Bab 10

63 3 0
                                    

"HUH.." Masuk kali ini sudah sebelas kali dia menerima mesej yang sama daripada Amar. Ucapan maaf itu sudah acap kali dilihat terpapar di skrin telefonnya. Hari ini hidupnya langsung tak tenteram.

Putry turun ke ruang tamu untuk mencari makanan. Kalau fikirannya serabut,pasti mulutnya terasa ingin mengunyah. Dia duduk di atas sofa menghadap televisyen bersama sepapan coklat cadbury.

Matanya tertancap kepada surat khabar Harian Metro di atas meja. Raisya tak pernah lupa untuk beli surat khabar. Dia terus mengambil surat khabar yang terpampang besar gmbar seorang perempuan yang mukanya dibalut. Hairan.

'PULAU PINANG- Seorang gadis linkungan 20-an parah di muka selepas disimbah asid oleh bekas tunang selepas meminta putus beberapa hari sebelum kejadian'

Mata Putry terbeliak selepas membaca salah satu berita tersebut. People nowadays. Jika sudah disimbah asid,hampir 80% kulit rosak. Rupa juga susah nak cam. Plastic surgery sahaja cara yang ada. Mata juga berkemungkinan boleh buta. Kasihan.

Tiba-tiba dia terfikirkan Amar. Perangai Amar akan begini ke kalau dia minta putus? Dia sebenarnya sedang berdolak-dalik tentang keputusan untuk meminta putus.

Haruskah aku?

***

Interkom yang berbunyi segera dijawab.

"Ye kak."

"Encik Zahin,ada seorang perempuan mengaku yang dia tunang encik nak masuk."

Pelik. Sejak bila dia bertunang?

"Kak Lin suruh dia masuk ye."

Zahin menunggu dengan sabar kehadiran wanita yang mengaku bahawa dia tunangnya itu.

Pintu biliknya diketuk beberapa kali sebelum muncul seorang wanita bertubuh tinggi lampai. Wanita yang memakai gaun tidak cukup kain dengan solekan tebal dua inci ini sungguh mahu terciduk bila melihatnya. Tapi tidak bagi Zahin. Dia dah serik. Serik dengan perlakuan wanita itu terhadapnya dulu.

"Apa kau nak?" Malas mahu berlembut dengan wanita spesies bohsia ini. Anak Tan Sri tapi langsung tak mahu menjaga imej ayahnya. Pakai ketat,makeup tebal,jalan lenggang lenggok. Memalukan martabat wanita Islam.

"I nak you." Semudah itu dia berkata sebegitu. Tapi,tak semudah itu Zahin mahu menerimanya semula.

"Kau tak malu ke perempuan? Kau nak jilat balik ludah kau dulu?"

"I tak kisah kalau I perlu jilat ludah I balik. The most important is I want you back." Wanita bernama Delisya itu menyimpulkan senyuman yang menggoda.

Tipulah jika tidak tergugat iman Zahin dibuatnya. Zahin mengurut dadanya beberapa kali.

"Mana lelaki kaya yang kau nak sangat tu? Lari ikut perempuan yang lagi seksi daripada kau? Or dia dah rasa kau,lepastu dia tinggalkan kau macam tu je. Am I right?"

Delisya terpempan.

"Sorry aku tak nak. Thanks but no thanks sebab promote diri kau yang murah ni kat aku ya. Aku,dah tak berkenan dengan kau la Delisya." Sinis Akil menolaknya.

Delisya masih tidak mahu pergi. Dia terus duduk melutut merayu meminta belas.

"Del..." Zahin tak tahu mahu berkata apa lagi. Tak serikkah perempuan ni? Dah terciduk pun masih mahu menebalkan muka.

Tinggalkan Aku [Hiatus]Where stories live. Discover now