Bab 2 (edit)

100 11 0
                                    

HARI ini merupakan hari gembira buat Putry kerana dia akan mengikat tali pertunangan dengan Wafi.

Tok! Tok!

Pintu di buka dari luar lalu terjengul muka Raisya dan Mel.

"Babe!! Awww cantiknya kawan aku ni! Gorgeous gitteww." Puji Mel. Mel ni kalau bab memuji memang handal babe! Semua orang yang dia puji boleh kembang hidung tau! The most important is...semua pujian dia jujur belaka. Ooppss....

"Ye weyh! Patutlah si Wafi tu tergilakan kau. Gorgeous meletop kebabom!" Sokong Raisya pula. Haih,sehari tak kembangkan hidung aku,tak sah!

"Tak payahlah puji aku lebih sangat. Korang kalau pakai make up pun cantik juga." Bidas Putry.

"Oops kembang hidung I. Put,kau....confirm ke dengan keputusan kau? Yelah kau muda lagi kot. Kau tak rasa umur kau terlalu muda ke?" Soal Raisya.

"Rai,jodoh ni datang tak kira muda atau tua. Jodoh aku dah memang tertulis dekat Luth Mahfuz sampai awal. InsyaAllah aku boleh pikul tanggungjawab ni. Doakan aku ye?"

"Aku pasti doakan kau yang baik-baik. Mel pun. Dengan muka kau berpakej macam Putry,confirm boleh pikat anak Dato'. Eh silap. Dengan sekali Dato' datuk sekali." Pernyataan Raisya membuatkan ketiga-tiga sahabat itu tergelak riang.

Sedang galak ketawa,tiba-tiba pintu di buka. Lalu Puan Ros masuk dengan beberapa kaum wanita yang lain. Terdapat juga cameraman tak berbayar. Ha sape lagi kalau bukan pakcik pakcik abang,kakak yang datang.

Setelah selesai menyarung cincin,Putry keluar ke luar rumah untuk berjumpa tunangnya. Uish,tak menyabar!

"Wafi..." Panggil Putry perlahan.

Menyedari namanya dipanggil,Wafi terus menoleh memandang seorang wanita yang lengkap berpakaian busana yang di tempah khas untuk majlis hari ini. Siapa lagi jikalau bukan wanita yang di dambanya. Sungguh ayu di pandangan matanya. Mata coklat gelap itulah yang membuatkan hatinya yang beku untuk mana-mana perempuan cair serta-merta. Magik!

"Arina Putry. Awak nampak cantik sangat." Puji Wafi. Haish,tadi dua gadis itu memujinya,sekarang? Takpelah,bakal suami kan?

"Terima kasih. Awak pun nampak segak. Hmm...aura dia lain macam."

"Ada je awak ni. Ara,thanks sebab sudi terima saya. Walaupun saya serba kekurangan."

"Awak...tak ada seorang pun manusia dalam dunia ni yang sempurna. Semuanya ada kekurangan masing-masing. Yang membezakan adalah cara orang itu menerima kekurangan seseorang."

"Jom selfie. Sebagai kenangan." Sambung Putry lagi.

Tiba-tiba Wafi terbatuk. Bukan bunyi yang biasa. Tapi,bunyi yang lain dari lain. Keras saja bunyinya.

"Wafi,a..awak okey?" Tanya Putry kerisauan.

Wafi menarik tangannya yang digunakan untuk menekup mulut. Ini untuk mengelakkan daripada kuman yang keluar semasa batuk tersebar. Di tapak tangan itu terdapat darah. Tak mungkin! Wafi batuk berdarah!

"Wafi...muka awak pucat! Awak okey ke?"

"Sss..saya o-" Tidak sempat menghabiskan kata-katanya,Wafi rebah tidak sedarkan diri.

"Wafi! Ibu,abah! Tolong!"

***

Dia membuka mata perlahan-lahan. Sakit kepala. Serba putih. Oh ya! Dia pengsan. Mungkin di hospital.

"Wafi...kenapa awak tak bagitahu saya? Sanggup awak berlakon sihat,tapi sebenarnya awak sakit teruk..." Kata Putry dengan sendu akibat menangis.

Tinggalkan Aku [Hiatus]Where stories live. Discover now