Story 10

243 38 19
                                    

Story 10Wrong address


Park Seo-joon POV

Aku sampai ke rumahku selepas bersarapan di cafè tadi bersama Ji-hyo noona. Tidak berniat untuk kemana-mana. Duduk rumah sajalah. Sudahlah aku baring dekat pasir saja semalam. Sakit semua urat sendiku. Yang aku tahu aku nak rebahkan diri dekat katil atau sofaku. Lagi selesa.

Home sweet home. Aku membuka pintu rumah dan masuk. Aku terus berjalan ke tangga untuk naik ke bilikku. Aku hanya melalui sofa yang berdekatan di tangga. Lebih baik pergi bilik, lagi selesa.

Aku sudah berada di hadapan pintu bilikku, tapi aku baru sedar akan sesuatu.

Sepertinya, aku ternampak satu lembaga tadi sedang baring dekat sofaku. Apa tu? Waih, ini bikin takut ni. Hantukah? Takkanlah Yura? Mana mungkin Yura akan datang sini balik.

Hilang terus rasa sakit segala sendiku.

Turun atau tak eh untuk check? Ihhh, takut aku. Eh, sekarang petang lah. Masih ada cahaya lagi. Hantu mana merayap dekat rumah aku ni.

Haih. Turun sajalah.

Aku berjengket turun ke ruang tamu aku. Takut terkejutkan lembaga tu. Baik aku senyap.

Aku sampai di lantai bawah. Aku mengetap bibir. Takut ui, takut. Aku perlahan-lahan mendekatkan diri pada sofa. Aku mencuba untuk melihat siapalah yang tidur nyenyak tanpa gangguan tu.

Lembaga tu kini jelas sudah di hadapanku. Dia bukan hantu. Dia orang. Manusia. Tapi aku bingung sekarang ni, yang menghadap aku sekarang ni muka atau kepala?

Oh mukanya tertutup dengan rambut. Wah, nyenyak sangat tidur ni.

Aku cuba menyelak rambutnya. Pencuri mana yang tidur dekat rumah aku ni?

Aku menekup mulutku dari mengeluarkan suara. Sungguh aku terkejut setelah aku melihat wajahnya.

Ji-hyo noona? Macam mana dia boleh sesat ke rumah aku ni?

Aku cuba mengerakkan badannya untuk mengejutkan dia. Aku gerak. Teruskan gerak. Sampailah dia tiba-tiba merengek dalam tidur.

"Janganlah kacau." Regeknya seperti bayi dengan mata tertutup.

"Alamak." Kataku tanpa suara.

"Shhh. Shhhh. Tidur. Tidurlah." Pujukku dengan suara separa membisik macam bapa pujuk anak yang merengek.

Tak sampai hati pula kejut. Nantilah dia bangun aku bincang dengan dia.

Aku hanya memerhati wajahnya yang tidur nyenyak tu. Aku terlampau khusyuk memandang wajah mulusnya. Aku baru sedar akan satu perkara yang ada dekat Ji-hyo noona. Dan perkara tu aku tak pernah perasan sepanjang aku kenal Ji-hyo noona.

Dia cantik.

Wah, patutlah Dong-wook hyung sayang sangat dekat noona. Tidur pun cantik.

Song Ji-hyo POV

Aku membangkitkan diri dari sofa dalam keadaan mata tertutup. Masih mamai. Aku perlahan-lahan membuka mata dan cuba perhati sekeliling.

Eh, aku dekat mana ni?

"Noona!" Panggil seseorang.

"Seo-joon?" Aku menyebut nama orang memanggil aku.

Dia memanggil aku dari dapur yang berdekatan ruang tamu. Dia mendekatkan diri dengan aku.

"Ya, saya. Saya nak tanya sesuatu dekat noona ni." Seo-joon berkata tanpa bertapis

"Sekejap. Noona dulu nak tanya. Noona dekat mana ni?" Aku menepis pernyataannya.

"Noona dekat rumah saya." Seo-joon jawab.

"Eh, macam mana pula noona boleh ada kat rumah awak ni?" Aku mengerutku kening, hairan.

"Huh! Itulah soalan saya. Macam mana noona ada dekat rumah saya?" Seo-joon menambahkan kekeliruanku.

"Aik?" Aku bingung.

"Oh baru noona ingat." Baru aku teringat apa yang terjadi.

"Sekejap noona. Dari mana noona tahu alamat saya? Dong-wook hyung ke? Satu lagi, password rumah saya. Siapa bagitau noona? Saya tak pernah bagitau hyung pun." Seo-joon bertanya bertalu-talu.

"Tak. Bukan dari sesiapa. Noona pun tak tahu macam mana noona boleh tahu." Jawapanku mengejutkan dia.

"Aik? Macam mana pula tu?" Seo-joon turut hairan.

"Entahlah, Seo-joon. Yang noona ingat, noona pergi sini tadi naik teksi. Password pintu rumah awak pun noona main tekan saja." Terangku panjang.

"Tak pe lah noona. Jomlah." Seo-joon mengajak.

"Kemana?"

"Saya hantar noona pulang. Dah malam ni." Seo-joon bersedia mengambil kunci motor.

"Noona tak ingat alamat noona." Jawabku.

Aku betul-betul tak ingat dekat mana rumahku. Alamat ahli keluargaku pun aku tak ingat. Aku pun tak tahu macam mana aku boleh lupa.

"Huh?!" Dia terlepas kunci kereta digenggaman, sungguh terkejut kelihatannya.

Apa jadi dengan aku ni? Kenapa aku lupa semua benda tentang diriku? Takkan lah lupa ingatan pula? Jadi macam mana aku ingat si Seo-joon ni. Aku masih ingat siapa mak bapakku. Kekasihku yang telah pergi. Aku ingat semua perkara tu.

Apa semua ni?

𝐂𝐮𝐩𝐢𝐝'𝐬 𝐟𝐚𝐮𝐥𝐭 ☑Where stories live. Discover now