1 ✿ Lima Keajaiban

217 19 2
                                    

Pernah dengar tentang Elysian? Elysian berasal daripada perkataan Greek, Elysium. Elysium membawa maksud suatu tempat kebahagiaan selepas kematian. Manusia yang meninggalkan dunia akan mendapat berkat dan restu di dunia selepas kematian. Mereka dijanjikan kegembiraan.

Dalam kepercayaan lain pula, tempat sebegini lebih dikenali sebagai syurga. Tapi syurga dikatakan hanya untuk manusia yang baik-baik sahaja. Mereka yang melakukan dosa dan jahat akan masuk ke dalam neraka.

Baik? Jahat?

Bagaimana perkara ini dilabelkan? Siapa tahu jika seseorang itu baik atau jahat? Di mana sempadannya? Bagaimana pula dengan mereka yang tidak tergolong di dalam mana-mana kategori ini?

Paling penting... siapa mereka ini?

✿✿✿✿✿

"Hei, kau ada dengar tak? Semalam, budak seksyen 3 dari Jabatan Seni dan Bahasa mati bunuh diri katanya."

"Eh? Minggu lepas kes pelajar hilang, minggu ni kes bunuh diri pula?"

"Psst~ jangan cakap kuat-kuat. Dia dijumpai di dalam bilik air asrama."

"Kau tak tahu? Universiti kita ni terkenal dengan cerita hantu dan misteri."

"Oh, budak baru tu ke?"

"Pelajar baru selalu tak tahu perkara ni, tapi semua orang di universiti ni patut tahu. Bangunan belakang tu, jangan sesekali pergi."

Pak!

Mata Celeste Raul yang tertutup terus terbuka. Rakan sekelas yang menepuk mejanya tersenyum sebelum mengambil tempat disebelahnya. Bilik kuliah masih belum penuh. Masa pelajaran akan bermula 5 minit lagi dan pensyarah juga masih belum kelihatan. Pelajar lain sibuk bercerita dan bergosip. Suara pelajar lelaki dan pelajar perempuan bercampur membuat suasana agak riuh. Celeste Raul mengerutkan keningnya.

"Raul, kau dah tahu? Diane mati bunuh diri. Mayat dia dijumpai oleh pelajar perempuan dari Jabatan Sains kat tandas asrama. Katanya, nadi di tangan Diane dikelar dengan pisau cukur. Pihak polis masih melakukan siasatan tapi dari keadaan mayat, mereka mungkin sahkan kes ni sebagai bunuh diri." cerita Alain. Bibirnya melekat senyuman bangga.

Celeste Raul mengeluh. Mata yang kuyu kembali tertutup, malas mahu mendengar topik hangat bualan pelajar di bilik kuliah itu. Sejak dia menjadi pelajar di universiti itu setahun yang lalu, sudah terlalu banyak benda yang dia dengar dan terlalu banyak benda yang sudah berlaku. Memang benar, universiti tempat dia belajar itu banyak perkara misteri dan aneh. Namun begitu, prestasi universiti masih lagi berada di carta tertinggi sebagai universiti terbaik. Pelik.

Paling terkenal, kisah mengenai 5 keajaiban di universiti tersebut. Perkara dan kisah ini diceritakan sejak generasi awal universiti itu dibina dari mulut ke mulut sehingga disampaikan kepada generasi kini. 5 keajaiban ini bukan sahaja satu misteri dan ajaib malah kejadiannya juga mempunyai saksi. Disebabkan itu, 5 keajaiban ini tidak pernah luput diingatan semua orang.

Keajaiban yang pertama adalah bangunan di belakang jabatan tempat Celeste Raul belajar kini merupakan bangunan lama yang ditinggalkan. Pada asalnya, pihak atasan dan pengurusan universiti mahu merobohkannya untuk membina bangunan baru. Namun entah dimana silapnya, bangunan itu sehingga kini tidak berjaya dirobohkan. Setiap kali proses untuk menghancurkan bangunan itu dilakukan, pasti ada perkara pelik yang berlaku untuk menghalang. Akhirnya, bangunan lama itu dibiarkan saja, menjadi kawasan larangan.

Keajaiban kedua pula adalah blok C asrama perempuan. Di blok ini dikatakan mempunyai roh seorang wanita yang merayau-rayau setiap kali malam yang sunyi dimana bulan di langit tidak kelihatan. Jika sesiapa mahu melihat roh wanita ini, mereka perlu menunggu malam tanpa purnama di hadapan blok C asrama perempuan. Tepat jam 2 pagi, wanita ini akan kelihatan keluar dari blok C dan merayau-rayau di sekeliling kawasan asrama. Apa tujuannya? Tiada siapa yang tahu. Siapa wanita itu dan bagaimana dia mati? Perkara ini juga tidak diketahui.

Keajaiban ketiga ialah pada malam bulan penuh. Di hutan belakang asrama lelaki, dikatakan setiap kali bulan mengambang, suara jeritan dan bunyi serigala akan kedengaran. Perkara ini akan berlangsung sehingga pagi keesokan harinya. Disebabkan itu, ada beberapa pelajar lelaki yang melakukan acara keberanian dengan memasuki hutan itu pada bulan penuh untuk mengetahui perkara sebenar namun tidak ada seorang pun yang kembali. Ini kerana, tidak lama kemudian mayat mereka dijumpai bercerai-berai di merata tempat sekitar hutan. Lantas, pada setiap bulan diwaktu bulan penuh, semua pelajar tidak dibenarkan keluar dari asrama dan akan ada pengawal yang meronda supaya perkara yang sama tidak berulang lagi.

Keajaiban keempat pula adalah cermin di bilik air Jabatan Komputer dan Interaksi. Mereka yang melihat ke dalam cermin nombor 4 dikatakan akan menyebabkan roh mereka terpisah dari jasad dan terperangkap dalam cermin tersebut. Tubuh mereka kemudiannya diambil alih oleh roh lain yang mana terperangkap di dalam cermin itu sebelum ini. Disebabkan itu, akan ada pelajar yang berubah personaliti dan identiti. Sejak itu, cermin nombor 4 di bilik air tersebut ditutup dengan kain putih. Walaupun ada pelajar yang cuba membukanya, mereka tidak berjaya kerana di dalam bilik air itu, ada 'penjaga'.

Keajaiban yang terakhir pula lebih menarik perhatian. Di dalam universiti mereka, ada satu kawasan larangan yang mana tidak dibenarkan dimasuki oleh sesiapa pun. Lain dengan bangunan lama di belakang jabatan tempat Celeste Raul belajar, kawasan ini lebih luas. Hatta, kawasan itu dipagari dengan gerigi besi yang tajam dengan dinding setebal 2 kaki. Di sekelilingnya adalah taman bunga yang sangat indah dipandang mata dan ditengah-tengah pula adalah satu rumah agam lama yang kelihatan seperti istana zaman medieval. Di pagar utama pula, tergantung plat nama yang diukir dengan perak. 'Mobius' ialah nama yang terukir maka dikatakan tempat itu dimiliki oleh Keluarga bangsawan Mobius. Kesahihannya masih diragui ramai.

Jadi.. apa istimewanya kawasan larangan ini? Tiada siapa yang tahu. Disebabkan itu, tempat tersebut dikatakan sebagai keajaiban paling menakjubkan. Siapa pemilik rumah agam seperti istana itu? Siapakah Mobius? Mengapa kawasan secantik itu yang dipenuhi taman bunga indah tidak dibenarkan sesiapa pun menjejakkan kaki? Kalau tak ada orang yang boleh memasuki kawasan itu, jadi siapa yang menanam semua bunga dan menjaga tanaman di situ? Satu misteri yang sehingga kini kekal misteri.

Namun begitu, Celeste Raul tidak berminat dengan semua perkara tersebut. Misteri, aneh dan ajaib.. perkataan ini tidak wujud di dalam kamus hidupnya. Dia seorang lelaki logik yang berfikir berasaskan bukti kajian dan sains. Ya, dia adalah lelaki yang melakukan semua perkara berasaskan fakta dan pemikiran akal yang lurus. Perkara fantasi dan tak logik akal? Celeste Raul tidak sukakannya. Lebih kepada, dia tak percayakan perkara tahyul.

"Oi, Raul.." Alain memanggil rakannya yang sudah mula membaringkan kepala di atas meja untuk menyambung tidur. Melihat Celeste Raul tidak ambil peduli, dia mencebik bibir. Seketika kemudian, bibirnya kembali mengukir senyuman. Dia sudah mencuba banyak cerita untuk menarik minat rakan sekuliahnya itu namun asyik tidak berjaya. Tapi kali ini, dia pasti Celeste Raul akan berminat.

"Raul, kau pernah dengar tentang rumah agam di tengah kampus? Dengar cerita.. di pagar sebelah barat ada satu lubang. Kau tak nak tahu, siapa yang jaga tanaman kat situ? Kalau kau tak percayakan perkara tahyul, kenapa tak buktikan saja yang semua tu tak wujud? Kalau kau dapat buktikan yang ada manusia kat situ.." Alain membuka mulut. Tekaannya tepat, kerana mata yang tertutup itu kini sekali lagi dibuka.

Celeste Raul memandang ke arah Alain yang sedang tersenyum sinis padanya. Adakah ini satu cabaran? Celeste Raul paling tidak suka dicabar.





ELYSIUMWhere stories live. Discover now