SATU

656 55 14
                                    

Story 1 - Their love story


Jendela besar yang terbuka luas menghadap ke luar menjadi tempat Song Ji-hyo termenung, tempat duduk Song Ji-hyo bersebelahan tingkap. Angin sepoi-sepoi bahasa meniup lembut pada kulit Song Ji-hyo.

"Okay everyone, make sure to finish your assignment tonight. And submit it by tomorrow," ucap pensyarah Sun-kyun mengingatkan pelajarnya, menyedarkan semula Song Ji-hyo kepada dunia nyata.


"Okay, Sir," jawapan yang keluar dari bibir setiap pelajar dalam kelas tersebut dalam keadaan tidak senada.

Selepas menyampaikan kata-kata penyudah, pensyarah Sun-kyun keluar. Satu-satu pelajar turut beredar dari kelas.

Song Ji-hyo.
Itulah nama yang diberikan padaku.
Aku kini persiapkan semua kelengkapan belajarku ke dalam beg galasku. Bersiap untuk pulang, kot.

"Ji-hyo, jom makan tengah hari sama-sama," ajak Ai-rin, rakan sekelasku a.k.a kawan baik aku. Aku terhenti seketika dari memasukkan barang ke dalam beg, ingin bersembang sekejap dengan Ai-rin.

"Hari ni tak dapatlah, Ai-rin. Lain kali, boleh tak?" Aku menolak tawaran Ai-rin dengan lembut, sambil mengaru kepala yang tidak gatal.

"Ada lunch date ke?" usik Ai-rin, menjungkitkan kening sambil tersenyum lebar.

"Ya. Dan kali ni tak boleh cancel dah," jawabku dengan membuat wajah sedikit suram, rasa bersalah.

"Oh tak apa. Aku faham kau, babe. Aku pun tak nak jadi penyebab bermulanya Perang Dunia ke-3," usik Ai-rin lagi semakin lebar senyumannya pada penglihatanku.

"Ai-rin, sudah eh," pinta Ji-hyo agar Ai-rin menghentikan usikannya yang seperti tidak akan berakhir.

"Okay. Pergilah. Nanti mengamuk 'pensyarah' kau tu," kata-kata yang terdengar seperti mengusirku, Ai-rin terkekeh kerana masih lagi mengusik aku.

"Ai-rin!" aku terjerit kecil, senyuman terukir kerana gurauan Ai-rin.

A

i-rin sudah tiada di hadapanku kini. Mungkin melarikan diri dari aku. Gemar sungguh Ai-rin mengusik hubungan aku dengan kekasihku. Aku bergegas mengemas barang.

Aku mempercepatkan langkah, aku kini berada di luar kawasan kampus. Aku perhati si dia sedang menyandarkan diri pada sisi keretanya.

"Oppa," panggilku dari arah belakangnya.

Dia memusingkan badan dan wajahnya ke arah suaraku. Aku melemparkan senyuman manis apabila mata kami saling bertentangan sambil melambaikan tangan.

 Aku melemparkan senyuman manis apabila mata kami saling bertentangan sambil melambaikan tangan

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

"Oppa, sudah lama tunggu?" aku bertanya sedikit keadaan kekasih aku.

"Tak lah. Baru 2 saat Oppa berdiri dekat sini," rajuknya, memuncungkan bibirnya sedikit.

"Ala, maaflah. Pensyarah saya tadi lambat bagi kitorang keluar," aku memohon maaf setulus yang boleh.

"It's okay baby. Let's go," Dong-wook menghulurkan tangannya ke arahku, beruntunglah aku Dong-wook bukanlah jenis yang gemar merajuk lama-lama.

"Jom," aku menyambut hulurannya dengan senyuman termanisku. Kami memasuki perut kereta dan bergerak ke sebuah kafè, untuk menyantap.

Aku Park Seo-joon.
Aku seorang lelaki biasa yang mempunyai kehidupan normal. Ketika ini, aku memandang ke kiri dan kanan. Beberapa kali menatap anak jarum jam di tangan. Si dia jadi datang atau tidak? Lama-lama belakang badan aku pun mulai penat sebab dari tadi duduk. Aku menyandarkan sikuku pada meja dihadapanku.

Ting.
Lonceng di pintu utama berbunyi menandakan seseorang masuk ke dalam kafè.

"You?" sapa si dia dari arah hadapanku, setelah sekian lama aku menunggu, penantianku tidak sia-sia.

"Sampai pun awak. Dari tadi saya tunggu, " menyambut kedatangannya dengan ucapan lembut.

"Jalan jammed. I'm so sorry." Yu-ra menunjukkan wajah kesalnya, rasa bersalah.

"Tak apa awak. Jomlah kita order, mesti awak lapar," aku cuba menenangkan keadaan, sudah terbiasa dengan situasi tersebut.

"Okay, jom," jawab Yura, tersenyum gembira.

"Jadual awak sibuk tak minggu ni?" tanyaku ingin tahu serba sedikit tentang Yu-ra.

"Sibuk sangat. Banyak kelas. Banyak assignment nak disiapkan," adu Yu-ra panjang dan bersemangat, sambil menunjukkan wajah tak suka dengan semua benda itu.

"Oh," balasanku pendek, seperti kesal.

Aku sudah buat plan nak pergi amusement park dalam minggu ni dengan Yu-ra. Sudah lama kami tak luangkan masa bersama sebenarnya. Berjumpa di rumah tapi dia sentiasa sibuk dengan urusan universiti. Yu-ra kan pelajar contoh.

"Kenapa you? You ada rancang sesuatu ke minggu ni?" tanya si dia melihatku memaparkan wajah hampa.

"Taklah. Tiada apa." Aku mempamerkan senyuman kekok, aku lebih memilih untuk tidak memberitahu Yu-ra perkara sebenar.

"Oh, okay," Yura menyambung makannya.

Kesalnya hati ini. Yu-ra seperti tak kesah. Tidakkah dia sedar hubungan kami semakin lama semakin jauh?

• BERSAMBUNG •

𝐂𝐮𝐩𝐢𝐝'𝐬 𝐟𝐚𝐮𝐥𝐭 ☑Where stories live. Discover now