Berita kematian isteri tersayang memberi tamparan yang begitu kuat untuk Fahad Azweer. Dia yang ditugaskan di negara kanggaru, Australia bergegas pulang ke tanah air pada hari yang sama. namun semasa dia bersiap-siap untuk ke lapangan terbang, dokum...
Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
BAMM!!
Terangkat bahu Nur Iman Nabila saat daun pintu bilik tidur utama itu dihempas kuat oleh Fahad Azweer yang melulu masuk tanpa mempedulikan keberadaan isterinya yang berdiri menghampirinya sebentar tadi.
Dengan serta-merta titisan mutiara jernih mengalir keluar membasahi pipi. "Abang, apa salah saya pada abang?" Perlahan pertanyaan itu diungkap. Nur Iman Nabila menoleh ke arah meja makan hidangan makan malam sudah bersedia.
Langkah kakinya diatur menapak ke arah pintu bilik. Belum sempat dia mengetuk pintu, daun pintu dikuak dari dalam. Nur Iman Nabila kelu lidah untuk menegur Fahad Azweer yang bersedia untuk keluar dari rumah.
"Ab... abang nak pergi man..."
"Malam ni aku tak balik, jangan tunggu aku!"
Belum sempat Nur Iman Nabila menghabiskan kata-katanya, Fahad Azweer terus memintas seraya menapak keluar. Daun pintu dihempas kuat. Sekali lagi bahu Nur Iman Nabila terangkat kerana terkejut dengan bunyi hempasan itu. Tiada lagi panggilan 'abang' yang biasa digunakan oleh Fahad azweer untuk isterinya itu.
Air mata yang mengalir disekanya perlahan. "Kenapa abang tiba-tiba aje berubah?"
Duduknya dilabuhkan di atas kerusi. Hidangan makan malam yang tersedia di atas meja makan itu direnungnya lama. Lauk asam pedas ikan pari seperti yang diminta Fahad Azweer dalam suratnya pagi tadi sudahpun tersedia di atas meja. Mujur masih ada baki isi ikan pari yang disimpan di dalam freezer. Dengan senang hati dia memasak resipi turun temurun dari kampungnya itu.
Dia terkilan, sungguhpun suaminya menyatakan masakannya semalam sedap, tapi kata-kata itu hanya diluahkan di atas kertas. Bukan keluar dari mulut suaminya sendiri!
"YObro! Ada apa kau nak jumpa aku malam-malam macam ni? Dah tak nak tunggu esok ke?"
"Harraz, aku betul-betul tertekan sekarang."
"Tertekan? Pasal apa pulak? Jangan pulak kau cakap yang semalam kau tertembak dalam..."
"Tertembak apa pulak ni?! Semalam tu aku tak sampai puncak pun lagilah bongok!" Sepantas kilat Fahad Azweer memintas percakapan sepupunya itu. "Please stop talking about that stupid issue!"
"Habis tu, kau stress pasal apa pulak ni? Jangan cakap yang kau nak kahwin dengan PA GRO kau tu!" duga Harraz Hakimi. Duduknya diatur. Dia mengerling ke arah pelayan bar. "I nak fresh orange saja."
"What?! Weh bro, ingat sikit, kau tu dah ada bini... apa mimpi kau nak kahwin dengan betina tu?! Kalau betullah kau nak kahwin dengan bitch tu, aku andaikan yang semalam kau dah..."
"Mama dan papa aku paksa aku kahwin dengan perempuan tu... aku tak tahu nak buat apa. Aku tak nak menduakan Iman!" Pelipis di dahinya diurut perlahan. Gelas yang berisi arak di hadapan matanya dicapai. Selamba Fahad Azweer meneguk air kencing syaitan itu.