Story 8

265 41 5
                                    

Story 8Cupid's fault


Cupid POV

Aku seorang cupid. Tugasku dalam cerita ni untuk memperbaiki hubungan yang hancur. Aku tak boleh tengok hati yang hancur. Disebabkan itu, aku cuba untuk memperbaiki segalanya.

Aku gunakan busur dan panahku untuk membuat seseorang jatuh cinta sekali lagi.

Aku telah mengikuti satu pasangan yang cinta mereka perlahan-lahan berderai menjadi cebisan. Dan mereka tidak dapat memperbaikinya sendiri.

Aku hanya meneruskan untuk mengekori mereka sehinggalah salah satu dari mereka telah sepenuhnya hilang rasa cinta terhadap pasangan mereka.

Aku berada di Sungai Han ketika ini, mengikuti pasangan itu sampai ke mari.

Aku ingin menyelesaikan tugasku. Pergaduhan mereka sudah lama berlangsung. Aku hanya memerhati. Sampailah si wanita bergerak untuk pergi meninggalkan si lelaki.

Aku bersedia menarik busur. Aku fokuskan tatapan pada tujuan. Panah terlepas dan melayanglah panah tersebut kepada target. Satu panah kena pada sasaran. Satu lagi tersasar, terkena pada orang lain. Cuainya.

Aku buat satu kesalahan yang tidak sepatutnya aku buat. Aku terpanah orang yang salah. Kekasih yang salah.

"Alamak. Alamak. Alamak. Boleh pula aku tersalah panah orang ni. Aduh." Aku berkata pada diri sendiri sambil mengetuk kepala sendiri.

Yura berjalan terlalu pantas, panah pula bergerak lambat. Targetku benar tapi orang yang salah. Wanita lain ada di hadapan Yura ketika panah ku lepaskan.

Aku mahu baiki hubungan Seo-joon dan Yura. Bukan timbulkan perasaan cinta baru pada hati Seo-joon. Mesti mereka berdua akan betul-betul bingung apabila mereka sedar nanti.

Aku juga tahu orang yang aku tersalah panah tu punya cerita cinta. Kisah cinta mereka adalah cerita yang memeritkan bagi aku. Kisah mereka tidak berakhir dengan gembira.

Aduh, ini kesalahan tak termaafkan ni.

Song Ji-hyo POV

Terang cahaya menyulitkan aku untuk membuka mata.

"Aduh. Silau." Suaraku serak basah.

Kenapa aku pengsan semalam? Oh baru aku ingat apa yang terjadi semalam.

Perkara pertama yang aku lihat ketika membuka mataku ialah satu tubuh juga sepertinya baru tersedar. Aku mengecilkan mata untuk melihat dengan lebih jelas wajah seseorang itu.

"Siapa dekat sana tu?"


Pada masa yang sama,

Park Seo-joon POV

Aku menyedarkan diri dari pengsan yang lama. Aku nampak matahari sudah berada di atas langit. Aku cuba bangkitkan diri dari pembaringan yang panjang. Aku melihat sekeliling.

Aku tertidur dekat tepi Sungai Han?

Apa yang jadi semalam? Oh, aku dah tahu.

Mataku tertancap pada seorang wanita.

"Eh, ada oranglah dekat sana. Siapa tu?"


No one's POV

Tatapan mata mereka berdua saling bertembung.

"Seo-joon?" — "Ji-hyo noona?" Ucap mereka serentak.

Mereka berdua bergerak perlahan untuk mendekatkan jarak mereka.

"Apa yang awak buat dekat sini, Seo-joon?" Ji-hyo bertanya ketika jarak sudah dekat.

"Noona pula buat apa dekat sini?" Seo-joon seperti tidak tahu apa-apa.

"Saya pengsan sebab terkena panah semalam." Mereka melafazkan perkataan yang sama tapi dengan nada yang perlahan.

"Huh? Awak pun?" Sekali lagi, serentak.

"Awak, okay? Awak ada sakit dekat mana-mana tak?" Risau Ji-hyo.

Seo-joon hanya menggelengkan kepala.

"Awak tahu tak siapa yang panah kita semalam?" Tanya Ji-hyo.

"Entahlah noona. Saya tak perasan pula pasal tu. Yang saya tahu, saya tertidur dekat tepi sungai."

"Ada orang rancang nak bunuh kita ke?" Riak Ji-hyo terkejut, difikirnya jika itu benar.

"Tapi tak ke lapuk sangat guna panah untuk bunuh orang?" Seo-joon meluahkan pendapatnya.


Cupid POV

Apalah diorang ni. Mengutuk aku pun, jauh-jauhlah. Aku dekat depan korang kot. Sampai hati kutuk panah aku. Huhu.

Macam mana nak selesaikan masalah diorang ni?

Tak pernah sekali aku buat salah macam ni. Aku mesti balik istana Dewa. Aduh. Kena petirlah aku oleh Dewa ni.

𝐂𝐮𝐩𝐢𝐝'𝐬 𝐟𝐚𝐮𝐥𝐭 ☑Where stories live. Discover now