Bab 18

44 6 0
                                    

BUNYI notifikasi membuatkan Zahin berhenti daripada menyemak fail pekerja. Dia lalu mengambil telefon lalu membuka aplikasi Whatsapp.

"Ni bukan ke gambar Arina? Siapa lelaki ni?" Angin cemburu sudah datang. Mana tidaknya,gambar isterinya dengan lelaki lain sedang berpelukan mesra.

Ni gambar isteri kau yang kau sayang sangat tu. Seronoknya dapat bekas orang.

Pesanan yang diterima menjadikan Zahin semakin marah. Apa yang Putry buat selama ni?

Apalah yang dia tengah buat sekarang dekat rumah kan?

Mesej kedua yang diterima memyebabkan Zahin keluar dari pejabat mahu balik ke rumah. Kerjanya yang sepatutnya disiapkan malam ini dibiarkan sahaja.

***

Putry yang sedang menyapu bahagian ruang tamu rumah memandang ke arah kereta suaminya yang masuk ke perkarangan rumah. Cepatnya balik. Kata balik pukul sepuluh.

Putry meluru ke arah Zahin mahu bersalam.

"Abang kata balik lambat hari ni?" Tanya Putry lembut. Namun tidak dibalas oleh Zahin. Salamnya juga tidak disambut. Timbul perasaan musykil di hati Putry.

Zahin meluru ke rumah dan menghempas beg kerjanya di atas sofa lalu berpaling ke arah Putry yang baru masuk.

"Sanggup kau tipu aku kan?" Putry terkedu. Mengapa angin Zahin tiba-tiba berubah? Pagi tadi elok saja.

"Tipu apa ni?" Zahin mengeluarkan telefon bimbitnya dari dalam kocek lalu menekan sesuatu.

"Sejak bila kau buat kerja ni hah? Dah lapan bulan kita kahwin,lapan bulan ni juga aku tertipu dengan kau." Gambar yang diterima tadi dihalakan tepat ke wajah Putry.

"Abb..abang salah faham ni. Tu buk..." Pipi Putry dilempang kuat. Pijarnya lebih terasa daripada dilempang oleh Delisya tempoh hari.

"Salah faham apa?! Kau nak cakap ni hantu ke?! Pelanduk dua serupa?! Macam tu!" Putry menangis kerana sakit dan sedih.

"Tak. Percayalah Arina,bang. Abang salah faham ni. Dengar lah dulu apa Arina nak cakap." Rayu Putry. Rambutnya ditarik. Putrt mengaduh kesakitan.

"Aku tak perlukan penjelasan daripada kau. Sebab gambar dalam ni jelas terpampang muka kau. Sanggup kau tipu aku kan. Aku menyesal kahwin dengan kau." Suara Zahin bagai sayu seketika. Dia lalu melepaskan rambut Putry dan naik menuju ke bilik. Putry naik mengejar Zahin.

"Abang maafkan Arina,bang. Arina tak salah." Zahin masuk ke dalam bilik lalu mengunci pintu. Putry mengetuk pintu sambil menangis.

"Abang. Kasihankanlah Arina,bang. Arina tak salah. Abang..." Rayu Putry. Ketukan di pintu masih kedengaran.

Lama-kelamaan,ketukan mula perlahan. Putry sudah tidak berdaya mahu mengetuk. Dia bangun dan menuju ke tingkat bawah.

Putry mengambil sehelai tudung dan kunci keretanya. Malam itu hujan turun dengan lebat. Dia sebenarnya tidak tahu mahu pergi ke mana.

Seketika kemudian,Cempaka menelefon Putry.

"Hey,babe." Putry cuba mengawal suaranya tetapi tidak berjaya.

"Babe,asal suara kau serak? Kau nangis ek?" Dengar sahaja suara Cempaka seperti risau,air matanya menggedik-gedik keluar.

"Aku okay. Tadi jari aku terhiris pisau." Putry mereka cerita. Tidak mahu Cempaka semakin risau.

Tinggalkan Aku [Hiatus]Where stories live. Discover now