"EUWW! You siapa? Tiba-tiba aje ada di sini?"
Azra Adelia menghampiri Nur Iman Nabila sebaik sahaja menapak keluar dari bilik tidur utama.
Nur Iman Nabila yang berdiri bersandar di sebelah pintu bilik sedang menyeka air matanya yang tidak berhenti mengalir di pipi. Dia mengerling ke arah gadis tinggi lampai yang kini berdiri di hadapan matanya. "Saya i..."
"Orang gaji Fahad?" Azra Adelia segera memintas. Dia memerhati setiap penjuru ruang tamu. "Patutlah rumah ni nampak bersih dan kemas." Kemudian dia mengerling sekali lagi ke arah Nur Iman Nabila. "Ni dah kenapa You menangis? You jangan nak tunjuk muka kesian dekat I, kalau dah orang gaji tu buatlah macam orang gaji... Cepat sediakan I breakfast!"
Nur Iman Nabila terpempan dengan apa yang gadis gedik itu katakan. "Sa... saya yang sepatutnya tanya awak ni siapa?"
Pang!
Terteleng ke kiri kepala Nur Iman Nabila dan disebabkan temparan dari gadis itu juga bahagian kanan kepalanya terhantuk di dinding.
"You jangan berani nak tanya I siapa?! Cepatlah pergi buatkan sarapan untuk I! Tak faham bahasa ke apa?" Dengan selamba Azra Adelia menyambar pergelangan tangan Nur Iman Nabila seraya ditolaknya tubuh kecil wanita itu ke arah meja makan. Kemudian dia juga turut menghampiri meja makan itu dan tanpa segan silu melabuhkan duduk di kerusi. Tudung saji diangkat dan dilempar ke lantai. "Hey! Apa benda You dah bagi bakal suami I makan ni? Dia tak makanlah makanan kampung macam ni!
Apa? Bakal suami?! Hancur remuk hati Nur Iman Nabila sebaik sahaja ayat-ayat itu menumbuk gegendang telinganya. Dia jatuh terduduk di lantai.
Azra Adelia yang memerhati wanita yang dianggapnya orang gaji Fahad Azweer itu bingkas bangun. Dia segera menghampiri Nur Iman Nabila. Kepala wanita itu ditolaknya dengan menggunakan kaki. "Hoi! Cepatlah buat apa yang I suruh tadi!"
Nur Iman Nabila tidak membalas kata-kata gadis itu. Hatinya sakit, pedih. Seolah-olah degupan jantungnya terhenti.
Azra Adelia masih tidak berpuas hati. Entah kenapa perasaan benci dan cemburunya semakin menjadi-jadi bila mendapati seorang gadis yang jauh lebih ayu dari dirinya boleh berada di dalam rumah Fahad Azweer. Sepantas kilat tudung bawal berwarna biru muda yang menutupi kepala Nur Iman Nabila ditarik hingga terlepas. Tidak cukup dengan itu. Pantas sahaja tangannya menyambar rambut panjang dan ditarik sehingga wanita itu bangun dari duduk. Selepas itu tubuh Nur Iman Nabila ditolak dengan kasar menyebabkan bahagian perut wanita itu terlanggar bucu meja makan.
Nur Iman Nabila meraung saat perutnya berlanggar dengan bucu meja. Pantas tangannya menekan-nekan bahagian perut yang dirasakan seperti dicucuk-cucuk dari dalam. "Sakitnya Ya Allah!" Dia mengerling pula ke arah Azra Adelia yang mencerlung tajam merenung ke arah dirinya. "Kenapa awak seksa saya? Apa salah dan dosa saya pada awak?!"
Azra Adelia menuding jari telunjuknya tepat ke arah muka Nur Iman Nabila. "You..."
"Azra! Apa kau dah buat pada Iman?!"
Azra Adelia yang terhenti kata-katanya itu segera menoleh ke arah datangnya suara garau yang memanggil namanya. Dia kelu lidah sebaik sahaja figura Harraz Hakimi yang baru sahaja menapak masuk. Senyuman sinis terus terukir di bibir. "You? You buat apa datang sini? Oh... I tahu, You datang sebab nak selamatkan ayam betina tak malu yang terlepas dari kampung ni..."
"Jaga sikit mulut kau tu! Betina yang tak malu tu kau! Bukan Iman!" Naik seoktaf suara Harraz Hakimi memintas kata-kata Azra Adelia. Dia segera menyambar beg tangan milik gadis gedik itu seraya melemparkan beg itu tepat ke arah muka Azra Adelia.
"Hey! Kurang ajar You..."
Langkah kaki pantas diarahkan menuju ke arah Harraz Hakimi. Tangan kanannya diangkat dan diarahkan ke arah pipi jejaka itu namun pergerakan tangannya dapat dibaca oleh Harraz Hakimi dan dengan pantas lengan kekar jejaka itu menepis seraya menggenggam lengan Azra Adelia.
"Lepaslah! Sakit!"
"Tahu pun sakit! Ada hati nak menampar kepala aku! Sedarlah diri tu sikit!" tengking Harraz Hakimi. Cerlungan maut dihadiahkan kepada gadis gedik itu. Jelas kelihatan seperti gadis itu menahan sakit. Dia segera melepaskan pergelangan tangan gadis itu dari genggamnya.
Azra Adelia segera mengatur langkah menuju ke arah pintu utama seraya menoleh semula ke arah Nur Iman Nabila yang masih terduduk dan menahan bahagian perutnya itu. "Kali ini I lepaskan You, kalau sekali lagi I nampak You dalam rumah ni, You akan mati!"
Pintu dihempas kuat. Kini figura gadis gedik itu tiada lagi di pandangan. Dia mengerling ke arah Nur Iman Nabila. "Iman, awak okey tak ni? Di mana Fahad? Maaf sebab lambat sampai. Sepatutnya saya sampai selepas saya call awak malam tadi tapi..."
Nur Iman Nabila berusaha untuk bangun. "Sa... saya okay, tapi Abang Fahad, dia..."
"Iman,,, jangan bergerak!" Tiba-tiba sahaja Harraz Hakimi memintas. Dia tergamam sebaik pandangan matanya menangkap satu aliran darah yang mengalir di kaki Nur Iman Nabila.
Nur Iman Nabila yang baru sahaja berjaya bangkit berdiri merasakan tubuhnya seperti berpusing-pusing kemudian dia terus jatuh dan tidak sedarkan diri.
"Iman!"
LENGAN kekarnya diarahkan ke sebelah kiri. Mencari bantal peluk yang biasa menjadi tempat untuknya bermanja setiap pagi. Diusap-usapnya lembut namun tiada apa pun di situ. Perlahan matanya dicelikkan. "Iman? Mana..."
Fahad Azweer bingkas bangun duduk di tengah katil. Comforter diselak, baru dia perasan tiada seurat benang pun ditubuhnya ketika ini. Dia mengerling pula ke arah lantai bilik. Baju T-shirt biru serta seluar jeans birunya berselerak. Dia bingkas bangun. Kain tuala yang disangkut pada penyidai bersebelahan dengan tingkap bilik itu diambil dan terus dililitkan di pinggang. Dia terus menapak masuk ke dalam bilik mandi.
Lama Fahad Azweer berdiri di hadapan cermin bilik mandi itu memerhati pantulan dirinya. Kesan merah dileher disentuhnya perlahan. "Lovebite? Setahu aku, Iman tak pandai buat."
Lama Fahad Azweer berdiri di bawah pancuran air. Otaknya ligat berfikir bagaimana Iman boleh membuat gigitan cinta? Seingat aku semalam aku bagitahu... aku tak balik rumah dan... aku pergi ke pub, jumpa Harraz, lepas tu Harraz ajak aku balik dan... Buku limanya dikepal kuat. Kemudian dia terus mematikan pancuran air yang menyirami tubuhnya. Dia terus menapak keluar dari bilik mandi. Pakaian yang bersepah di lantai bilik itu disambar dan terus dibawa ke hidung. "Bau arak! Sahlah aku mabuk semalam... Azra! Betina tak guna!"
Langkah kakinya cepat-cepat diatur menapak keluar dari bilik tidur utama. Dia menoleh ke kiri dan ke kanan seraya berlari ke arah dapur. Tiada kelibat isterinya di situ. Tudung saji yang berada di atas lantai diambil dan diletakkan semula ke atas meja. Dia terkejut bila mendapati hidangan makan malam masih terhidang di atas meja. Dia yakin isterinya pasti melihat apa yang berlaku di antara dia dan Azra Adelia.
"Iman... sayang, maafkan abang!"
🌷🌷🌷
"Tahniah encik, isteri encik mengandung tiga minggu."
YOU ARE READING
Di Dalam Sepi Itu...
Любовные романыBerita kematian isteri tersayang memberi tamparan yang begitu kuat untuk Fahad Azweer. Dia yang ditugaskan di negara kanggaru, Australia bergegas pulang ke tanah air pada hari yang sama. namun semasa dia bersiap-siap untuk ke lapangan terbang, dokum...