Bab 9

60 7 6
                                    

TINGGAL lagi sehari untuk dia memberitahu keputusannya. Lelaki ni memang suka membuatnya serabut. Dia duduk di atas kerusi di luar rumah. Macam biasa. Dengar lagu.

"Arina okey ke?" Putry memandang ke kiri dan ke kanan. Siapa yang panggil? Dia memandang ke rumah sebelah. Amsyar. Haih.

"O...okey. Jangan risau saya tak apa-apa." Putry senyum kelat. Hesy,memang setiap kali kena senyum tak ikhlas ke dengan mamat ni?

"Saya tak rasa macam tu. Betul awak okey?" Seorang lagi lelaki yang buat aku serabut. Tak korek rahsia orang tak sah!

"Nah,it's okay. I'm just fine."

"Ni ada kena mengena dengan soalan awak semalam ke?" Putry mengurut dahi.

"Encik Zahin Amsyar,just mind your own business,please?" Seusai berkata-kata,Putry membawa langkah ke dalam.

Zahin terkedu. Dia sendiri pelik. Sibuk sangat ambil tahu hal orang lain.

***

Putry mengangkat telefon yang berdering.

"Assalamualaikum. Siapa ni?"

"Waalaikumusalam. I,Amar. Jadi,apa jawapan you?"

Putry menghela nafas berat. Dia....terpaksa...?

"Mungkin betul cakap you. I perlu pandang keikhlasan you. Jadi,I terima saja. Sebab ibu I pun dah berharap."

Terdengar nafas lega di hujung talian.

"Terima kasih,Arina. I janji saya akan hargai you."

Putry memutuskan panggilan. Mungkin dia perlu hadirkan perasaan untuk Amar. Mungkin dia perlu membuka pintu hatinya yang telah lama ditutup untuk mana-mana lelaki selepas kehadiran Wafi. Tapi,mampukah dia? Hatinya yang sukar dilembutkan itu,bolehkah melebur kembali?

Dimana-mana sahaja,pasti ada yang akan menggelarkan Putry seorang yang tiada perasaan. Erti kata lain,BEKU. Ya,dia mengaku dia seorang yang sukar untuk senyum. Kadang-kadang bila mengambil gambar,Putry tidak mengukirkan senyuman. Tetapi dia tidak kisah dikata,dikutuk kerana dia tahu sikapnya. Dia tahu tentang dirinya. Cik sejuk beku.

Sehinggalah dia bertemu Wafi,yang merasa diri seakan-akan sempurna. Lelaki yang pernah digelar Encik Kerek olehnya. Lelaki itu mengubahnya tiga ratus enam puluh darjah.

Bila lelaki itu sudah tiada,tiada lagi senyuman yang dianggap manis. Hanya tinggal senyuman yang agak kelat dan ketara dibuat-buat.

"Haih."

***

Tempoh tiga tahun bagi Putru amatlah singkat apabila tinggal di bumi Korea ini. Dia akan kembali ke tanah airnya. Dia rindukan keluarganya. Rindukan rakan sekerjanya. Tidak sabar mahu bekerja di hospital itu.

"Sis,betul ke tak nak aku hantar?"

Putry tersenyum. Dia sudah berjanji dengan Amar untuk balik bersama. Dia sudah mengikat tali pertunangannya dengan Amar. Dia harap pertunangan kali ini tidak akan dibatalkan kelak. Mahunya dia menangis lagi.

"Tak apalah,Rina. Amar dah nak sampai. Apa-apa pun aku nak ucapkan terima kasih sebab sudi tumpangkan aku kat rumah kau." Dia melihat jam di tangan. 5:32. Dua minit lambat. Mana Amar ni?

Tinggalkan Aku [Hiatus]Where stories live. Discover now