Berita kematian isteri tersayang memberi tamparan yang begitu kuat untuk Fahad Azweer. Dia yang ditugaskan di negara kanggaru, Australia bergegas pulang ke tanah air pada hari yang sama. namun semasa dia bersiap-siap untuk ke lapangan terbang, dokum...
Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
"AKAK! Kenapa akak rahsiakan semuanya dari Haura? Kalau mak dengan ayah tahu pasal yang satu ni, macam mana?" Tiba-tiba sahaja Nur Haura Neyla bertanya sebaik sahaja menapak masuk ke dalam bilik wad Nur Iman Nabila.
Nur Iman Nabila yang sedang baring dan melayan perasaan itu mengerling adiknya seraya menggaru kepala yang tak gatal. "Rahsia? Akak rahsiakan apa pulak ni?"
"Akak jangan nak bohong dengan Haura!" Punggungnya dihempas kuat di sisi katil. Renungan matanya mencerlung ke arah kakaknya itu. "Kenapa akak biarkan Abang Fahad bersama dengan perempuan lain?"
Nur Iman Nabila diam.
Nur Haura Neyla merenung kakaknya lama. Dia perasan mata kakaknya itu kini bersinar menandakan takungan mutiara jernihnya akan pecah pada bila-bila masa sahaja. Kemudian dia mengalihkan pandangan matanya ke arah pintu bilik wad itu.
Daun pintu dikuak dari luar.
Nur Haura Neyla mengerling figura lelaki bertubuh sasa menapak masuk. Baru sahaja dua langkah kaki lelaki itu melangkah masuk, dia terhenti.
"Haura?"
Fahad Azweer mati kata sebaik sahaja pandangan matanya menangkap figura gadis yang pernah menjadi penyeri hari-harinya sebelum dia mengenali Nur Iman Nabila kini berada di depan mata.
Nur Haura Neyla bingkas bangun dan terus menghampiri Fahad Azweer. Tanpa berbicara apa-apa, lengan kekar lelaki itu disambar seraya ditarik supaya mengikutnya keluar dari bilik wad itu.
"Haura? Nak bawa abang pergi mana ni? Abang nak jumpa Ima..." Belum sempat Fahad Azweer menghabiskan kata-katanya, lengan kekarnya sudahpun ditarik oleh Nur Haura Neyla.
Sebaik sahaja tiba di hadapan pintu kecemasan, daun pintu itu dikuak seraya meloloskan diri masuk menapak di ruangan tangga. Fahad Azweer direnungnya tanpa bicara. Jika tidak disebabkan kakaknya juga turut menaruh hati dengan Fahad Azweer, sudah tentu lelaki yang berdiri di depan matanya kini sudah menjadi suaminya. "Ken... kenapa abang tipu saya? Mana janji-janji abang? Kenapa abang sanggup menduakan Akak Iman?!"
"Apa Haura cakap ni?"
"Jangan nak tipulah... saya nampak dengan mata kepala saya sendiri tadi, bukan main mesra lagi abang dengan PA gedik abang tu!" senyuman sinis dihadiahkan kepada Fahad Azweer. "Kesian Akak Iman, dia sangat sayang dan cintakan abang dan sayang abang lebih dari diri dia sendiri..."
Fahad Azweer melepaskan pergelangan tangan adik iparnya itu dari terus memaut lengan kekarnya. Lama gadis di hadapan matanya itu direnung. "Habis tu? Bagaimana pulak dengan perasaan abang pada Haura? Haura tipu abang... kononnya Haura suruh abang pergi jumpa mak dan ayah Haura dekat kampung. Tapi apa yang abang dapat? Masa tu Haura tak balik pun. Haura tipu abang..."
🌺🌺🌺
Enam bulan sebelum majlis perkahwinan Fahad Azweerdengan Nur Iman Nabila...