Bab 7 (edit)

55 9 0
                                    

PUTRY menarik bagasinya keluar dari balai berlepas. Dia mengeluarkan telefon bimbitnya untuk memberitahu rakannya bahawa dia sudah tiba.

Dia terus melangkah keluar ke pintu utama. Nasiblah ada rakannya yang menetap di sini,jadi tidak perlulah dia perlu melaburkan wangnya untuk menyewa rumah lain. Jimat!

"Cik nak ke mana?" Sapa seseorang. Yang pasti itu lelaki. Iyalah,suara garau. Tak akan perempuan pula.

Putry memandang pemilik suara.

Lelaki tadi. Apalah yang dia nak ni? Nak tahu sangat ke fasal tunangnya?

Dia menyimpulkan senyuman yang agak....kelat?
"Seoul." Sebenarnya dia tidak selesa apabila lelaki ini terlalu busy body.

"Oh,saya pun nak ke sana. Marilah,saya hantarkan awak." Pelawa Zahin ikhlas.

Putry tersenyum manis. "Maaf encik..."

"Zahin Amsyar." Kata Zahin memperkenalkan diri.

Maisara mengangguk lalu tersenyum. "Maaflah Encik Amsyar. Tapi saya tengah tunggu kawan. She will pick me up. Terima kasihlah. Saya hargai."  Nasiblah waktu itu kereta milik rakannya sudah tiba. Putry melepaskan nafas lega.

"Saya minta diri dulu. Have a good day. Assalamualaikum." Putry terus masuk ke dalam kereta. Malas mahu menunggu lama-lama. Nanti banyak pula soalan yang keluar.

Zahin hanya tersenyum simpul. Tak pernah lagi orang panggil dia Amsyar. Dia yang pertama.

Terdengar seperti ada suara memanggil,terus dia melilau mencari punca suara.

Wah! Dah nampak. Ikhwan,rakan karibnya semasa di universiti. Dia menetap di sini. Zahin terus mengusung bagasi ke arah Ikhwan.

"Tak ada angin,tak ada ribut,tetiba datang sini kenapa? Tanya Ikhwan lalu masuk ke dalam kereta diikuti oleh Zahin.

"Haih. Bawa diri dari perempuan tu lah. Dia pandai putuskan tunang. Pastu terhegeh-hegeh cari aku balik. Tak berkenan aku."

"Kalau-kalau jumpa awek Korea ke? Dapat juga mama aku menantu." Sambung Zahin.

Ikhwan pandang Zahin dengan wajah yang susah untuk ditafsir.

"Tak sempat jumpa awek Korea,dah jumpa awek Malaysia. Siapa nama dia?" Tanya Ikhwan. Zahin sudah mengerutkan kening.

"Awek Malaysia mana ni?" Ikhwan membuat muka menyampah.

"Alah,kau ni tak yah nak menyorok. Kau ingat aku tak nampak kau bercakap dengan perempuan tu? Aku bukan nak rampas dia pun."

Barulah Zahin teringat perihal perempuan itu. Lupa ingin menanyakan nama.

"Entah. Tak sempat tanya nama tadi. By the way kan Wan,aku rasa dah jatuh cintalah dengan dia." Kata Zahin sambil tersengih-sengih.

Ikhwan pun terikut sekali sengih kerang busuk tu. Dah tahu dah kawan otak tak betul dia seorang ni. Tengok muka dah tahu. Pantang tengok perempuan ayu sikit,jatuh cinta. Lepastu lama-lama jatuh gaung. Tak pasal-pasal broken satu tahun.

"Cepatnya. Apalah keistimewaan dia yang boleh buat kawan aku ni jatuh cinta ek?" Ikhwan mula mengorek rahsia.

Zahin masih tersengih. Dah angau dia ni.

"Dia bukan macam perempuan lain,Wan. Aku dapat rasa aura dia lain macam. Like wanita Melayu terakhir. Lembut je dia cakap. Betul-betul aku kena rembat dia dulu la,Wan."

Ikhwan menampar kepala Zahin. Sengal! Zahin sudah menggosok kepalanya sambil mencebik bibir. Pukul tempat lain tak boleh ke?! Kepala juga dia aim.

"Kau kena ingat Syar. Perempuan bukan barang kau nak rembat sesuka hati. Jumpalah orang tua dia dulu. Ikut adat. Bukannya kau melulu je." Nasihat Ikhwan. Hebat juga penangan cinta dia ni ya?

"Kau tahu dia duduk mana?"

Zahin mengangkat bahu. "Dia kata tadi Seoul je. Tapi tak tahu lah kat mana. Seoul kan besar."

Ikhwan tersenyum. Bersungguh kawan dia.

"Kalau ada jodoh,mesti korang bertemu semula. Percayalah cakap aku."

Memanglah percaya. Dah jodoh tu ketentuan Allah. Siapa kita nak menidakkan.

Ikhwan terus memandu menuju ke taman perumahannya di Seoul.

***

Rina memandang Putry sekilas lalu fokus terhadap pemanduannya.

"Siapa tadi tu? Pengganti ke?"

Putry menjeling. Baru kenal beberapa jam,takkan nak jadikan pengganti?

"Tak adalah. Dia bukan sesiapa pun pada aku. Tiba-tiba je dia pelawa nak hantarkan aku tadi." Jujur Putry.

Rina memandang tidak percaya. Biar betik?!

"Serious? Tapi aku nampak korang sepadanlah. Comel je tengok. Like a married couple."

Putry memandang dengan wajah tidak puas hati. Dia? Dengan lelaki asing tu? Tak kena langsung!

"Entahlah,Rina. Perasaan kau je tu. Aku belum fikir nak cari pengganti lagilah. Kalau jodoh dah sampai,aku terima jelah." Putry hanya berserah.

Rina hanya mengangguk. Selepas itu,mereka hanya berborak kosong mengenang kisah lama.

***

"Fifi,mana Putry? Saya tak nampak dia pun minggu ni." Tanya Amar.

Putry sengaja tidak memberitahu Amar yang dia sudah ditukarkan ke Korea.

"Haih doktor. Pujaan hati sendiri pun tak tahu dekat mana ke? Doktor Putry dah ditukar ke Korea lah. Dia kerja di sana setahun. Dan selebihnya saya tak tahu." Fifi kata macam layan tak layan je. Meluat sebenarnya dengan perangai caring terlebih Amar ni. Caring tak bertempat. Kalau boleh,Amar nak meneman Putry ni kemana aje.

Amar hairan. Adakah semua dah tahu? Mengapa dia tidak tahu?

Amar berlalu pergi tanpa mengucap terima kasih. Fifi hanya menggelengkan kepala.

"I have to do something!"

***

Akhirnya,sampai juga mereka di Mapo-Gu.

Putry mengangkat bagasi dan menunggu di hadapan kereta sementara Rina membuka pintu rumah.

"Eh cik,kita berjiran rupanya."

Putry memandang kesebelah. Dia lagi. Berapa kali nak jumpa dia ni? Semak lah.

Putry hanya menghadiahkan senyuman.

"Boleh sa...." Tak sempat Zahin ingin menghabiskan kata-kata,Putry terlebih dahulu masuk ke dalam rumah. Melepas nak tanya nama.

"Wah,kuat jodoh korang kan?"

Zahin tersenyum segaris. Patah hati.

"Susah nak tarik perhatian dia." Jelas kekecewaan di wajah Zahin. Ikhwan lantas menepuk belakang Zahin perlahan.

"Relax brader."

Zahin melangkah masuk ke rumah.

Satu hari nanti,
Dia akan memiliki wanita itu.

Ok jangan lupa vote dan comment. Saya hargai sangat jasa korang!

Love,
aynmaysarah

Tinggalkan Aku [Hiatus]Where stories live. Discover now