EMPAT

283 46 5
                                    

Story 4 - Vacation


Song Ji-hyo POV

Aku dan Dong-wook sedang merebahkan diri di atas pasir putih. Penat dengan sesi kejar-mengejar kami. Sungguh indah suasana disini. Pantai. Cantik pemandangan matahari terbenam tu.

Aku mendekatkan diri dengan gigi air.

"Hei, baby. Janganlah pergi sana, nanti awak basah." Larangnya

"Ala, buat apa pergi pantai kalau tak nak basah?" Meneruskan larian ke dalam air pantai.

"Jangan. Nanti awak demam. Sejuk air tu." Larangnya lagi

"Dah masuk pun." Seluruh kaki hingga ke pinggang basah.

"Kalau baby demam, Oppa tak nak jaga." Katanya.

"Alolo. Yalah." Mengeluarkan diri dari air.





Aku menyesal dengan kedegilanku tadi.

"Hachuu!" Aku bersin.

"Tulah degil sangat, kan dah demam." Risau Dong-wook.

"Ala, bukan salah sayalah." Membantah kata-katanya

"Jadi salah siapa?" Dong-wook hairan

"Salah cuaca ni lah. Siapa suruh dia musim sejuk sekarang?" Okay, aku merepek.

"Merapulah awak. Oppa dah larangkan?" Dengan nada sedikit geram.

"Yalah, salah saya. Maaf." Menjuihkan bibir ke depan dengan nada nak nangis.

"Alolo. Taklah, memang salah cuaca ni. Dah dah." Memujuk dengan lembut.

Malam yang sejuk tu, terasa hangat berada di pelukannya. Dia adalah lelaki yang paling manis aku pernah jumpa. Aku harap aku bersama dengannya hingga ke hari tua.







Park Seo-joon POV

Aku perhati matahari terbenam yang mengindahkan lagi suasana di sekitar pantai. Kami sedang meluangkan masa di sebuah pulau. Pulau yang cukup romantik. Sesuai untuk memperbetulkan segalanya.

Tapi, Yura? Haih.



"Kenapa awak bawa assignment awak?" Tanyaku lembut.

"Due date dah dekat. I takut tak sempat pula kalau buat kat rumah." Yura bernada risau

"Due date apa pula, Yura? Kita dah habis final examlah untuk semester ni." Api kemarahanku dah nak meletus.

"Ini kerja last minute dari lecterur. Ada markah tambahan kalau I siapkan." Yura mempertahankan tindakannya.

"Yura, kita datang sini untuk bercuti." Aku bersuara lemah.

"Maaf you. I betul-betul perlu siapkan." Yura pentingkan assignment.

"Awak dah tak sayangkan saya ke Yura?" Soalku tiba-tiba membuatnya sedikit terkejut

"No. I love you so much. Kenapa you cakap macam tu?" Yura cuba mendekatkan jaraknya dengan aku.

"Kenapa awak macam tak nak baiki hubungan kita?" Soalan ku membuat Yura membatu dari pergerakannya.

"Hubungan kita retak ke you?" Yura beriak risau.

"Awak dah tawar hati dengan saya ke?" Tanyaku lagi, Yura seperti tak terkata ketika itu.

"Tak. I selalu sayangkan you." Yura bernada seperti ingin menangis selepas diam dalam waktu yang lama.

" Yura bernada seperti ingin menangis selepas diam dalam waktu yang lama

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

"Awak tipu." Hatiku patah beribu bila aku katakan itu.

Yura melutut seperti sedar dengan kesalahannya. Dia menangis teresak-esak jauh dari kedudukanku.

Aku memandangnya dari jauh. Hubungan kita kelihatannya akan berakhir kan, Yura?

Putus adalah kata-kata yang sesuai ke untuk kita?

𝐂𝐮𝐩𝐢𝐝'𝐬 𝐟𝐚𝐮𝐥𝐭 ☑Where stories live. Discover now