Bab 4 (edit)

86 7 4
                                    

TELEFON yang berdering dibiarkan begitu sahaja. Cukuplah pernyataan hari itu sudah cukup membuatkan dia menangis terlalu banyak. Sampai pengsan dibuatnya. Kasihan kawan baiknya dua orang itu sanggup menghantarnya ke hospital.

"Kak,jawablah call tu. Bising lah." Marah adiknya,Farhan.

"Biarlah,Han. Lama-lama senyaplah tu." Jawab Putry acuh tak acuh lalu terus berlalu ke dapur. Sejak dua hari lepas,Putry balik ke kampung untuk menyelesaikan segalanya. Ini semua bebelan dari Mel,suruh balik,suruh balik. Nak tak nak,balik juga.

Farhan melihat gerangan si pemanggil. Patutlah tak nak jawab. Farhan terus mengangkat call.

"Alhamdulillah,jawab juga call. Jangan buat saya macam ni lagi,sayang. Saya masih cintakan awak. Saya buat semua ni demi awak." Rayu Wafi.

"Abang Wafi. Maaf ni Farhan. Kak Put tak nak jawab panggilan abang dari tadi. Jadi Farhan jawablah. Abang bagi dia ruang. InsyaAllah dia akan okey nanti."

"Farhan tolong pujuk Kak Put untuk abang,boleh? Abang merayu dekat Farhan. Tolong abang,Han." Rayu Wafi lagi.

"Farhan dah cuba banyak kali untuk yakinkan Kak Put. Tapi setiap kali tu jugalah Kak Put akan kata yang abang dah tinggalkan dia. Farhan tak tahu nak buat apa lagi. Abang sabar,ya?"

"Isk...takpelah Farhan...isk. Terima kasih ya. Assalamualaikum." Ucap Wafi. Selepas salam di balas Wafi mematikan telefonnya.

***

Putry menuju ke restoran yang diberitahu ibunya. Katanya,ada orang ingin berjumpa. Mungkin saudara-mara.

Sampai sahaja di sana,dia terus duduk di meja yang kosong menunggu ketibaan orang yang ditunggu.

"Assalamualaikum." Suara macam kenal? Serak basah. Selalu didengar memberi ayat manis. Ayat yang tentu boleh mencairkan sesiapa yang mendengar.

Putry menoleh. Wajah yang dirinduinya. Dia mencintai lelaki ini,tetapi dia membencinya. Putry terus bangun lalu meninggalkan Wafi. Wafi sempat menarik lengan bajunya.

"Apa ni?! Lepaslah. Saya nak balik!" Marah Putry. Sebenarnya,mahu sahaja dia mengatakan dia rindu pada lelaki ini. Tapi apakan daya,dia perlu melupakan lelaki yang dia sayangi.

"Putry! Saya sayangkan awak. Saya akan tinggalkan awak juga. Saya tak nak awak jadi janda. Saya tak sanggup nak tinggalkan awak tanpa noktah."

"Jadi,pergi. Kalau awak sayangkan saya,awak takkan senang-senang minta putus. Awak kata awak nak tinggalkan saya,kan? Jadi teruskan. Saya boleh terima. Lama-kelamaan,hilang juga rasa ni. Tak perlu awak minta saya dengar penjelasan daripada awak. I can accept that. Awak nak tengok saya bahagiakan? Saya akan cari bahagia saya yang sebenar." Ucap Putry lalu pergi meninggalkan Wafi.

Wafi tidak mengalah. Dia mengejar Putry. Matanya merah menahan tangis.

"Putry." Pergelangan tangan Putry digenggam erat menahan Putry daripada terus melangkah.

"Wafi,lepaslah!" Putry merentap kasar tangannya namun tak berjaya. Pergelangan tangannya sakit.

"Lepaskan saya." Rayuan Putry menjentik hati Wafi lalu pegangannya dilepaskan. Putry memandangnya tajam.

"Antara kita dah tiada apa-apa. Jangan cari saya lagi." Dia melintas jalan ke arah perhentian bas. Wafi hanya menghantar pemergian Putry dengan mata.

Tinggalkan Aku [Hiatus]Where stories live. Discover now