Bab 6

272 24 57
                                    

"KANDUNGAN Puan Iman bernasib baik

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

"KANDUNGAN Puan Iman bernasib baik. Baby selamat." Doktor Isyraf yang merawat Nur Iman Nabila berkata sebaik sahaja pemeriksaan selesai.

Harraz Hakimi yang duduk di sebelah Nur Iman Nabila dikerling. "Boleh saya tahu apa yang menyebabkan isteri encik..."

"Err... maaf doktor, saya cuma sepupu kepada suami Puan Iman." Laju Harraz Hakimi memintas. Isteri aku? Hahaha! Doktor ni buat lawaklah pulak! Fahad... tunggu kau kejap lagi! Buku lima dikepal kuat.

Jelas kelihatan Doktor Isyraf sedikit terkejut. Sangkaannya meleset. Senyuman tetap setia di bibir. "Oh... ye ke? Maaf, saya ingatkan tadi encik ni suami  Puan Iman." Hai Isyraf, tu la kau main terjah aje, tak nak bertanya terlebih dahulu. Dia mengerling semula ke arah Nur Iman Nabila. "Kandungan puan masih baru lagi, keadaan mereka di dalam rahim puan menerima sedikit gegaran..."

"Mereka?"

Belum sempat Doktor Isyraf menghabiskan kata-katanya, Nur Iman Nabila terus memintas.

Doktor Isyraf tersenyum. Harraz Hakimi yang duduk di sebelah Nur Iman Nabila dikerling sekali lagi. Senyuman tetap dihadiahkan kepada dua manusia yang berada di hadapannya. "Ya, mereka. Maksud saya, mereka tu... Puan Iman, puan mengandung bayi kembar."

Nur Iman Nabila terlopong seketika seraya mengerling ke arah Harraz Hakimi di sebelah. Kemudian senyuman terus terukir di bibir. Gila tak happy? Baby kembar kot dalam perut!  Ingat senang nak dapat? "Betul ke ni doktor? Ya Allah, seronoknya! Syukur alhamdulilah!"

Doktor Isyraf menganggukkan kepala. "Tapi..."

"Tapi? Tapi apa pulak doktor?" Terus mati senyuman di bibir Nur Iman Nabila sebaik sahaja perkataan 'tapi' dari Doktor Isyraf menampar telinganya. Kemudian dia menoleh Harraz Hakimi di sebelah.

Doktor Istraf diam buat seketika, nafas panjang dihela. "Puan, saya harap puan kuat dan... err sebenarnya keadaan rahim puan tidak stabil. Dari pemeriksaan kami tadi, dalam rahim Puan Iman..."

"Kenapa dengan rahim dia,  doktor?" Tiba-tiba sahaja Harraz Hakimi memintas. Dia tidak sedap hati. Sepatutnya Fahad yang wajib ada dekat sini sekarang! Dia mengerling Nur Iman Nabila di sebelah. Kerisauan jelas kelihatan pada raut wajah wanita itu.

"Puan, kami mengesan ada satu ketumbuhan di dalam rahim puan..."

BAMM!!

Fahad Azweer yang baru sahaja selesai menyikat rambut di hadapan cermin segera menoleh ke arah pintu. Dia segera menapak ke ruang tamu. Sebaik sahaja menapak keluar dari bilik tidur utama, pandangan matanya menangkap figura sepupunya, Harraz Hakimi yang berjaya meloloskan diri masuk ke dalam rumahnya. "Hoi! Kau ni dah kenapa pecahkan pintu rumah aku?! Tak reti nak bagi salam sebe..."

Harraz Hakimi pantas menghampiri Fahad Azweer. Buku lima yang dikepal kuat segera diarahkan ke arah muka.

Bukk!

Di Dalam Sepi Itu...Where stories live. Discover now