Bab 25

52 6 3
                                    

TELEFON yang berdering segera diangkat tanpa melihat nama si pemanggil. Mungkin dia ingat itu adalah Putry.

"Sayang dekat mana? Risau abang tahu tak?"

"Sayang kepala otak kau,ni Cem." Dia kecewa saat sangkaannya meleset. Tadi,Putry ada membuat panggilan telefon tetapi waktu itu dia sedang mandi.

"Oh,kau rupanya. Ada apa ni?" Zahin duduk di atas anak tangga.

"A..Arina kena culik." Terbeliak mata Zahin dibuatnya. Perempuan ni gurauannya bukan boleh dibuat main.

"Kau merepek apa ni,Cem. Jangan cakap benda merepek boleh tak?" Hatinya sudahlah sedang runsing,boleh pula dibuat main dengan gurauan yang super bodoh. Sangat limited education.

"Aku serius lah! Putry call aku tadi. Tapi yang aku pelik ayat terakhir dia..." Ayat Cempaka terhenti di situ kerana dia terkejut dengan bunyi kucing bergaduh di luar.

"Apa ayat terakhir dia?!" Zahin mula panik. Kes culik bukan kes main-main.

"Dia sebut nama Amar." Amar? Jantan tu?

"Cem,nanti aku call kau balik. Aku ada kerja sikit." Lantas,dia mematikan panggilan. Dia mengambil kunci kereta lalu pintu rumahnya dikunci.

"Kau sentuh hak aku,Mar. Tunggu nasib kau."

***

"Sejak bila kau ambil benda ni?" Tarikan lelaki itu serta merta berhenti. Dia mencangkung lalu memandang tajam mata Putry.

"Kenapa kau perlu tahu? Selama ni kau tak pernah kisah pun pasal aku?" Bawah bibir Putry diketap.

"Kau bukan macam ni,Amar. Aku kenal kau. Kau tak akan ambil benda tu." Perasaan takutnya membuak-buak selepas dia melihat lilin dan bekas-bekas dadah yang berada dia atas meja panjang itu.

"Aku ambil benda tu sebab kau! Aku stres kau tahu tak?" Kepala Putry ditunjalnya berkali-kali.

"Kalau kau tak kahwin dengan Zahin,aku takkan buat semua benda ni. Aku takkan culik kau. Tapi kau yang cabar aku!" Tubuh Putry kembali diheretnya masuk ke dalam bilik. Pintu bilik dikunci.

"Kau nak buat apa?" Amar memegang kedua-dua belah pipi Putry.

"I want to make you mine,sayang." Putry menggeleng. Tangan Amar ditepisnya.

"Jangan buat aku macam ni. Kau kata kau sayang aku kan?" Amar mengangguk lalu kepala Putry diusapnya. Putry memalingkan wajahnya ke tepi.

"Kau tak ada anak dengan Zahin,kan? Aku boleh tolong." Putry menggeleng lagi. Air matanya kali ini entah sudah berapa baldi.

"Please,Amar. Don't do this." Amar menariknya ke atas katil. Putry meronta-ronta untuk dilepaskan. Dalam pada itu,otaknya berjalan lancar. Lantas dia menendang anggota kelelakian Amar menggunakan lutut. Pegangan terlepas membuatkan Putry berlari pantas menuju ke pintu yang berkunci. Nasib baiklah pintu itu boleh dibuka dari dalam.

"Kurang ajar!" Amar mengerang kesakitan. Perit sia.

Tudung Putry yang dicabut tadi dipakainya semula. Beg tangannya digapai. Sekilas dia melihat pintu yang tertutup rapat. Harap-harap syaitan tu tak keluarlah.

Dia menapak keluar dari rumah pangsapuri itu. Kepekatan malam menjadikan dia takut. Tapi digagahinya juga. Lebih dia rela bersendirian pada waktu malam daripada duduk dalam rumah dengan syaitan seekor. Jam ditangan ditiliknya.

Tinggalkan Aku [Hiatus]Where stories live. Discover now