BAB 23

7.2K 394 15
                                    

Hampir seminggu Amani tidak sedarkan diri. Dan seminggu itu jugaklah Iman berulang-alik ke hospital. Sentiasa menemani Amani.

Keadaannya jugak tidak terurus. Badannya makin kurus. Pipinya makin cengkung. Rindu. Yes.. Rindu yang membuatkan dia begini.

Iman menggenggam tangan Amani seperti tidak mahu lepas. Setiap hari dia menceritakan hari-harinya kepada Amani walaupun dia tahu Amani tak mampu membalas tetapi dia tahu Amani akan mendengar.

"Amani.. Bangun lah.. Aku rindu kau ni. Kau tak rindu aku ke. Kau tengok aku dah cengkung. Kesiankan lah aku. Kau tak sayang aku ke?" katanya kepada Amani.

"Amani.. Kau nak tahu.. Semua orang rindu kau. Semua orang sayang kau. Kau bangun eh. Kau tak kesian ke dekat ummi dan baba. Aku tengok diorang setiap masa menangis mengingatkan kau. Aulia,Amira.. Semua kawan-kawan kau menangis bila diorang rindukan kau. Cepat bangun ye sayang.. Nanti kau nak apa-apa.. Kau cakap je. Aku akan tunaikan buat isteri aku yang tercinta ni.. Hihii.." kata Iman sambil tersenyum melihat Amani. Orang nak kata dia gila sekali pun dia tidak kisah asalkan dia bisa bertemu sama buah hatinya iaitu.. Amani.

Sedang Iman 'berbual' dengan Amani.. Dia terasa mengantuk. Iman melelapkan mata sekejap. Setelah 5 minit melelapkan mata akhirnya dia terlena.

Tiba-tiba Iman terasa seperti pergerakan di dalam genggamannya. Mata dibuka dan apabila dpt dilihat jelas, jari Amani bergerak-gerak. Dia menekan butang yang berada di dinding untuk memanggil doktor.

Dengan perlahan-lahan mata Amani terbuka dan waktu itu jugaklah tibanya Doktor Siti.

"Encik sila tunggu di disitu dulu. Kami nk buat pemeriksaan" kata seorang jururawat. Iman keluar lalu mengeluarkan telefon untuk menelefon keluarganya dan keluarga Amani.

Selang beberapa minit, doktor perrmpuan itu keluar dari sebalik langsir yang menutupi katil Amani.

"Alhamdulillah Puan Amani telah sedar sepenuhnya. Jahitan dibelakang dia pun ok. Jadi saya sarankan jangan bagi dia terlalu aktif la ye. Ianya boleh memudahkan jahitan luka itu terbuka. Jadi itu saja. Saya minta diri dulu." kata Doktor Siti sebelum pergi. Sempat juga Iman mengucapkan terima kasih.

Iman melangkah menuju ke katil Amani. Dilihat Amani sedang memejamkan mata merehatkan badan.

"Sayang.." panggil Iman. Amani menoleh ke arah gerangan yang memanggilnya. Serta merta terbit senyuman yang kebar di bibirnya.

"Iman.." kata Amani. Mereka berpelukan bagi menghilangkan rindu.

"I miss you.." ucap Iman.

"Miss you too"ucap Amani. Iman merelaikan pelukan lalu duduk disebelah Amani sambil memeluk bahu Amani. Amani menyandarkan kepalanya di dada bidang Iman.

"Nak air tak?" tanya Iman. Amani menggelengkan kepalanya.

"Dah berapa hari saya tak bangun?" tanya Amani.

"Dah seminggu kau tak bangun tau. Kau tengok badan aku dah kurus. Dah tak sasa macam dulu." kata Iman sedih. Amani ketawa melihat muka cemberut Iman.

"Macam mana boleh kurus? Awak tak makan ke?" tanya Amani lagi.

"Nak makan macam mana kalau asyik teringat orang tu" jawab satu suara. Amani dan Iman memandang ke arah pintu wad dan melihat Ariq dan Aryan berdiri di situ.

Dilihat di tangan Aryan terdaoat buah-buahan yang dibalut dengan pembalut hadiah yang lut sinar(korang tahukan orang bawak buah tangn yang pembalut lut sinar tu.. Pandai ii lah fikir).

"Hai baby!" sapa Ariq. Dia berlari anak menuju ke katil Amani sedia untuk memeluk Amani.

Tiba-tiba ada tangan yang menghalang. Rupanya tangan Iman yang menghalang.

"Don't touch my wife" gurau Iman dengan nada series. Ariq yang sememangnya gila menolak Iman jauh lalu memeluk Amani tanpa menghiraukan Iman yang memandangnya tajam.

"This is my baby. So i don't care." kata Ariq selamba. Dia duduk di sebelah Amani sambil memeluk Amani.

"Adik. I miss you so much. Tahu tak angah ni makan tak kenyang,mandi tak basah,tidur tak lena.. Sbb angah asyik pikirkan adik tahu tak?" kata Ariq membuat ayat dramatis.

Aryan dan Iman menjeling Ariq yang mula menggedik itu.

Amani tersenyum senang.

"I miss you too angah" kata Amani lalu mencium pipi kiri Ariq.

"Angah je? Along tak?" kata Aryan sedikit merajuk.

"Alaa..mesti lah adik rindu along. Meh la sini. Tak larat la nak jalan sana." kata Amani sambil menghulurkan kedua tanggannya minta dipeluk.

Aryan menuju ke katil adiknya lalu dipeluk gadis itu seperti tidak mahu lepas.

"Ummi dengan baba mana?" tanya Amani.

"Ummi dengan baba ada dekat kampung. Dari adik masuk wad lagi ummi dengan baba balik kampung sebab nenek tak sihat. Demam nenek semakin menjadi-jadi. Itu yang ummi dan baba kena stay sana tu. Paklong pula dia ade outstation." terang Aryan panjang. Amani menganggukkan kepalanya tanda faham.

"Mama dengan papa?" tanya Amani kepada Iman pula.

"Mama dengan papa tak dapat hadir sebab Abang Asyraf outstation. Papa pula ada meeting. Mama kena jaga Aireen sbb dia demam. So mungkim esok mama dengan papa datang." jelas Iman. Amani mengangguk faham.

Amani memandang buah-buahan yang terdapat di atas meja. Dia memandang Iman untuk mengambilkan buah itu untuknya.

"Nak?" tanya Iman. Amani mengangguk.

"Nk buah apa?" tanya Iman lagi.

"Epal" kata Amani.

Iman mengangguk sebelum mengambil sebiji buah epal lalu dibasuh sebelum dipotong.

Mereka bersembang dan bergelak tawa bagi menghilangkan rindu yang terubat di hati masing-masing.

-------------------------------
Assalamualaikum. Hai korang. Mcm mana bab kali ni?? Okay tak?? Btw. Sorry kalau ada typo. Goodluck. Semoga korang happy baca cite saya..night

First Love Si PengawasWhere stories live. Discover now