TIGA

284 44 10
                                    

Story 3Try to do the right thing

Seorang lelaki menundukkan kepalanya pada meja, duduk seorang ditengah-tengah kelas yang disekeliling dengan meja dan kerusi kosong. Jejaka lain melangkah masuk ke dalam kelas tersebut tanpa membuat sebarang bunyi.

"Pencapaian awak menurun Seo-joon? Awak tahu?" suara monotone yang terdengar menerusi corong telinga Park Seo-joon dari bibir pensyarahnya, Lee Dong-wook.

"Saya tahu, Sir," jawabnya dengan nada suram tanpa melihat wajah Lee Dong-wook.

"Kenapa ni? Awak ada masalah dengan kekasih awak, Yura?" Dong-wook cuba meneka. Seo-joon semakin suram mendengar nama Yura. Dong-wook menggangguk, tekaannya betul. Seo-joon makin melekatkan kepalanya pada meja.

"Hei. Ceritalah dengan saya. Mana tahu kalau awak cerita dengan saya, beban dalam hati awak tu ringan sikit," Cadang Dong-wook cuba menyedapkan hati Seo-joon.

Seo-joon menaikkan kepalanya memandang wajah Dong-wook ketika mendengar ucapan Dong-wook.

"Kami ada bergaduh sikit," jawab Seo-joon pendek, seperti tiada mood ingin bercerita.

"Gaduh pasal apa?" Sir Dong-wook ingin tahu.

"Pasal hubungan kitorang. Kitorang dah tak rapat macam dulu," suara Seo-joon kedengaran semakin lemah.

"Cubalah rapatkan," cadangan pendek dari Dong-wook.

"Saya sudah cuba. Tapi, saya seorang saja yang mencuba," Seo-joon semakin berasa tidak bersemangat.

"Hei. Awak pun tahukan Yura tu junior yang suka belajar? Dia sedang struggle lah tu. Final exam untuk semester dia kan sudah dekat?" lembut sahaja suara yang keluar dari kotak suara Dong-wook cuba menenangkan Seo-joon yang seperti hilang harapan.

"Lepas final exam nanti, kamukan ada cuti? Apa kata kamu gunakan masa tu untuk dekatkan hubungan kamu?" Dong-wook menyuarakan pendapat.

"Janganlah kamu bersedih lagi. Okay?" senyuman terukir pada wajah Dong-wook.

Seo-joon ketika itu berfikir panjang dengan ucapan Sir Dong-wook.

"Okay, Sir.

By the way, thank you so much, Sir." Ucap Seo-joon memberikan senyuman kepada Dong-wook.

Fikir Seo-joon waktu ini adalah nak betulkan kembali benda yang salah dengan hubungannya bersama Yura.

Ji-hyo dan Dong-wook akan bercuti ke luar negeri hujung minggu ni memandangkan minggu ni ialah semester break. Ji-hyo tak tahu menahu mereka akan ke mana kerana Dong-wook yang menyediakan semua perkara.

Dong-wook ketika ini menyiapkan makan malam kami berdua. Ji-hyo hanya menatap kosong Dong-wook dari meja makan yang berdekatan.

"Nanti kita bercuti dekat mana?" Ji-hyo mendekatkan diri dengan jejaka yang sedang sibuk memasak itu.

"Ada lah," Dong-wook menjawab tanpa memandang aku, mata dan tangan fokus untuk menyiapkan makan malam mereka.

"Ala, bagitaulah," Ji-hyo buat-buat merajuk.

"Oppa," Ji-hyo panggil dengan nada manja, minta perhatian dari sang kekasih

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

"Oppa," Ji-hyo panggil dengan nada manja, minta perhatian dari sang kekasih. Tapi, panggilan tersebut dibiarkan tanpa jawapan.

Oleh kerana panggilannya tidak terjawab, Ji-hyo menggenggam kedua bahu Dong-wook dan menggoncang seluruh tubuh jejaka itu sambil berkata "Oppa. Bagitaulah," masih tidak mengalah.

"Tak boleh. Rahsia," Dong-wook memandang tepat ke mata Ji-hyo dengan mata serius.

"Yalah," Ji-hyo akhirnya mengalah.

Ji-hyo beralah jika Dong-wook membuat keputusan untuk membiarkan perkara tersebut rahsia. Ji-hyo pun teringin tenangkan diri. Dong-wook tahu tempat untuk menenangkan diri. Jadi Ji-hyo serahkan segala keputusan kepada Dong-wook. Biarlah dia yang rancang segalanya.

Kami makan bertemankan bunyi cengkerik. Senyap. Hanya cengkerik yang bernyanyi.

"Yura, semester break ni kita luangkan masa bersama," Seo-joon mengajak dengan nada ceria dan bersemangat.

"Pergi mana you?" tanya Yura dengan pendek, sedikit keliru.

"Kita pergilah jalan-jalan ke, bersiar-siar ke atau apa. Apa kata kalau awak saja yang cadang kita pergi mana?" cadang Seo-joon masih dengan suasana gembiranya.

"I tak tahulah." Yura terlihat tiada idea.

"Awak langsung tiada tempat romantik yang awak nak pergi ke?"

"Tiadalah pula," memang sah Yura ni 100% fokus belajar saja.

"Oh. Tak apa lah. Saya buat kejutan untuk awaklah," suara Seo-joon melemah semula.

"Okay." Yura tersenyum manis.

Yura, kadang-kadang saya tertanya. Kenapa awak terima saya sebagai kekasih awak dulu, kalau pada akhirnya awak seperti berubah hati ketika ini?

Awak dah tak sayangkan saya ke? Perasaan awak dah kurang ke? Tapi, saya sayangkan awak. Saya tak nak hubungan kita berakhir. Buat apa saya memulakan sebuah hubungan jika akhirnya tidak sampai ke jinjang pelamin?

• B E R S A M B U N G •

𝐂𝐮𝐩𝐢𝐝'𝐬 𝐟𝐚𝐮𝐥𝐭 ☑Where stories live. Discover now