Ascelin Burja ketawa. Melihat wanita yang sedang duduk bersilang kaki di atas sofa ruang tamu rumah agamnya itu membuatkan riak wajahnya bertukar pada setiap minit yang berlalu. Cawan teh yang digunakan untuk menghirup airnya diletakkan kembali ke atas meja.
"Lilian, betul ke apa yang kau cakap ni?" soal Ascelin Burja selepas dia habis ketawa.
Lilian menghela nafasnya. Matanya dijulingkan ke atas dengan sebelah tangan menolak rambutnya yang berada di atas bahu ke belakang. "Beta tak akan buang masa ke sini kalau bukan kerana hal ini penting."
Ascelin Burja diam seketika. Dia fikir perempuan itu bergurau dan kerana itu juga dia ketawa sebentar tadi. Namun nampaknya Lilian tidak bergurau. "Jangan risau. Aku akan sampaikan perkara ni pada Tuan Vlair." dia membalas selepas berfikir dua tiga kali.
"Hm. Baguslah. Beta tak mahu terhutang budi pada spesis kalian ni. Anggap hutang beta dah dibayar. Beritahu ketua kau yang beta dah ucapkan terima kasih sebab selamatkan 'anak anjing' peliharaan beta tu." Lilian mengangguk sambil bangun dan bersiap sedia untuk pulang. Dia pada asalnya melarikan diri kerana tidak sanggup berada di Istananya bersama Luth, namun apakan daya, dia terpaksa pulang.
Luth ketika itu yang sedang menanti di luar, bersin. Tidak sedar yang dirinya kini telah dianggap sebagai anak anjing oleh Madam Lilian. Ascelin Burja tersenyum. Dia hanya menghantar wanita sihir itu keluar dari rumah agamnya dengan anak mata. Dirinya masih lagi duduk di atas sofa dan otaknya ligat berfikir. Perkara yang diberitahu oleh Lilian bukanlah perkara mudah untuk mereka selesaikan namun maklumat tersebut sangat berguna.
"Tuan.." pembantu rumah disisi Ascelin Burja menundukkan diri sebelum berbisik ke telinga. "Perlukan saya untuk laporkan berita ni pada Tuan Vlair?"
Ascelin Burja menarik nafas dalam sebelum beberapa saat kemudian, dia mengangguk.
.
.
.
.
.Celeste Raul melihat jam di tangan. Kelasnya pada hari itu terpaksa dibatalkan kerana pensyarahnya terlibat di dalam kemalangan. Namun ketika matanya melihat jarum jam yang masih menunjukkan pada pukul 11 pagi, dia berkerut kerana tidak tahu apa yang patut dia lakukan. Masanya kosong tanpa sebarang aktiviti sehingga petang.
Alain? Entah mengapa Celeste Raul mendapati susah benar mahu bertemu sahabatnya itu sejak kebelakangan ini. Selain daripada itu, Vlair Kieran, lelaki misteri yang muncul sebelum ini juga tidak lagi menunjukkan dirinya. Kali terakhir Celeste Raul bertemu lelaki itu adalah lebih sebulan yang lepas. Sejak itu, Vlair Kieran tidak lagi datang mencarinya.
Bosan dan tidak tahu untuk melakukan apa, dia membuat keputusan untuk melepak di kafe seorang diri. Celeste Raul memesan segelas air teh sejuk dan dia duduk termenung di situ sambil membaca buku. Sekejap-sekejap fikirannya melayang jauh, sekejap-sekejap dia kembali membaca baris ayat tulisan di atas kertas buku. Namun tidak lama selepas itu, telinganya menangkap bunyi beberapa pelajar di meja belakangnya berbual dengan suara yang agak kuat.
Pelajar A: "Kau dengar tentang kes penculikan yang berlaku di bandar sejak kebelakangan ni?"
Pelajar B: "Hah! Aku tahu, ada masuk berita dan akhbar. Kes ni penuh di media sosial."
Pelajar A: "Dengar kata, mangsa yang terbaru kena culik malam semalam. Pelajar universiti ni!"
Pelajar C: "Biar betul? Pelajar jabatan mana? Tahun berapa? Kelas mana?"
Pelajar A: "Pelajar perempuan kelas khas. Dia buta. Orang cacat pun kena culik ke?"
Pelajar B: "Ish, kau ni! Tak baik la."
Pelajar C: "Termasuk ni, dah berapa kes ya?"
Pelajar B: "Lebih 10 orang kena culik. Polis masih tak ada suspek. Semua yang berlaku sangat mencurigakan. Siasatan masih dijalankan katanya."
Pelajar A: "Tapi.. kau tak pelik ke? Semua yang kena culik tu perempuan. Kau rasa apa yang penculik nak buat? Jual?"
Pelajar C: "Jadi pelacur la kot."
Pelajar A: "Oi! Mulut kau ni tak ada insurans betul. Tak baik la. Mana tau penculik nak jual organ ke?"
Pelajar B: "Kau ni pun satu, cakap orang kau yang lebih. Jual organ lagi teruk!"
Pelajar A: "Apa nak jadi dunia sekarang ni. Sebelum ni kes bunuh di bandar, lepas tu budak universiti kita bunuh diri, sekarang ni kes culik pula. Universiti ni macam kena sumpah. Bandar ni disumpah!"
Pelajar C: "Kau jangan! Aku seram ni! Teringat sejarah masa kita belajar kat sekolah dulu. Bandar ni memang pernah disumpah!"
Pelajar B: "Dah, dah. Mengarut je korang semua ni. Universiti ni universiti terbaik dalam negara tau. Dalam ranking nombor satu kot. Kebanyakan pelajar yang graduan daripada universiti ni akhirnya jadi orang berjaya yang kerja besar. Banyak saintis, doktor dan cikgu-cikgu yang hebat dari sini. Ha, siapa lagi? Artis pun ada! Bekas perdana menteri sebelum ini pun alumni sini tau! Walaupun banyak benda tak baik berlaku, masih ramai yang nak belajar kat sini!"
Zakk!! Bunyi kerusi yang ditolak dengan kasar terseret di atas lantai mengejutkan tiga orang pelajar yang berbual tadi menyebabkan mereka segera menutup mulut. Celeste Raul menghela nafas lega. Dia segera mengemas bukunya dan berlalu pergi dari situ tanpa menolak masuk semula kerusinya ke bawah meja makan. Langkah kakinya laju dihala menuju ke tempat menunggu bas.
Tidak lama kemudian, bas universiti pun tiba dan Celeste Raul naik untuk pulang ke kolej kediaman. Telinganya disumbat dengan earphone dan dia segera membuka lagu di telefon dengan kuat. Perbualan yang dia dengar di kafe tadi bagai melekat dalam mindanya. Entah kenapa jantungnya laju berdegup dan Celeste Raul berasa tidak sedap hati. Alain yang jarang dilihat oleh Celeste Raul menambah lagi risau di dalam hatinya. Macam mana kalau kawannya itu terlibat di dalam hal yang sulit?
"Untuk apa dia culik semua orang ni?" Celeste Raul menyoal.
"Ah? Apa lagi? Untuk buat bank darah la. Blood bank. Vampire lagi suka kalau perempuan tu cantik dan suci. Bagi mereka, darah ni lagi sedap." balas Alain.
"Kau ni semua benda kau tahu. Betul ke ni?" Celeste Raul berkerut.
"Mestilah. Ini Alain, okay? Semua benda tahu." rakannya ketawa dengan bangganya.
Celeste Raul meraup wajahnya tatkala dia teringat perbualan dengan Alain sebelum ini di dalam bilik asrama mereka. Sesetengah vampire yang tak mampu memiliki hamba manusia atau blood slave yang mana perlu dibeli melalui sumber yang sah, akan menculik manusia bagi dijadikan sebagai blood bank. Hanya dengan cara ini, mereka tidak akan kelaparan.
Blood bank dan blood slave mempunyai banyak beza. Hamba manusia dibeli dan dibayar lalu manusia itu juga melakukan perkara tersebut dengan rela hati manakala bank darah yang dikumpul oleh vampire ini adalah dari sumber haram kerana manusia ini semuanya mangsa yang diculik dan kemudiannya dibunuh bagi menghapuskan sebarang bukti.
Tiba saja di perhentian hadapan kolej kediaman pelajar lelaki, Celeste Raul turun dari bas. Namun sebelum jauh dia dapat berjalan dari stesen bas tersebut, mulutnya ditekup dari belakang. Celeste Raul meronta. Di waktu kelas seperti itu, sememangnya tidak ada orang di kawasan asrama. Walau macam mana Celeste Raul meminta tolong sekalipun, tak akan ada orang yang dengar.
Tangan Celeste Raul yang meronta akhirnya layu jatuh ke bawah dan tubuhnya terkulai tidak lagi sedarkan diri. Tangan yang menekup mulut Celeste Raul dilepaskan dan lelaki itu memandang wajah Celeste Raul yang kini sudahpun pengsan. Lelaki misteri tersebut tersenyum selepas beberapa saat lalu mengangkat badan Raul macam guni beras ke atas bahunya sebelum dibawa pergi.
![](https://img.wattpad.com/cover/219478876-288-k498041.jpg)
YOU ARE READING
ELYSIUM
VampirePernah dengar tentang Elysian? Elysian berasal daripada perkataan Greek, Elysium. Elysium membawa maksud suatu tempat kebahagiaan selepas kematian. Manusia yang meninggalkan dunia akan mendapat berkat dan restu di dunia selepas kematian. Mereka dija...