Story 7

267 40 15
                                    

Story 7Blacked out


Song Ji-hyo POV

Aku rindukan Dong-wook. Cepatnya dia tinggalkan aku.

Aku ketika ini berada dirumah sewa kami. Rumah yang penuh kenangan indahku bersama Dong-wook.

Aku sekadar membaringkan diri dengan tangisan. Bunyi tapak kaki yang mendekati pintu bilikku membuat aku mengusap air mataku. Ibu ku memasuki bilik tidurku.

"Ibu." Panggilku pendek mendekati ibuku. Memeluknya seerat-eratnya.

Ibu menyambut pelukanku dan sekadar mengusap belakangku perlahan.

"Ji-hyo rindu Dong-wook, ibu." Air mata yang tadi terhenti mengalir, mengalir lagi sekali.

"Sudah, sayang. Ji-hyo kuat. Ji-hyo boleh hadap semua ni." Ibu memujukku.

"Tak, ibu. Ji-hyo tak boleh." Menidakkan kata-kata ibu.

"Jangan cakap macam tu, sayang. Diri kamu lebih kuat dari yang kamu sendiri sangkakan." Pujuk lembut ibu lagi.


Aku tertidur di dalam pelukan ibu tanpa sedar.

Aku tersedar dari tidur pendek lalu menatap jam yang terlekat didinding. Sekarang ni pukul 10 malam. Dalam 3 jam saja aku tertidur. Ibu sudah tiada disisiku.

Aku turun ke tingkat bawah. Rumah sungguh senyap ketika itu. Ibu dan ayah sudah tidur. Aku bergegas menyambar kunci kereta dan keluar dari rumah. Aku tak tahu aku nak ke mana. Yang aku tahu aku perlu keluar dari rumah sekejap.

Aku tiba di tempat pertemuan pertamaku dengan Dong-wook. Sungai Han.

Perangaiku ketika itu sangat panas baran. Semua benda aku mau jadikan sebab cari gaduh. Kebetulannya yang sangat indah terjadi ketika aku terlaga bahu dengan Dong-wook.

3 tahun lalu

"Hei, apa ni langgar-langgar bahu orang?!" Suaraku terus menaik.

"Maafkan saya, Cik. Saya betul-betul tak perasan." Permintaan maafnya, lembut saja didengar.

Padahal, aku yang salah. Adeh.

"Saya nak awak ganti rugi." Dengan nada sombongku.

Aku pun tak tahulah ganti rugi apa yang aku minta masa tu. Bahu saja pun. Bukannya patah kaki.

"Okay, Cik. Cik nak saya ganti rugi dengan apa?" Wau, betul-betul susah oh cari lelaki soft-spoken sekarang ni.

"Aku lapar. Belikan aku makanan."

"Okay, Cik." Dia terus setuju tanpa membantah.

•••••••••••

Baiknya dia. Dia juga ajar aku untuk bersabar dengan semua perkara.

Beruntungnya aku terjumpa dia ketika itu. Aku sekadar melihat sungai yang tenang itu.

Jantungku terasa perih secara tiba-tiba. Penglihatanku kelam. Perkara terakhir yang aku ingat, semua perkara gelap.

Park Seo-joon POV

"Pemakaman?" Soalku pada pemanggil

"Ya, semalam Sir kemalangan. Kemalangan kereta." Si pemanggil menjawab.

"Kau tipu! Sir baru saja bersama aku semalam." Aku tidak puas hati.

"Betul, Seo-joon. Aku tak tipulah." Dia menidakkan kataku

Pegangan pada telefon terlepas. Aku sungguh tak sangka dia akan pergi secepat ini. I'm speechless.

"Seo-joon. Seo-joon. Seo-joon." Panggil berulang-ulang si pemanggil. Akhirnya panggilan itu ditamatkan.

Hyung sudah tiada. My bestfriend left me.

Selepas hyung hantar aku balik. Hyung terlibat dengan kemalangan. Orang yang aku anggap seperti kawan baik aku sendiri. He always there when I needed him. Now, I have no one to support me anymore. Air mata ini sepertinya tidak akan kering untuk mengalir.

Lepas Yura tinggalkan aku. Hyung pun tinggalkan aku. Ibu ayah telah pergi semasa aku masih bayi. Tiada lagi sebab untuk aku teruskan hidup.

Aku tak sanggup pun teruskan hidup. Hyung pergi disebabkan oleh aku. Kalaulah aku tak buat perkara bodoh tu semalam, hyung mesti masih hidup. Yura putus dengan aku pun disebabkan oleh aku sendiri. Yura stress untuk membahagikan fokusnya, sama ada untuk aku atau pelajarannya. Oh, aku lelaki paling lemah. Aku tidak boleh berhadapan dengan mana-mana masalah. Aku penyebab segala masalah.

Kali ni aku mesti hadapi semua masalah ku.

"I'm so sorry noona." Aku melutut di hadapan si wanita dengan wajah kesalku.

"It's okay Seo-joon. He already gone." Si wanita menangis tanpa bunyi.

"No. Saya penyebab kematian hyung." Ucapanku mengejutkan si wanita.

"Apa maksud kamu ni?" Sebutnya, kelihatan tak bermaya.

"Semalam hyung dengan saya." Jelasku pendek.

Si wanita mendekatkan diri denganku. Dia mengangkat tangannya dan mengusap lembut belakangku.

"Tak. Dong-wook meninggal bukan sebab kamu. Itu semua kerana kemalangan, Seo-joon." Cuba tenangkan aku.

"Awak pulang ya. Rehatkan diri. Jangan fikir sangat perkara ni." Nasihatnya lembut.

"Terima kasih, noona." Aku rasa rindu dengan hyung bila ada disisinya.

Perwatakannya hampir sama macam hyung. Kekasihnya kan. Ji-hyo noona. Mesti hati dia lagi hancur daripada aku ketika ini.

Aku perlu perbetulkan satu lagi masalah.

"Kenapa awak bawa saya ke sini?" Soal si wanita kerana aku mengheretnya sampai ke sini.

"Saya rasa kita belum habis bincang lagi." Aku berkata tanpa nada.

"Kita dah tiada apa-apalah, Seo-joon." Tona suara si wanita meninggi

"Yura, bagi saya perkara ni belum selesai lagi." Aku memegang pergelangan tangannya lembut.

"Sudah, Seo-joon! Hubungan kita dah berakhirlah!" Jerit si wanita.

"Tolong bagi saya peluang terakhir, Yura." Pohonku memberinya tatapan lembut.

"Tolonglah hentikan semua ni. Tiada peluang terakhir, Seo-joon." Yura kedengaran sangat marah ketika itu.

"Takkan disebabkan kawan baik awak, Sir Dong-wook meninggal. Awak jadi hilang akal macam ni?! Sudah, saya nak balik." Yura telah hilang kesabarannya.

"Yura, tolong." Aku memohon kepadanya sekali lagi.

Yura hendak berjalan meninggalkan aku. Yura telah membelakangi aku.

Tiba-tiba aku rasa dadaku perit ketika ini. Bukan kerana patah hati tapi sebab lain. Sakitnya tak terkata. Aku rebah di situ.

𝐂𝐮𝐩𝐢𝐝'𝐬 𝐟𝐚𝐮𝐥𝐭 ☑Where stories live. Discover now