DUA

365 46 27
                                    

Story 2 - Question

Bulan sudah pun mengambang, kerlipan bintang semakin terang di atas langit. Song Ji-hyo yang berada dalam rumah. Baring di atas sofa, mata fokus pada televisyen, mulut tidak berhenti mengunyah snek tetapi dalam hati, dia diselubungi kerisauan. Risau dengan keadaan Lee Dong-wook. Lee Dong-wook keluar, sudah lama tetapi masih belum pulang.

Song Ji-hyo memberhentikan semua aktivitinya tadi dan bergerak ke arah tingkap berdekatan. Titisan hujan lebat sangat jelas kelihatan. Risau di dada semakin memuncak.

Bunyi password dimasukkan terdengar dari arah pintu. Song Ji-hyo terasa meremang seketika.

Siapa tu? Apa akan jadi dengan aku lepas ni? Sudahlah aku sendiri sekarang ni-teriakan hati Song Ji-hyo.

Song Ji-hyo memejam mata kerana terlalu takut. Pintu terkuak. Song Ji-hyo masih menutup mata, tidak berani. Pergelangan tangan kanan Song Ji-hyo digenggam lembut oleh seseorang.

"Argh!" Teriak Song Ji-hyo kerana dikuasai oleh perasaan ketakutan.

"Eh, baby. Kenapa ni?" Tanya seseorang itu.

Baby? Dong-wook? Aku membuka mataku lebar.

Ji-hyo terus memeluk tubuh Dong-wook erat setelah menyedari itu dia.

"Kenapa? Apa jadi? Awak okay?" Tanyanya bertalu-talu.

"Okay. Saya okay," Jawabku sedikit gementar.

"Betul ni?" Tanyanya sekali lagi, memastikan keadaan ku.

"Sudahlah cerita pasal itu. Jadi macam mana?" Tanyaku cuba menukar topik.

"Mereka tak setuju. Mereka nak awak habis belajar dulu," jawab Dong-wook dengan suara hampa.

"Ala, awak jangan lah sedih eh. Saya tak lama lagi habis belajar. Tinggal setahun saja," aku cuba menyedapkan hatinya.

"Oppa takut lah, baby," katanya dengan suara sedih.

"Oppa takutkan apa?"

"Saya takut awak berubah hati," sambungnya sambil memandang aku dengan mata risau.

"Janganlah awak takut. I will always and forever be your baby. Okay?" aku seperti memberinya harapan, memberikan senyuman terindahku.

"Okay," jawabnya semakin kedengaran suram, masih tidak pasti.

Hubunganku dengan Dong-wook sangat gembira. Semua orang di kolej pun melihatnya begitu. Tapi aku masih tidak faham kenapa keluargaku masih tak nak bagi aku kahwin dengannya. Bukankah bagi ibu dan ayah itu kebahagiaan anak adalah kebahagiaan mereka juga? Atau aku tersilap?

Dong-wook is husband material, okay? Dia kacak. Dia ada kerja stabil. Dia ada rumah sendiri. Dia baik. Dia punya sopan santun dengan orang yang lebih tua. Dan paling penting, dia soft-spoken. Itulah daya tarikannya bagi aku.

Apa yang kurang?

Aku sedang menunggu kekasihku, Yura. Kami sudah berjanji untuk meluangkan masa bersama hari ini. Aku duduk di kerusi berdekatan dengan pintu masuk amusement park itu. Rancangan yang aku sudah rancang berbulan-bulan akan terjadi jua.

Aku tatap lagi sekali jam tanganku. Baru 5 minit kau tunggu Seo-joon. Sabar, okay?

2 jam berlalu. Sabar. Dia akan datang. Diakan sudah janji.









5 jam berlalu. Tunggulah sekejap lagi. Dia akan inform kalau cancel sekalipun. Sabar.

Sabar.

Sabar.

Sabar.

"Encik, kami dah tutup. Encik tak balik?" tegur seorang pekerja di amusement park tersebut.

"Tak. Saya tunggu seseorang," jawabku sedikit kesal.

Pekerja tu telah lama berlalu. Aku kini sendiri duduk di kawasan amusement park tertutup itu. Aku melangkahkan kaki untuk pulang kerumah dengan keadaan sedih. Aku betul-betul kecewa. Yura mungkiri janji sekali lagi.

Aku dihadapan rumah kami kini. Aku buka pintu, lemah. Masukkan diri ke dalam dengan langkah paling lemah.

"You dah balik?" tegur seseorang yang sedang duduk santai di atas sofa.

"Awak betul-betul lupa, Yura?" tanyaku tidak puas hati dengan seseorang itu

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

"Awak betul-betul lupa, Yura?" tanyaku tidak puas hati dengan seseorang itu.

"Lupa apa, you?" wanita itu bertanya kembali kepada aku.

"Kita ada date hari ni," perasaan sedih sudah tidak boleh aku pendam, suaraku sangat jelas seperti ingin menangis.

"Oh maafkan I. I tak ingat," katanya selamba seperti tidak bersalah, buat-buat tidak peduli dengan Seo-joon yang bila-bila masa saja boleh mencurahkan air mata.

"Awak tahu tak saya tunggu awak dekat amusement park tu dari jam 2 petang?!" suaraku sedikit meninggi, rasa marah dan sedih bercampur.

"Ala, you. I am so sorry. I totally forgot about it. Sorry," Yura kedengaran seperti kesal ketika itu kerana baru perasaan dengan situasi.

"Sampai bila kita nak macam ni, Yura?" pertanyaanku membuat wanita itu bingung.

"Macam ni, macam mana you?" Yura masih tidak faham.

"Awak langsung tak sedar ke Yura?! Kita dah tak rapat macam dulu. Awak tahu tak?!" aku meninggikan suara, perasaan marah aku tidak terkawal.

Aku gegas meninggalkan Yura diruang tamu. Aku terus memasukkan diri ke dalam bilik. Aku menghentam kuat pintu bilikku untuk menunjukkan aku sedang marah. Aku betul-betul kecewa dengan sikap Yura.

Sampai bila hubungan ini akan bertahan?

• B E R S A M B U N G •

𝐂𝐮𝐩𝐢𝐝'𝐬 𝐟𝐚𝐮𝐥𝐭 ☑Where stories live. Discover now