ikut ayah sekali pergi ke kebun tu? Malas nak bertanya dengan orang tu, entah apa masalah dia, hingga sanggup keluar rumah tanpa minta izin suami." Sengaja Nur Haura Neyla menekankan kata-kata keluar rumah tanpa minta izin suami di hadapan Nur Iman Nabila. Aku masih tak berpuas hati, geram dengan Akak Iman ni, jangan pulak nanti sikap naga api Abang Fahad tu muncul balik sudahlah ya, tak nak aku tolong. Penat-penat je aku tundukkan raja naga tu, tapi penghujungnya, dia kahwin pulak dengan kakak aku yang lurus bendul ni!
Satu tahun yang lalu...
Nur Haura Neyla menapak keluar dari restoran yang terletak bersebelahan dengan pusat karaoke di Bukit Bintang, Kuala Lumpur. Jam tangan dikerling sekilas. Jarum panjang dan pendek sudahpun menghala ke nombor dua belas menunjukkan tepat pukul dua belas tengah malam. Dia harus segera kembali ke hostel. Telefon bimbit dikeluarkan dari beg sandang. Aplikasi Grab segera dibuka. "Cepatlah datang Grab oiii..."
Sedang gadis itu berdiri di hadapan restoran itu, pandangan matanya menangkap satu figura jejaka tinggi lampai bertubuh sasa dan mengenakan kemeja berwarna putih serta coat hitam menapak keluar dari kelab malam yang terletak di sebelah restoran tempat dia bekerja separuh masa. Mak aih, handsomenya dia!
Beberapa saat selepas itu, satu figura lelaki berbangsa cina menghampiri jejaka itu dari arah belakang. "Lu, kalau sekali lagi wa nampak lu datang sini, mati lu wa kerjakan!"
YOU ARE READING
Di Dalam Sepi Itu...
RomanceBerita kematian isteri tersayang memberi tamparan yang begitu kuat untuk Fahad Azweer. Dia yang ditugaskan di negara kanggaru, Australia bergegas pulang ke tanah air pada hari yang sama. namun semasa dia bersiap-siap untuk ke lapangan terbang, dokum...