Bab 26

23 0 0
                                    

PINTU rumah dibuka dari dalam. Zahin berhenti menekan butang loceng.

"Mana isteri aku?" Zahin memandang tajam wajah Amar yang kelihatan cengkung itu. Hidung yang berasa gatal ditonyoh-tonyoh oleh Amar.

"Dah lari." Jawab Amar selamba. Zahin memegang erat serrated door itu.

"Tompok darah ni,apa kau buat dekat dia?!" Terus mata Amar memandang tompokan darah di lantai antara pintu gerigi dan pintu utama. Dia tersenyum sinis.

"Aku rogol dia semalam. Oh,salah cakap. Bukan rogol,rela hati." Jawapan itu membuatkan hati Zahin menggelegak panas. Pintu gerigi itu menjadi mangsa goncangan padu Zahin.

"Buka pintu ni! Mati kau aku kerjakan! Kau gila tahu tak?! Dia isteri aku!" Senyuman sinis dihadiahkan lagi kepada Zahin.

"As you know,aku cintakan Arina seorang. Tapi kau,tiba-tiba datang dan rampas dia dari aku."

"Bukan aku yang paksa dia datang sini. Arina dengan rela hati serah diri dia pada aku. As she said,dia bosan hidup dengan kau. So?" Tergamam Zahin sebentar. Betul ke?

"K..kau tipu. Arina takkan buat aku macam tu. Aku tahu dia sayang aku!"

"Rambut dia warna hitam,kan? Ikal mayang. Panjang. Cantik!" Gigi Zahin diketap kuat.

"Tak guna! Aku tahu kau tengah memperbodohkan aku!" Amar mengangkat bahu sambil tersenyum sinis.

"Well,dah orang tak percaya,nak buat macam mana kan?" Dia berpaling ke belakang. Tombol pintu dipegang.

"Next time,kalau tak boleh jaga bini,jangan berbini. Menyusahkan." Pintu kayu itu ditutup. Zahin tergamam. Genggaman tangannya pada serrated door perlahan-lahan terlurut. Dia berjalan mendekati tembok apartment lalu bersidai di situ. Kereta yang lalu-lalang di atas jalan raya dipandang kosong.

Tangannya digenggam kuat. Perlahan-lahan air mata lelakinya mengalir.

***

Kepalanya ligat berfikir pelbagai masalah. Permintaan Tan Sri Muqriz,Arina dan Amar serta kerja di pejabat yang bertimbun.

---
"Del pregnant." Dua patah perkataan itu membuatkan Zahin terdiam. Mengandung?

"Anak siapa Tan Sri?" Tan Sri Muqriz memandangnya tajam.

"Kamu jangan buat-buat tak tahu dengan uncle,Zahin. I knew everthing. Del cakap,kamu yang rosakkan dia." Zahin semakin tidak faham. Apa ni? Sejak bila pula?

"Zahin dah lama tak jumpa dia,Tan Sri. Macam mana pula saya boleh rosakkan dia?"

Tinggalkan Aku [Hiatus]Where stories live. Discover now