Story 12

214 38 17
                                    

Story 12 - Bestfriend?


Song Ji-hyo POV

Cantik bilik ni yang Seo-joon bagi ni. Walaupun kecil tapi selesa. Aku suka. Bintang pun cantik malam ni.

Sambil memerhati bintang, aku cuba ingat balik semua perkara yang aku lupa. Aku tak boleh tinggal lama-lama dekat rumah Seo-joon. Dah lah pulang dan pergi ke kampus Seo-joon hantar. Malu aku. Semua budak kampus mula sudah cerita pasal kitorang.

Cakap aku ni cepat sangat move on lah. Dong-wook oppa baru meninggal aku dah dapat penggantilah. Aku ni jenis tak setialah.

Mulut orang ni suka betul menyakitkan hati.

Otak oh otak. Cubalah kau cari memori pasal alamatku dekat peti ingatan tu. Aku perlu pulang. Seo-joon tu tak rimas ke aku tinggal rumah dia lama-lama? Sekarang dah dekat 2 bulan aku tinggal dekat rumah dia.

Ihh kejadian tadi lagi buat aku rasa malu. Haih. Aku rasa nak cili-cili je mulut dia. Benci. Kawan makan kawan.

🔹Kafè Kampus

"Noona, makanlah. Janganlah termenung." Seo-joon menegurku.

"Sorry." Aku tersedar dari lamunan.

"Kenapa dengan noona ni? Ada masalah ke?" Seo-joon bertanya.

"Tiada lah. Hehe." Aku sebenarnya cuba ingat alamat aku.

"Noona, kejap ya. Seo-joon nak ke tandas jap." Seo-joon pun berlalu.

Aku hanya mengangguk.

Sedang syok aku menikmati makananku.

Ada satu makhluk tuhan tiba-tiba simbah aku dengan air.

Waih, ini boleh jadi penyebab baran lama ku muncul balik ni. Rasa panas hati aku sekarang ni.

"Kau ni pahal?!" Aku terjerit.

Lepas aku sedar aku menjerit marah. Aku cepat-cepat menekup mulutku. Aku sendiri terkejut. Aku dah janji dah dengan Dong-wook oppa aku tak akan marah untuk perkara kecil macam ni.

"Wah, dah pandai melawan rupanya." Kata si makhluk tuhan tu.

"Maaf. Aku tak sengaja." Aku meminta maaf.

Dia hanya ketawa sinis.

"Kau ni jenis tak guna juga kan, perampas?" Geram si makhluk tuhan.

"Aku tak rampaslah." Aku mempertahankan diri.


Sebenarnya si makhluk tuhan ni nama dia Ai-rin. Kawan aku yang ada dekat scene story 1. Kawan baik aku. Dia pelajar tahun akhir. Rupanya selama ni dia jadi kawan aku pun bersebab. Dia suka dekat Dong-wook oppa.

Dia kata dia yang suka dengan Dong-wook oppa dulu sebelum aku, tapi aku pula yang dapat. Dia tak pernah serang macam ni semasa Dong-wook oppa masih hidup. Lepas Dong-wook oppa dah tiada, dia naik benci dengan aku.

"Kau penyebab kekasih hatiku mati!" Ai-rin menjerit tak puas hati.

"Taklah. Itu dah memang ajal." Kataku pendek.

"Menjawab!" Ai-rin semakin panas.

Ai-rin dah sedia angkat tangan nak tampar aku. Tapi, tamparan tu tak menyentuh pipiku. Pergelangan tangannya ditahan oleh seseorang dari belakangku. Aku pusingkan diri untuk lihat si penyelamat.

Seo-joon.

Sampai bilalah budak ni nak tolong aku terus?

"Tangan kau tak layak sentuh wajahnya." Seo-joon berkata.

"Huh! Kau! Sesuai sangatlah korang berdua ni. Seorang sanggup jadi gila kerana putus cinta. Seorang lagi macam pelacur, senang sangat berubah hati." Sinis saja kedengaran ayat Ai-rin.

Ppak!

Tamparan kuat menyinggah di pipinya. Aku ternganga dan mata ku sedikit terbeliak. Kesan tamparan tu memerah.

"Dayus." Ai-rin berkata kecil sambil memegang pipinya.

"Kalau mulut kau tak kurang ajar sangat. Aku tak akan jadi dayus macam ni. Kau lagi tua dari kitorang. Tapi kau langsung tak matang. Bergaduh pasal lelaki." Seo-joon berkata panjang.

Aku mengelipkan mata berkali-kali. Aku sedikit blur dengan keadaan. Aku cuba memahami situasi.

Ai-rin menghilangkan diri selepas kena ceramah dengan Seo-joon.

"Maafkan noona." Aku tiba-tiba rasa nak minta maaf dengan Seo-joon.

"Bukan salah noona. Salah si Ai-rin tak guna tu." Wah, tak pernah aku dengar dia marah orang sampai macam ni.

"Biarlah dia tu. Jom lah balik." Aku mengajaknya pulang.

Takut aku weh. Muka Seo-joon serius saja lepas kejadian tu. Masih berapi-api kali. Lebih baik balik.

•••••

Percayanya aku dekat Ai-rin dulu. Sekarang, baru nampak sikap sebenarnya yang tertutup dengan topeng kebaikan. Susahnya nak terima, dia benci aku selama dia bersahabat dengan aku.

Dia sungguh baik untuk aku. A sweet friend. Hanya kerana lelaki, dia jadi seteruk itu. Haih.

Tapi, akan ku simpan semua kenangan indah yang kau beri kepadaku, walaupun mungkin itu tidak ikhlas darimu.

𝐂𝐮𝐩𝐢𝐝'𝐬 𝐟𝐚𝐮𝐥𝐭 ☑Where stories live. Discover now