Bab 16

40 5 0
                                    

KASUT kulit milik Putry berdetak apabila bertemu lantai hospital. Sekarang waktu dia berehat. Putrt terasa mahu makan di luar pula hari ini. Laju kakinya melangkah menuju kawasan letak kereta.

Telefonnya berbunyi menandakan mesej masuk. Segera dikeluarkan daripada beg tangannya.

Keluar lunch dengan abang,jom?😘

Putry membalas sambil tersenyum.

Tak apalah. Arina nak lunch seorang😄

Balasan mesej daripada sang suami membuatkan darahnya menyerbu. Malu!

Ke ingat pasal semalam?😋

Tidak menunggu lama,Maisara terus membalas.

Mana ada! Dahla,Arina nak lunch dulu😅

Abang dah tunggu depan kereta sayang hehehe. No excuse!😆

Putry melajukan langkah ke arah kereta sebaik sahaja membaca balasan mesej daripada Zahin. Betul. Suaminya ada di depan keretanya kini. Mahu tak mahu,kena keluar dengan dia juga hari ini.

"Ni kenapa baby masham je ni? Shiapa buat? Bagitahu shayang." Kata-kata yang keluar daripada mulut Zahin membuatkan Putry automatik menampar lengan Zahin. Suaminya ketawa mengekeh.

"Jomlah sayang. Makan tengahari dengan abang. Rindulah." Zahin membuat muka comel.

"Petang boleh jumpa kan? Lagipun kan hari ni kan last day Arina kerja? Dah tak ada rindu-rindu tu." Zahin mencebik. Ala,nak manja-manja pun tak boleh.

"Kalau abang pergi kerja,abang rindu sayang kat rumah. Ala,jomlah sayang. Abang penat-penat drive sampai sini tau." Pujuk Zahin lagi.

"Siapa suruh datang sini? Tak minta pun." Itulah cara Putry. Kalau tidak menyuruh,selepas itu dibuat. Tidak merungut tak apa.

"Sayang ingat pasal semalam eh? Malu dengan abang ke?" Zahin menjongketkan keningnya berkali-kali. Pipi Putry sudah merona merah.

"Mm..mana ada!"

"Elelele muka merah-merah tu. Malu lah tu!" Lengan Zahin dicubit perlahan.


"Sayang...please?" Akil memegang tangan isterinya lalu digoncangkan.

"Yelah,yelah. Jom."

"Yeay! Jom,naik kereta abang."

***

"Sayang! Lunch tak ajak I pun!" Putry dan Zahin memandang perempuan tidak cukup kain itu duduk di sebelah Zahin.

"Siapa nak ajak kau?" Zahin yang tidak memandang wajah Delisya kembali menyuap makanan.

Delisya memandang ke arah Putry tajam.

"Eh,you perempuan! You mesti dah hasut macam-macam dekat tunang I kan?! Dasar perempuan murah!" Suara Delisya memetir. Putry jadi tersentak.

Zahin yang sedang mencubit paha ayam terhenti pergerakan. Hesy,potong selera makan aku ada perempuan gila ni!

"Siapa perempuan?! Bini aku ada namalah gila! Kau bukan tunang aku tau." Delisya yang seakan-akan tidak mengendahkan herdikan daripada Zahin terus memeluk lengan lelaki di sebelahnya itu.

Tinggalkan Aku [Hiatus]Where stories live. Discover now