Bab 6 (edit)

53 8 0
                                    

"Ibu," Panggil Putry. Dia memandang ibunya.

"Kenapa Put?" Puan Sofia merenjiskan tangannya untuk mengeringkan tangan yang baru dicuci.

"Minggu depan Putry nak pergi Korea,boleh tak?" Tanya Putry meminta kebenaran.

"Putry dah apply cuti ke? Kan baru je Putry ambil cuti hari tu."

Putry menguis-nguis nasi di dalam pinggan.

"Putry apply pertukaran tempat kerja dekat sana. Kawan Put uruskan. Dah lulus. Boleh lah ye,bu?" Putry memujuk ibunya lagi.

Puan Sofia menggenggam tangan anak daranya,lembut. Dia tahu,anaknya perlu rehatkan emosi.

"Pergilah,nak. Asalkan kamu tenang. Ibu tak halang." Puan Sofia lantas memeluk anaknya. Putry membalas pelukan ratu hatinya. Terima kasih,ibu.

***

"Akak jaga diri tau. Nanti bawa balik album baru blackpink dengan light stick EXO." Pinta adik perempuannya,Dania. Haish,kpopers seorang ni.

"Duit-duit. Bank in lah. Tak kuasa akak nak belanja. Ni ha,dekat Malaysia banyak je jual benda macam tu." Kata Putry dengan nada gurauan.

Dania terus mencebik. Tak sama! Barang-barang tu mestilah dari negara asal diorang. Tak sama dengan eksport.

Semua yang ada di situ tergelak dengan reaksi Dania. Puan Sofia terus memeluk Putry.

"Jaga diri ye,Putry. Nanti dah sampai call." Maisara membalas pelukan ibunya. Sedihnya nak tinggalkan mereka. Kali terakhir mereka berjauhan seperti ini pun sewaktu Putry ke Australia menyambung pelajarannya.

Setelah itu,dia memeluk abahnya pula,Encik Afiz. Nasihat yang sama. Tetapi lebih sebak kerana dia jarang berjumpa dengan abahnya kerana Encik Afiz terlalu sibuk. Selalunya kalau balik ke rumah orang tuanya,malam sahaja dia akan berjumpa dengan abahnya.

Gate ke Korea sudah dibuka. Selepas mengucapkan selamat tinggal. Dia terus melangkah pergi. Dia akan menetap di sana selama setahun. Mungkin cukup untuknya.

Selamat tinggal,Malaysia.

***

Zahin melangkah masuk ke dalam flight. Dia hanya mengambil seat class ketiga sahaja. Tidak mahu membazir. 304. Seatnya di tepi tingkap pesawat.

Di sebelahnya ada seorang perempuan lebih kurang
20-an.

"Excuse me. Boleh beri laluan sikit? Seat saya di situ." Kata Zahin sambil menuding jarinya ke arah seatnya.

"Oh,maaf." Kata perempuan itu lalu bangun memberikan ruang. Selepas Zahin duduk,perempuan itu melabuhkan punggungnya semula. Zahin merasakan perempuan itu agak kekok berada di sebelahnya.

"Puan tak selesa ke duduk sebelah saya?" Pamit Zahin. Gelaran puan mungkin sesuai kerana cincin di jari perempuan itu. Muda-muda dah kahwin.

Perempuan itu memandangnya pelik. Puan? What the heck is that?

"Maaf saya tak kahwin lagi." Kata Putry. Ada ke patut dia panggil aku puan? Mungkin sebab cincin ni kot.

'Macam pernah nampak lah dia ni. Tapi kat mana? Ah biarlah! Perasaan je kot' Desis Zahin.

"Oh maaf. Tunang orang ke?" Tebak Zahin. Confirm betul.

Tinggalkan Aku [Hiatus]Where stories live. Discover now