Story 9

242 43 15
                                    

Story 9Take care of her


🔹Cafè

No one's POV

"Tapikan kalau lah dia nak bunuh sekali pun, kenapa kita tak mati lagi? Panah tu tepat kot terkena pada kita. Kesan panah tu pun tiada." Ji-hyo memeriksa seluruh badan untuk mencari kesan panah.

"Oh ya. Kenapa noona ada dekat tepi sungai malam-malam macam tu?" Seo-joon tertukar topik.

"Noona rindu Dong-wook." Tiba-tiba suara Ji-hyo melemah.

"Saya pun rindukan hyung, noona." Seo-joon melihat wajah sedih Ji-hyo.

"Noona mesti kuatkan diri ya. Kalau noona teruskan bersedih, mesti Dong-wook hyung tak tenang di sana." Seo-joon memujuk Ji-hyo yang bila-bila masa saja akan mengalirkan air mata.


Sebelum Dong-wook kemalangan

Dong-wook memandu kereta. Seo-joon di tempat duduk penumpang.

"Seo joon-ah." Dong-wook memulakan perbualan.

"Janganlah awak terlalu patah hati kerana seorang wanita. Mungkin dia bukan yang terbaik untuk awak." Dong-wook memberi nasihat.

"Dan mungkin awak akan jumpa seorang kekasih lain yang akan hargai semua pergorbanan awak." Dong-wook menyambung.

"Tapi hyung, saya sayangkan Yura sangat-sangat." Seo-joon menjawab lemah hanya memerhati keluar tingkap.

"Untunglah, hyung. Dapat Ji-hyo noona. Tak pernah sekali pun saya nampak hyung dengan noona bergaduh teruk." Masih melihat keluar tingkap.

"Ji-hyo. Hyung sayangkan Ji-hyo noona. Hyung pula percayakan awak. Jadi kalaulah hyung dah tiada nanti, tolong jagakan Ji-hyo noona untuk hyung, boleh?" Dong-wook berharap.

"Tak boleh." Seo-joon berkata pendek.

"Ala, kenapa pula?" Dong-wook bersuara manja.

"Hyung jangan berani nak pergi mana-mana. Hyung stay dan jaga Ji-hyo noona sendiri." Seo-joon tegas.

"Ala, Seo-joon. Hyung tak tahu bila ajal nak datang ambil nyawa hyung." Dong-wook beriak sedih.

"Bolehlah, ya Seo-joon?" Dong-wook masih dengan topik yang tadi.

"Bolehlah? Bolehlah? Bolehlah?" Dong-wook mengeluarkan suara gedik, mengusik Seo-joon yang bad mood.

"Yalah." Seo-joon menjawab pendek.

Wajah mereka berdua saling berhadapan. Suddenly their burst out laughing. Suara mereka mengisi ruang kereta.

"Gedik juga rupanya hyung ni eh." Seo-joon berkata dengan ketawa yang masih tersisa.

"Macam tu lah Seo-joon, tersenyum. Jangan buat masalah jadi penyebab untuk awak terus bersedih. Bersedih hanya membuat kita stress." Dong-wook menyambung nasihatnya.

"Terima kasih, hyung." Seo-joon gembira.

"Demi membuat Seo-joon tersenyum, hyung sanggup buat apa-apa saja." Dong-wook berkata perkara clichè

"Wah, hyung. Terlebih clichèlah."

"Lelaki clichè ni lah yang Ji-hyo noona suka, tau?" Dong-wook masih mengedik.

Seo-joon hanya tersenyum melihat gelagat Dong-wook.

Mereka telah tiba di rumah Seo-joon.

"Seo joon-ah. Jangan sedih lama-lama. Nanti makin buruk muka tu." Gurau Dong-wook sambil terkekeh dan cepat-cepat meninggalkan kawasan perumahan Seo-joon

"Hyung!" Jerit Seo-joon, turut ketawa mendengar ucapan Dong-wook.


Masa kini

Park Seo-joon POV

Aku akan cuba jaga amanah hyung. Aku akan cuba untuk jaga Ji-hyo noona untuk hyung.

"Eh, dah jam 12 tengah harilah. Seo-joon, noona pulang dulu ya?" Ji-hyo ingin balik.

"Baiklah, noona. Jaga diri baik-baik ya." Pesanku pendek sambil melambaikan tangan.

"Okay, Seo-joon. Bye." Ji-hyo membalas lambaian tanganku dan bergegas keluar dari cafè.

𝐂𝐮𝐩𝐢𝐝'𝐬 𝐟𝐚𝐮𝐥𝐭 ☑Where stories live. Discover now