Imbas masa lalu...
"Daddy, daddy!" si kecil menjerit, sambil tangan pendeknya mencapai kain seluar yang dipakai oleh Vlair Kieran bagi mendapatkan perhatian.
"Stop calling me that, I am not your father!" Vlair Kieran menolak tangan si kecil sebelum berlalu keluar dari rumah. Dia mendapat berita dari doktor bahawa Halena semakin tenat. Bergegas dia ke hospital bagi berjumpa dengan wanita itu buat kali terakhir. Dari jauh, si kecil merenung kelibat lelaki yang semakin menghilang dari padangan. Dia tidak faham. Lelaki itu sering kali mengatakan bahawa dia bukan ayahnya tetapi si kecil hanya melihat lelaki itu sahaja yang sering bersama ibunya, Halena. Jika lelaki itu bukan ayahnya, siapa lagi?
Sampai saja di hospital yang merawat Halena, Vlair Kieran menanti di hadapan pintu bilik rawatan. Dia tidak berani untuk masuk dan melihat wanita kesayangannya menderita. Dia menarik nafas dalam sebelum menghembuskannya.
"Kenapa kau tak masuk, wahai anak muda?" satu suara menegur tatkala Vlair Kieran sedang mencari kekuatan.
"Kau..." Vlair Kieran menoleh, memandang akan sekelibat lelaki bertopi.
"Kau tak berikan dia apa yang aku berikan pada kau sebelum ini?" soal lelaki itu kepada Vlair Kieran.
"Aku masih berfikir." balasnya.
Lelaki itu hanya tersenyum selepas itu dan berlalu pergi. Vlair Kieran menghela nafas lega. Tidak sedar akan dirinya yang telah menahan nafas sejak kemunculan lelaki bertopi itu. Dia kemudiannya masuk ke dalam bilik rawatan. Kelihatan Halena yang tenat di atas katil. Dia mendekati wanita itu lalu duduk disisi. Teringat akan sebotol kaca kecil mengandungi cecair pekat berwarna merah yang telah diberikan oleh lelaki bertopi sebelum ini, Vlair Kieran mengeluh.
Dia sendiri tidak tahu akan benar atau tidak tentang apa yang diberitahu oleh lelaki itu. Dia takut untuk percaya jika perkara itu hanyalah harapan palsu. Botol kecil tersebut telah ditinggalkan di rumah. Masa Vlair Kieran dan Halena pada hari itu boleh dikatakan singkat. Ini kerana beberapa jam kemudiannya, Halena telah menghembuskan nafas yang terakhir. Ketelusan atau kebenaran tentang apa yang diberitahu oleh lelaki bertopi sebelum ini tidak dapat dibuktikan.
Vlair Kieran tidak pulang ke rumah selama tiga hari selepas majlis pengebumian Halena. Hanya apabila dia teringat yang dia masih mempunyai anak kecil yang perlu dijaga, barulah dia pulang ke rumah. Ya, Vlair Kieran tahu dia merupakan seorang yang tidak bertanggungjawab dalam hal ini. Menyesal? Entah la. Vlair Kieran pasti, dia tidak mempunyai sebarang perasaan terhadap anak kecil itu. Namun dia tahu, dia tidak boleh mengabaikan si kecil. Bila diingat balik, selepas melahirkan anak itu barulah Halena jatuh sakit.
Mungkin, anak kecil itu penyebabnya. Ya, si kecil menyebabkan Halena jatuh sakit. Dia menyebabkan Halena mati.
"Daddy!" suara si kecil mengembalikan semula Vlair Kieran kepada realiti. Lamunannya terus terhenti dan dia melihat sekeliling. Entah bila, dia sudah berjalan sehingga sampai di hadapan pintu rumah. Dia menundukkan pandangan, melihat si kecil yang membuka pintu.
"Have you eaten?" suara Vlair Kieran garau dan kasar. Buat pertama kali selepas kematian Halena, dia bersuara. Baru dia sedar yang dia juga berasa haus. Perutnya juga terasa lapar.
Si kecil menggelengkan kepala. Vlair Kieran dihambat rasa bersalah apabila mata bundar si kecil memandang ke arahnya. Anak mata yang berwarna perak, sama seperti Halena. Kesemua ahli keluarga Duke Aimar mempunyai anak mata berwarna perak. Anak yang Halena kandung selama sembilan bulan, yang mana bapanya masih belum diketahui. Bila dilihat balik, semakin Vlair Kieran runsing. Anak kecil dihadapannya itu, tidak tumpah sama seperti Halena.
"Daddy?" panggil si kecil apabila lelaki itu hanya berdiam diri di hadapan pintu. Dia tidak bergerak selepas bertanya sama ada sudah makan atau tidak.

YOU ARE READING
ELYSIUM
VampirosPernah dengar tentang Elysian? Elysian berasal daripada perkataan Greek, Elysium. Elysium membawa maksud suatu tempat kebahagiaan selepas kematian. Manusia yang meninggalkan dunia akan mendapat berkat dan restu di dunia selepas kematian. Mereka dija...