Bab 11

57 5 0
                                    

AKU ukirkan senyum. Sejak balik dari Korea haritu,aku asyik termimpikan seseorang. Dan aku pasti itu adalah lelaki yang banyak bertembung dengan aku semasa di sana. Aku tekad untuk mencari dia. Dan akhirnya,Allah pertemukan kami semula.

"Kenapa pandang saya macam tu?" Kening aku bertaut. Pandangannya seolah-olah aku tengah buat salah sekarang ni.

Dia baru tersedar dari lamunan.

"Entahlah. Dari Korea haritu saya rasa macam pernah tengok awak. Tapi saya tak ingat bila." Zahin kerutkan kening. Aku pun seperti pernah ternampak muka irasnya,tapi dimana?

"Are you a doctor?" Aku mengangguk.

"Do you have a patient name Aini?" Aku memproses otakku untuk mengingat nama patient yang aku pernah handle. Hanya sesetengah patient yang agak rapat dengan aku sahaja yang aku mampu ingat.

"Datin Aini yang masuk suit ke?" Selama tempoh 3 tahun aku berkhidmat dalam bidang perubatan,hanya 2 atau 3 kali sahaja kau handle pesakit wad private. Dan Datin Aini itulah yang aku masih ingat sampai sekarang.

"That's my mom. Saya rasa kita pernah bertembung masa awak nak keluar kan?" Lambat-lambat aku mengangguk. Mungkin dia?

"My mom berkenan sangat dengan awak. Banyak kali dia sebut pasal doktor yang rawat dia." Apa maksud dia berkenan?

"Oh begitu. Saya tak tahu nak ulas lebih lanjut. Jadi,sekarang awak buat apa?" Kami terus berbual seperti kawan yang telah lama tidak berjumpa.

Dari jauh,Mira dan Afiq tidak jemu melihat mereka berborak.

"Abang rasa,Zahin has found his soulmate." Mira pandang Afiq dengan pandangan yang sukar ditafsir.

"She's getting married soon."

"To?" Afiq pelik.  Maisara dah nak berkahwin?

"She's getting married to Amar. The clingy surgeon." Ketawa Afiq terletus. Mira memandang pelik ke arah Afiq.

"Budak tu ke. But,I don't know. Firasat abang kuat kata yang dia orang dua ada jodoh." Eleh suami aku ni,bajet nujum pak belalang betul! Oops terngumpat.

"Baru tunang. Selagi belum kahwin,kalau boleh rampas,rampas je." Kata Afiq selamba badak.

Mira menjeling suaminya di tepi dan terus melayan tetamu.

***

Putry memandang sepi mesej yang tidak henti terpapar di skrin telefonnya. Sejak seminggu lalu,Amar tidak henti menghantar mesej kepadanya. Sudah beratus-ratus pesanan yang tidak dibaca. Hatinya bagai dihiris dengan sembilu apabila melihat tunangnya mengelus lembut pipi seorang perempuan di dalam sebuah restoran. Nak dikata kakak,Amar tidak mempunyai adik beradik perempuan. Putry terus tiada selera mahu makan dan terus keluar dari restoran itu.

Telefon nya berbunyi dan tertera nama Amar disitu. Putry hanya membiarkan sahaja. Selepas berpuluh-puluh deringan,telefon kembali menyepi. Putry mengambil keputusan untuk menelefon ibunya.

"Ibu." Suaranya sayu. Dia perlukan ibunya.

"Putry,kenapa ni sayang?" Suara lembut milik Puan Sofia membuatkan mata Putry bergenang. Menunggu masa untuk jatuh.

"Put...Putry nak batalkan. Batalkan pertunangan boleh?" Tangisan Putry akhirnya terhambur setelah tidak mampu ditahan.

"Sayang ibu kenapa menangis? Kenapa tiba-tiba nak batalkan majlis? Majlis lagi dua minggu je sayang." Luluhnya hati apabila mendengar suara ibu seakan kecewa. Persiapan hampir siap,kad jemputan sudah diedar.

Tinggalkan Aku [Hiatus]Where stories live. Discover now