JAM sudah menunjukkan pukul enam tiga puluh lima minit pagi. Mata kirinya dicelik perlahan. Dah pagi ke? Nur Iman Nabila menggosok kelopak matanya perlahan seraya bingkas duduk. Cepat-cepat dia menoleh ke sebelah. Baru sahaja dia ingin mengucapkan selamat pagi tetapi hampa, figura suaminya, Fahad Azweer tiada di sisi.
Dia bingkas bangun dari katil dan terus menapak masuk ke dalam bilik mandi. Abang Fahad ni tak balik lagi ke?
Lima minit selepas itu Nur Iman Nabila menapak keluar dari bilik tidur utama dan terus menuju ke arah meja makan. Baru dia teringat akan hidangan makan malam yang disediakan malam tadi masih belum disimpan.
"Eh? Mana semua lauk asam pedas ikan pari yang aku hidangkan untuk suami..." Belum sempat Nur Iman Nabila menghabiskan kata-katanya, pandangan matanya menangkap sehelai kertas dan sebatang pen biru di atas meja itu. Cepat-cepat dia menyambar kertas itu yang mengandungi tulisan tangan. Dia kenal sangat dengan tulisan tangan itu. Ya! Tulisan tangan suaminya, Fahad Azweer.
Terima kasih Iman, sebab dah masak lauk kegemaran abang. Ianya sedap sangat! Maaflah tak kejutan Iman, abang tengok Iman tidur nyenyak sangat, jadi abang malas nak kejutkan. Lauk tu abang dah habiskan. Nanti Iman masakkan lagi ya!
Abang tulis surat ni sebab abang tahu sangat yang isteri abang ni bukannya suka sangat nak buka mesej dekat whatsapp tu! Hehe! Petang nanti abang akan balik awal!
Love you so much!
From your cute and handsome husband...
FAHAD."Lah... patutlah semua lauk atas meja ni hilang!" Senyuman manis terus terukir di bibir.
"Takpelah, yang penting, Abang Fahad makan apa yang aku masak. Tapi... hmm..."
Kriuuuukkk...
Cepat-cepat tangannya mengurut bahagian perutnya. "Adoi, laparnya perut!"
Nur Iman Nabila segera berlari anak ke arah dapur untuk mencari sesuatu untuk sarapan. Dia segera menghampiri peti sejuk seraya membuka pintu freezer. "Hmm... ice cream Cornetto perisa vanila! Tapi... tak eloklah makan aiskrim pagi-pagi macam ni!"
YOU ARE READING
Di Dalam Sepi Itu...
RomanceBerita kematian isteri tersayang memberi tamparan yang begitu kuat untuk Fahad Azweer. Dia yang ditugaskan di negara kanggaru, Australia bergegas pulang ke tanah air pada hari yang sama. namun semasa dia bersiap-siap untuk ke lapangan terbang, dokum...