BAB 30

8.3K 361 8
                                    

Sebulan kemudian...

"Selamat pengantin baru Aulia.. Semoga bahagia ke anak cucu." kata Amani.

"Alhamdulillah terima kasih tau Amani. Susah-susah je bagi hadiah bagai ni. Kau datang ni pun dah cukup bagi aku." kata Aulia.

Qalif yang baru sampai memeluk pinggang Aulia.

"Thanks korang sudi datang. Jom lah duduk dulu." kata Qalif.

Iman dan Amani mengangguk sebelum berkumpul di meja yang penuh dengan sahabat mereka.

"Amanii!!!!!!!" jerit mereka bertiga siapa lagi kalau bukan Amira,Ain,dan Aina.

"Hai korang."kata Amani sambil berpelukan bersama sahabat-sahabatnya.

Iman pula bersalam-salaman bersama Abang Af,Abang Aiman dan Naufal. Mereka duduk di satu meja.

"Amani..asal aku tengok kau makin berisi ehh?? Ke kau makan banyak ni?" tanya Ain.

"Ye eh?..abang..betul ke sayang makin gemuk?" tanya Amani kepada Iman.

"Sikit." jawab Iman. Amani sudah membuat muka sedih.

"Alah..sikit jee.. Nanti boleh kurus balik." kata Abang Aiman. Amani mengangguk mengiyakan.

"Amani dan Iman tak nak makan dulu ke?" tanya Abang Af

"Nak! Jom abang" kata Amani lalu menarik tangan Iman. Mereka semua gembira melihat Amani yang semakin berisi dan semakin manja itu.

Mereka berbual sehingga lewat petang.

"Ok lah korang. Aku balik dulu." kata Iman.

"Okay lah.. Terima kasih sudi datang majlis kiteorang." kata Qalif.

"Dah kau Amani kenapa monyok?" tanya Aulia. Kini tinggal mereka sahaja. Amira,Ain,Aina,Naufal,Abang Af dan Abang Aiman sudah pulang.

"Aku pening sikit. Tak pe lah.. Kiteorang balik dulu." kata Amani sambil tersenyum sumbing.

"Ye lah.. Hati-hati tau." kata Aulia. Jelas terpampar wajahnya kelihatan risau.

"Kiteorang balik dulu. Assalamualaikum." kata Iman sebelum masuk ke dalam kereta. Kereta milik Iman perlahan-lahan meninggalkan perkarangan rumah keluarga Aulia.

"Sayang okey tak ni?" tanya Iman prihatin.

"Okey." kata Amani yang sedang menahan mual. Tekaknya terasa begitu loya.

"Sure?" tanya Iman.

"Awak.. Saya nk muntah.." kata Amani yang sedang menahan sesuatu yang keluar.

Iman cepat-cepat memberhentikan kereta di bahu jalan. Amani cepat-cepat membuka pintu kereta dan mengeluarkn isi perutnya.

Iman keluar dari kereta laku pergi ke arah isterinha. Botol air yang berada ditangannya dihulurkan kepada Amani.

"Sayang okey tak ni? Kita pergi klinik ye?" tanya Iman. Tetapi Amani menggelengkan kepalanya.

"X pe.. Syg okay. Just pening sikit and mual-mual. Nanti okay lah." kata Amani sambil mengurut pelipis dahinya.

"Hmm.. Ye lah. Sayang tidur lah dulu.. Dah sampai nanti abang gerakkan." kata Iman sebelum memulakan pemanduannya.

Amani memejamkan matanya. Dengan perlahan dia terlelao dengan sendiri.

Iman memandu sehingga tiba di rumah mereka.

Tiba sahaja dirumah, Iman membukakan pintu rumah untuk dia dan Amani.

Dilihat Amani masih tidur. Tidak mahu menganggu lena si isteri,dia mencempung badan Amani dengan perlahan-lahan..

First Love Si PengawasWhere stories live. Discover now