8 ✿ Dhampir

54 13 4
                                    

Sepanjang dia hidup, Celeste Raul tidak pernah berhadapan dengan perkara sebegini. Perkara yang dia fikir tidak wujud dan tidak logik sebelum ini, kini jelas terpampang di hadapan mata. Mana mungkin dia dapat cari masa untuk menerimanya secepat mungkin? Hati dan fikirannya bercelaru. Terasa bagai hidupnya berubah 360° tanpa dipinta.

Dia duduk di dalam tab mandian sambil berendam di dalam air susu yang dihiasi kelopak bunga mawar. Mewah betul. Celeste Raul hanya mampu mengeluh di atas kekayaan yang dimiliki oleh mahkluk bernama Vlair Kieran. Sambil itu tangannya bermain dengan kelopak bunga dan air susu, ditolak dan dihayun membentuk ombak. Macam budak kecil sahaja lagaknya.

"Vlair Kieran. Vampire." Celeste Raul bercakap seorang diri. Namun seketika kemudian dia menggelengkan kepalanya. "Vampire adalah lelaki yang bernama Hainsworth tu. Kieran tak nampak macam vampire pun? Sheeshh..." saat itu, Raul teringat dirinya yang diekori oleh Vlair Kieran macam stalker.

Lagipun, semasa mereka berdua bertemu buat kali pertama, hari masih siang walaupun lewat petang. Bukankah dikatakan makhluk penghisap darah ini tidak boleh terkena sinaran cahaya matahari atau mereka akan terbakar dan hancur? Tapi kenapa Kieran menyembunyikan puntianak itu di dalam rumahnya? Persoalan yang tidak dapat dijawab oleh Raul buat masa kini.

"Vampire tu panggil Kieran sebagai Tuan Vlair." dia bersuara lagi sambil mengocak air dalam tab mandian dengan kedua belah tangannya.

Sedang dia sibuk mengelamun, Vlair Kieran di luar pintu bilik mandi menahan ketawa. Sebelah tangan separa genggam dan diletakkan ke bibir yang membentuk senyuman. Telinganya bukanlah seperti manusia biasa maka segala bebelan dan rungutan Celeste Raul dapat didengari dengan jelas. Dia berdehem sebelum mengetuk pintu bilik mandi tersebut. Bunyi air yang berkocak kuat menandakan si lelaki di dalam tab mandi itu barangkali terkejut dan kini sedang menggelabah kerana tak lama kemudian, Vlair Kieran mendengar bunyi alatan mandian jatuh dari rak.

Kieran ketawa juga akhirnya. Sejak dua menjak ini dia banyak ketawa. Kalau orang bawahannya melihat Vlair Kieran ketika itu, pasti semuanya akan menunduk kerana takut. Tangannya menolak pintu bilik mandi dan dia bersandar pada tepi pintu sambil kedua belah lengannya bersilang di dada. Matanya memandang ke arah Raul yang panik mengenakan tuala pada tubuhnya yang terdedah.

"Berapa lama nak berendam?" tegur Kieran sambil melihat jam di tangan. "Cepat siap, saya hantar awak balik ke asrama." dia menambah sebelum tersenyum.

Mata Raul membulat dan dia menjeling ke arah lelaki yang langsung tidak ada adab itu. Sesuka hati saja menjengah masuk ke dalam ketika orang sedang mandi. Nasib saja dia sempat mencapai tuala bagi menutup badannya. Vlair Kieran tak peduli, dia memandang Raul sekilas sebelum keluar dari situ. Setelah mendapati kelibat Kieran tidak lagi dalam pandangan, Raul menghela nafas lega.

Dia menutup pintu yang terbiar buka oleh Kieran sebentar tadi. Selepas itu cepat-cepat dia membersihkan tubuhnya sebelum mencapai pakaian salinan yang disediakan oleh orang gaji di rumah itu. Usai bersiap dan memakai baju, dia turun ke tingkat bawah dan dilihatnya Vlair Kieran sedang menjamah manisan di ruang tamu. Set cawan teh yang tampak mahal terhidang di atas meja, hampir saja membutakan mata Celeste Raul. Mana tidaknya, nampak sangat cawan itu diperbuat daripada berlian tulen.

Dia cemburu! Dia iri hati dengan kekayaan yang dimiliki Vlair Kieran! Hmph! Menyampah!

Melihat si lelaki yang masih berdiri tegak di tengah jalan, Kieran melambaikan tangannya meminta supaya Raul datang dekat. "Mari, makan." ajaknya, mesra.

Celeste Raul melangkah ke arah Kieran lalu mengambil tempat bertentangan dengan lelaki itu. Tangannya mencapai manisan yang terhidang dan dirasa. Mata Vlair Kieran memerhati gelagat Raul dari awal dia membuka mulut sehingga dia menggigit manisan tersebut. Bibirnya dijilat dengan lidah bagi merasa sisa manisan yang masih terlekat. Anak mata perak itu bagai bersinar buat sesaat.

ELYSIUMWhere stories live. Discover now