Story 15

210 39 16
                                    

Story 15The truth


Song Ji-hyo POV

Kami bertiga bersarapan di meja makan ketika ini. Senyap saja.

Aku terlintas untuk mengetahui jawapan soalan semalam.

"Omma, omma kata nak cerita."

"Cerita pasal apa?" Omma Yura macam tak ingat.

"Cerita pasal semalam tu." Aku hanya memberi hint kepada Omma Yura.

"Oh, nanti omma cerita ya." Omma Yura akhirnya teringat.

"Cerita pasal apa ni?" Seo-joon bersuara.

"Tiada apa lah." Jawab Omma Yura sebelum aku.

Aku ingin memberitahu Seo-joon apa yang terjadi. Tapi, kelihatannya Omma Yura tak nak aku beritahu apa-apa pada Seo-joon.

Seo-joon berangkat keluar sebentar. Dia pergi isi minyak kereta. Malam ni kitorang akan pulang.

Aku mendekatkan diri dengan Omma Yura yang berada di ruang tamu. Kami berdua duduk di sofa yang sama.

"Yura dah tiada, Ji hyo-ah." Omma Yura memulakan bicara.

"Dia pergi mana, omma?" Aku tidak faham dengan pernyataan Omma Yura.

"Dia telah berada di alam lain. Di alam yang kita juga akan pergi nanti." Ayat Omma Yura sungguh mendalam.

"Dia telah meninggal dunia disebabkan oleh kanser otak." Terang Omma Yura.

"Omma rasa keputusan dia untuk minta putus dengan Seo-joon dulu memang keputusan yang baik."

"Kenapa pula omma cakap macam tu?" Aku bertanya.

"Bukankah akan lebih baik Seo-joon bersedih hanya kerana putus cinta? Sekurang-kurangnya walaupun telah putus, Seo-joon akan rasa itu hanya perpisahan sementara. Daripada dia tahu tentang penyakit Yura. Dia pasti akan terlalu patah hati untuk berpisah untuk selama-lamanya dengan kekasihnya."

Aku tahu perasaan itu. Perasaan kehilangan orang yang kau sayang. Bolehkah Seo-joon hadapi semua ni?

"Ketika Seo-joon menyatakan cintanya pada Yura. Yura belum disyaki dengan sebarang penyakit. Ternyata sakit kepala berlarutan yang Yura anggap hanya disebabkan stress belajar, rupanya adalah kanser. Yura telah usaha bertarung melawan penyakitnya. Fikirnya, dia akan selamat selepas pembedahan.

Setelah doktor memberitahu bahawa jaminan untuk dia selamat dari pembedahan itu 50-50. Dia membuat keputusan untuk putuskan hubungan dengan Seo-joon.

Dia perlahan-lahan menjauhkan diri dari Seo-joon. Dia buat-buat tak kesah dengan hubungan mereka yang makin hancur. Dia nak Seo-joon bencikan dia.

Pada hari terakhir Yura bertemu dengan Seo-joon adalah hari pembedahan Yura.

Dan, dia tidak selamat setelah pembedahan tersebut." Jelas panjang Omma Yura.

"Tapi omma tak rasa ke, perkara yang Yura buat tu sebenarnya salah?" Aku menyuarakan pendapat.

"Mengapa pula kamu cakap macam tu?"

"Bukankah sepasang kekasih itu saling melengkapi? Saling membantu antara satu sama lain? Dan bersama-sama menghadapi sesuatu perkara ketika suka dan duka?"

"Ji hyo-ah, Yura tak nak susahkan Seo-joon. Dia sayangkan Seo-joon. Yura tak sanggup untuk melihat tangisan Seo-joon. Jadi, lebih baik Seo-joon tidak tahu apa-apa.

Ji hyo-ah. Tolong rahsiakan perkara ni dari Seo-joon, boleh?" Omma Yura berharap padaku.

"Ji-hyo tak boleh janji. Tapi, Ji-hyo usahakan." Aku memandang mata Omma Yura, memberinya senyuman.

Aku sedih mendengar cerita sebenar Yura. Yura, awak sungguh baik. Tapi, kenapa awak harus pergi dalam keadaan awak dan Seo-joon patah hati? Kenapa awak tinggalkan gambaran yang tak baik tentang diri awak pada ingatan Seo-joon?

Aku berjalan keluar dari ruang tamu. Untuk ke dapur. Aku melalui pintu. Ternyata ada orang sedang menyorokkan diri dibelakang pintu.

𝐂𝐮𝐩𝐢𝐝'𝐬 𝐟𝐚𝐮𝐥𝐭 ☑Where stories live. Discover now